Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Wednesday, May 27, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur (1973)

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
  
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.3mm
Berat: 16.5g
Tempaan Dibenarkan: 500000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 1 Februari 1973 sempena dengan ulang tahun pertama penganugerahan Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya dan juga ibu negara Malaysia.
 
Namun, tidak diketahui mengapa pada syiling ini, tertera"tahun 1972"sedangkan syiling ini dikeluarkan pada tahun 1973, dan mengapa pula tidak ditempa sahaja perkataan seperti "1972-1973". Seperkara lagi, isu syiling ini dinamakan sebagai "Penganugerahan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya" dan bukannya "Ulang tahun pertama Kuala Lumpur sebagai Bandaraya"?

Bahagian hadapan syiling ini memaparkan lambang/jata/logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***********************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling kupro nikel tempaan peruf bernilai muka $1. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping. (Rujuk foto syiling yang telah digredkan oleh NGC diatas)

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-35 Persidangan PATA (1986)


Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.6mm
Berat: 17g
Tempaan Dibenarkan: 500000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 9 April 1986 sempena memperingati ulang tahun ke-35 PATA [Pacific Asia Travel Association (Persatuan Perjalanan Kawasan Pasifik)] dan Malaysia selaku tuan rumah persidangan PATA 1986 pada 9 hingga 16 April 1986.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo rasmi persidangan ini iaitu PENYU. Malaysia memilih tema “Kenali Malaysia, Cintai Malaysia”.

********************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini 






Spesifikasi Ringkas

Nilai Muka: $5
Diameter:38mm
Berat:29.03g
Tebal:3.20mm
Kandungan Perak: 50%
Kandungan Tembaga: 40%
Kandungan Nikel:5%
Kandungan Zink:5%
Tempaan Dibenarkan: 11000

Nilai Muka: $1
Diameter:33.35mm
Berat:16.84g
Tebal:2.41mm
Kandungan Perak: 50%
Kandungan Tembaga: 40%
Kandungan Nikel:5%
Kandungan Zink:5%
Tempaan Dibenarkan: 11
000

Sempena memperingati ulang tahun ke-35 PATA [Pacific Asia Travel Association (Persatuan Perjalanan Kawasan Pasifik)] dan Malaysia selaku tuan rumah persidangan PATA 1986 pada 9 hingga 16 April 1986, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling syiling perak peruf bernilai muka $1 dan $5 pada 9 April 1986. Duit syiling yang cuma didatangkan dalam Set 2 dalam 1 ini ditempa ditempa di Singapore Mint.

 
Bahagian belakang duit syiling ini menggambarkan logo rasmi persidangan ini iaitu PENYU. Malaysia memilih tema “Kenali Malaysia, Cintai Malaysia”.


Terima Kasih atas sumbangan foto ini

Monday, May 25, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Bapa Malaysia – Tunku Abdul Rahman (1971)

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 38 mm
Berat: 29.03 mg
Tempaan Dibenarkan: 2000000
 
 
Syiling tembaga logam ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 1971 bersempena dengan meraikan tahun ke-13 pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama sejak 31 Ogos 1957.

Bahagian hadapan permukaan syiling ini memaparkan potret YTM Tunku Abdul Rahman. Allahyarham juga dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Bahagian belakang permukaan syiling ini pula memaparkan bangunan Parlimen sebagai simbol perlembagaan Malaysia, latar belakang bulan sabit sebagai tanda bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Manakala simbol bintang 14 penjuru menggambarkan kesemua negeri dalam Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Di bawah bangunan parlimen ini, dipaparkan nilai muka syiling ini iaitu 5 RINGGIT.
 
***************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling kupro nikel tempaan peruf bernilai muka $5. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping.

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.917 bernilai muka $100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100000 keping.

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.917 bernilai muka $100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping.

Thursday, May 21, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara (1969)


 
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 33 mm
Berat: 20.4 mg
Tempaan Dibenarkan; 1000000

Syiling ini merupakan DUIT SYILING PERINGATAN YANG PERTAMA DI MALAYSIA. Syiling ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 24 Januari 1969 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara.


Bahagian hadapan permukaan syiling ini memaparkan potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah.

Bahagian belakang permukaan syiling ini pula memaparkan simbol bulan sabit dan sebagai tanda bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Manakala simbol bintang 14 penjuru menggambarkan kesemua negeri dalam Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Di bawah garisan nilai muka syiling ini iaitu $1 digambarkan sekalung bunga raya iaitu bunga kebangsaan.

***********************************************************
 
 
Syiling ini merupakan DUIT SYILING PERINGATAN YANG PERTAMA DI MALAYSIA. Syiling ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 24 Januari 1969 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Bank Negara.
Bahagian hadapan permukaan syiling ini memaparkan potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah.

Bahagian belakang permukaan syiling ini pula memaparkan simbol bulan sabit dan sebagai tanda bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Manakala simbol bintang 14 penjuru menggambarkan kesemua negeri dalam Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Di bawah garisan nilai muka syiling ini iaitu $1 digambarkan sekalung bunga raya iaitu bunga kebangsaan.

Boleh dikatakan hampir kesemua generasi lama rakyat Malaysia pernah melihat syiling ini, manakala bagi generasi muda terutama yang meminati hobi numismatik pernah melihat syiling ini. Hal ini tidak menghairankan langsung kerana bilangan tempaan untuk syiling yang diperbuat dengan kandungan cooper-nickel (logam tembaga) ini ialah sebanyak SATU JUTA KEPING.

Namun, gambar yang dipaparkan ini ialah syiling berkenaan yang diperbuat daripada kandungan perak (silver) dengan tempaan peruf (proof coin) yang bilangan tempaannya cuma 1000 keping sahaja. Seperti yang boleh dilihat pada gambar yang diambil, walaupun umur syiling ini mencecah 40 tahun, syiling ini tetap kelihatan cantik (maaf, gambar yang dipaparkan tidak berapa sempurna, tetapi syiling ini pada mata kasar jauh lebih cantik berbanding di dalam gambar).

Harga semasa syiling ini seperti yang boleh dilihat di dalam gambar yang dipaparkan ialah RM2000.00. Namun, harganya kini pasti jauh lebih meningkat.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...