Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Monday, May 25, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Bapa Malaysia – Tunku Abdul Rahman (1971)

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 38 mm
Berat: 29.03 mg
Tempaan Dibenarkan: 2000000
 
 
Syiling tembaga logam ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 30 Ogos 1971 bersempena dengan meraikan tahun ke-13 pimpinan YTM Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama sejak 31 Ogos 1957.

Bahagian hadapan permukaan syiling ini memaparkan potret YTM Tunku Abdul Rahman. Allahyarham juga dikenali sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Bahagian belakang permukaan syiling ini pula memaparkan bangunan Parlimen sebagai simbol perlembagaan Malaysia, latar belakang bulan sabit sebagai tanda bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Manakala simbol bintang 14 penjuru menggambarkan kesemua negeri dalam Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Di bawah bangunan parlimen ini, dipaparkan nilai muka syiling ini iaitu 5 RINGGIT.
 
***************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling kupro nikel tempaan peruf bernilai muka $5. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping.

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.917 bernilai muka $100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100000 keping.

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.917 bernilai muka $100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping.