Jumaat, 31 Mei 2024

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Lembaga Pertubuhan Peladang (2024)



Sumber: Kosmo Digital



Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke-50 Duit syiling ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam majlis sampingan bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh pada 11 November 2023

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata LPP berkolaborasi bersama BNM bagi mengeluarkan syiling khas sempena 50 tahun LPP yang disambut Februari 2023 lalu. 

"Saya ucapkan terima kasih kepada BNM kerana bekerjasama dengan LPP dalam mengeluarkan syiling ini. Pengeluarannya adalah bagi mengenang jasa peladang, penternak dan nelayan yang bertungkus-lumus membangunkan sektor pertanian negara.” 







**********







Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada 23 April 2024

Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) ini diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 31 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM275 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa untuk set single silver. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai pukul 11:00 pagi Isnin, 22 April 2024 hingga 11:00 malam Ahad, 5 Mei 2024. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia pada 30 Mei 2024

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan imej seorang petani yang sedang memerhatikan mesin penuai dan dron baja, yang melambangkan sumbangan LPP dalam memodenkan serta meningkatkan produktiviti pertanian di Malaysia. Imej tanaman padi (duit syiling perak sterling sahaja yang mengandungi imej ini secara berwarna) dipaparkan pada bahagian bawah syiling, melambangkan penanaman yang subur. Motif ini mengambil inspirasi daripada visi LPP untuk menerajui transformasi pelbagai pertubuhan peladang di Malaysia serta untuk menggalakkan pembangunan peladang yang berdaya saing dan produktif. Teks "LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG" dan "JUBLI EMAS" juga terukir pada sekeliling bahagian atas duit syiling. 

Reka bentuk sebelah belakang duit syiling pula memaparkan nama BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian kanan duit syiling. Logo ulang tahun ke-50 LPP (duit syiling perak sterling sahaja yang mengandungi logo berwarna) dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling berlatarkan bayangan pelbagai ternakan. Teks "10 RINGGIT" dipaparkan pada bahagian bawah syiling yang menunjukkan nilai muka syiling tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...