Jumaat, 17 Disember 2021

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun LFSA Ke-25 (2021)

 


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (kanan) bersama Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus (kiri) menunjukkan syiling pada ‘Labuan FSA’S 25th Anniversary Commemorative Coin Launch’, pada Rabu. - Berita Sinar Harian, Foto Bernama.

.


Mengikut catatan dokumentasi yang  saya ada, keluaran ini merupakan keluaran ke-80 oleh BNM sejak tahun 1969. Hal ini juga selari dengan gambar yang dimuat naik dalam Facebook BNM.

Buat pertama kalinya Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling numismatik dengan sisipan BATU NILAM.

******





******







Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Ke-25 pada 15 Disember 2021 Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Buat pertama kalinya Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling numismatik dengan sisipan BATU NILAM.

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai Isnin, 14 Februari 2022 (10.00 pagi) hingga Jumaat, 25 Februari 2022 (11.00 malam). Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 31 Mac 2022.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan tulisan “LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY” dipaparkan pada sekeliling bahagian kiri, manakala bahagian kanan duit syiling pula tertera “1996-2021” menandakan 25 tahun penubuhan LFSA. Peta Labuan ditampilkan dengan permukaan 3D potongan berlian. Sisipan batu nilam yang ada pada duit syiling ini menandakan lokasi Ujana Kewangan Labuan, iaitu ibu pejabat LFSA. Bentuk geografi ini melambangkan landskap kewangan Labuan daripada pelbagai aspek dan kepentingannya kepada ekonomi Labuan serta peranan utama yang dimainkan oleh LFSA sebagai badan pengawal selia yang menguatkuasakan undang-undang IBFC.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, disusuli dengan logo rasmi LFSA25 pada bahagian tengahnya. Nilai muka “10 RINGGIT” dan slogan acara LFSA25, “A Journey of Dedication, Determination and Dynamism”, pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...