Jumaat, 28 Ogos 2020

Duit Syiling Peringatan Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-50 (2020)



Sumber: 50UKM



 



Majlis Pelancaran duit syiling peringatan ini telah disempurnakan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar pada 21 Ogos 2020 di UKM.
 
Sumber: Facebook UKM
 
****************
 


Pada 27 Ogos 2020, Bank Negara Malaysia telah memuat naik hebahan mengenai pengeluaran duit syiling ini. Ringkasnya:

1. Terdapat 1000 keping duit syiling perak berwarna tempaan peruf
2. Terdapat 1000 keping duit syiling emas nordik tempaan peruf
3. Terdapat 25000 keping duit syiling emas nordik (coin card), daripada 25,000 keping ini, 10,000 keping akan didatangkan dalam bungkusan ekslusif yang dikeluarkan khas untuk pelajar dan alumni UKM.
4. Terdapat 1000 set dua dalam 1 (set two in one) yang mengandungi syiling perak berwarna tempaan peruf dan syiling emas nordik tempaan peruf.
5. Proses tempahan, pembayaran dan pengambilan hanya akan diumumkan oleh BNM pada 25 September 2020.

Kemas kini:
Pada 28 September 2020, BNM mengumumkan bahawa tempahan untuk syiling peringatan ini akan dibuka pada 12 Oktober 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 30 Oktober 2020 jam 11.00 malam. Seperti biasa, jika tempahan melebihi kuantiti pengeluaran, maka undian akan dilaksanakan untuk menentukan bakal pembeli yang berjaya memiliki syiling ini.

Kemas kini 12/10/2020:
Pada 12 Oktober 2020, BNM mula membuka tempahan secara dalam talian untuk kedua-dua syiling peringatan, bayaran juga secara dalam talian, dan buat pertama kali, tiada lagi pengambilan secara bersemuka, semua syiling yang dibeli akan dihantar menerusi Pos Laju, mungkin juga disebabkan Pandemik Covid-19, dalam FAQ kaedah pembelian, BNM menyatakan bahawa kaedah ini lebih baik, lebih mudah, cepat.




Sekadar contoh, jika membeli kesemua set yang dijual, maka itulah harga yang perlu dibayar. Dalam kalangan pengumpul termasuklah saya tertanya-tanya MENGAPA KOS PENGHANTARAN TERLALU MAHAL??? HANYA BNM YANG ADA JAWAPAN.

Memang terasa sangat dengan kos penghantaran ini, saya nie dari tingkap pejabat boleh nampak tingkap BNM tu, lainlah kalau duduk kat puncak gunung, beli barang online pun kalau hantar kat puncak gunung sekalipun tak semahal ini.

Seperti biasa sebelum ini, undian akan dijalankan jika penempahan melebihi penawaran, yang gagal akan dipulangkan kembali wang, yang berjaya, tunggu sahajalah syiling anda sampai ke alamat penghantaran, dan kesemua keputusan ini akan diumumkan pada 12 November 2020.

Kemas kini 12/11/2020:
Pada 12 November 2020, BNM mula mengeluarkan keputusan pembelian. Oleh kerana bilangan tempaan yang agak tinggi untuk syiling ini, boleh dikatan ramai yang memperoleh apa yang ditempah. BNM juga memaklumkan bahawa urusan penghantaran akan dilakukan secara berperingkat mulai 23 November 2020. Bagi yang gagal, wang akan dikreditkan kembali dalam tempoh 14 hari.

Kemas kini 01/12/2020:
Saya mula menerima syiling tempaan peruf pada 01 Disember 2020 melalui khidmat Poslaju. Sejarah kali pertama pihak BNM menghantar pembelian melalui kurier. Dalam kebaikan tanpa ada perlu bersemuka ketika wabak penyakit, (penerima  perlu merekodkan bukti penerimaan - nama, no. kp dan tandatangan online) kepada staf Poslaju, terdapat juga kelemahan ketara yang kami sebagai pengumpul harap pihak BNM dapat membaikinya. Antara kelemahan yang menjadi bualan mulut:

1. Kos penghantaran/Poslaju terlalu mahal, mengertilah kami sebagai pengumpul mengapa kos begitu tinggi apabila pihak BNM menghantar satu per satu pembelian. Bukan sekali gus dalam satu bungkusan. Harapnya selepas ini pihak BNM dapat memuatkan barangan dalam satu bungkusan sahaja untuk menjimatkan kos pos, (kos pos juga ditanggung oleh pembeli). Cubalah tiru seperti Shopee atau Lazada yang berikan penghantaran percuma, syiling yang kami beli bukan murah harganya.

2. Koleksi syiling dihantar satu per satu seperti yang dijelaskan tadi mebuatkan pembeli terpaksa menunggu hari demi hari. Jika ada 10 koleksi, maka 10 kali staf Poslaju akan menghantar bungkusan kepada kami.

3. Hari ini, membeli secara online sudah menjadi kelaziman, dan lazimnya penjual atau hos pasti akan memberikan pembeli nombor rujukan / tracking number untuk proses penghantaran. Tetapi untuk syiling ini, kami sebagai pembeli langsung tidak menerima sebarang notifikasi mengenai penghantaran. tahu-tahu sahaja abang poslaju telepon nak serahkan bungkusan.

Harapnya, pihak BNM dapat perbaiki apa yang diharapkan oleh pengumpul.




********************





********************







Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 (UKM 50). 

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar pada 21 Ogos 2020 di UKM. 

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk membeli syiling ini mula dibuka pada 12 Oktober 2020 mulai pukul 9.00 pagi hingga pukul 11 malam 30 Oktober 2020. Keputusan tempahan telah diumumkan pada 12 November 2020. Syiling ini akan diposkan kepada pembeli yang berjaya mulai 23 November 2020, manakala bagi pembeli yang gagal, wang akan dipulangkan kembali. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 01 Disember 2020

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan perkataan “SAMBUTAN JUBLI EMAS” yang dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling peringatan ini. Bahagian tengah memaparkan bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), iaitu mercu tanda UKM yang menandakan titik permulaan (pendaftaran) dan pengakhiran (konvokesyen) kehidupan pelajar di UKM. Mercu tanda tersebut diapit oleh reka bentuk geometri yang membentuk bahagian luar DECTAR bagi melambangkan pencapaian penting dan pemodenan UKM sepanjang 50 tahun penubuhannya. Misi UKM untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilambangkan melalui reka bentuk songket yang bermotifkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya. Reka bentuk ini digunakan sebagai latar belakang bagi perkataan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam tulisan rumi dan Jawi. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-50 UKM (1970-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) yang boleh bertukar-tukar di bahagian bawah duit syiling. 

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan jubli emas UKM jelas terpapar pada bahagian atas glob (globe) bagi melambangkan pengembaraan dan pencapaian ulung UKM yang telah mencapai taraf antara universiti terbaik dunia. Nilai muka dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

**********************

Tiada dalam blog ini 

* Turut dikeluarkan ialah duit syiling peringatan emas nordic (pruf) dalam kemasan kilat ini diperbuat menggunakan tembaga dan beberapa logam lain dan berat setiap keping ialah 8.5 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM1. Sebanyak 1,000 keping ditempa. 

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan pruf 2 dalam 1 (set two in one) yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 1000 set.



1 ulasan:

my-koleksi berkata...

Dah ada update dari bank negara

https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=5101&lang=bm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...