Bismillahhirahmanirrahim dan Assalammualaikum. Tulisan pertama tahun 2020. Bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berkongsi penulisan dalam laman ini walaupun scene numismatic negara kita sejak 3-4 tahun ini mengalami kesejukan. Keghairahan suatu ketika dulu kini semakin dingin. Cabang pengumpulan syiling peringatan turut sama mengalami kedinginan sejuk beku. Antara punca sejuk beku ini terjadi apabila BNM selaku pengeluar syiling peringatan tidak mengeluarkan syiling peringatan untuk tahun 2018. Satu kerugian besar sebenarnya bagi pasaran sebab bila tiada keluaran maka keghairan pun turut sama merudum.
Syukur, untuk tahun 2019, adanya peristiwa bersejarah apabila Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Maka BNM pun mengeluarkan syiling peringatan, dapatlah kami sebagai pengumpul tegar melepaskan rindu. Katakanlah tiada pertabalan tersebut, maka kemungkinan besar tiada langsung agaknya pengeluaran syiling peringatan untuk tahun 2019.
Entri kali ini berkongsi koleksi berkenaan kesemua syiling berwarna keluaran BNM sejak tahun 2013-2017 kecuali syiling pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. Kesemua syiling yang dipaparkan telah digredkan oleh Numismatic Guaranty Corporation.
Buat pembaca baru mahupun pengumpul baru yang ingin mengetahui apa bendanya NGC ini boleh baca penulisan awal tahun 2019 dimana saya telah berkongsi secara umum berkenaan pengredan duit syiling - KLIK SINI
Foto dibawah saya paparkakan kesemua syiling peringatan berwarna yang telah digredkan. Koleksi lengkap syiling perak tempaan peruf (proof coin) Malaysia dari tahun 2013 hingga 2017, 13 keping syiling peringatan. Turut sama 2 keping syiling peringatan luar negara dalam koleksi saya
* Kelihatan permukaan syiling seakan-akan berwarna hitam, sebenarnya untuk pengetahuan mereka di luar hobi ini, syiling tempaan proof mempunyai permukaan bersinar dan berkilauan yang bagaikan cermin, kelihatan hitam tersebut adalah bayangan ketika mengambil gambar ini, sebab tu semacam kelihatan warnanya gelap, syiling-syiling ini sebenarnya lebih cantik dilihat dengan mata sendiri.
* Syiling ini juga jika diamati dengan mata sendiri akan kelihatan lebih bersinar (shining), berkilau (brilliant) dan berkilat (lustre). Namun oleh sebab saya tidak menggunakan flash ketika mengambil foto, maka syiling keihatan agak pudar dan dan kabur menjadikannya tidak beberapa menarik - lagipun foto diambil guna handphone, tak mampu nak upah jurufoto.
* Yang berwarna merah kuning itu adalah no. siri (yang didaftarkan di NGC) untuk setiap syiling yang terpaksa ditutup untuk mengelakkan penyalahgunaan.
*Klik pada setiap tajuk syiling jika ingin melihat keadaan syiling sebelum digredkan (raw coin)
*Klik pada setiap tajuk syiling jika ingin melihat keadaan syiling sebelum digredkan (raw coin)
Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Sukan Asia Tenggara Ke-29 dan Sukan Para Asean Ke-9 (2017)
Tak mampu untuk dimiliki, jadi tiadalah hantar ke NGC
Syiling luar negara dalam koleksi, ada sentimental value untuk dua keping syiling nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan