Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia
Sumber: My Metro
Pos Malaysia juga mengeluarkan produk filateli untuk sukan terbesar di rantau ini
Sumber: Pos Malaysia
Selain itu beberapa syarikat seperti Royal Selangor dan Nubex juga ada mengeluarkan koleksi bersempena dengan sukan ini
************************************
* Pengeluaran duit syiling yang tidak boleh tidak mesti diterbitkan berdasarkan sejarah yang BNM tidak pernah gagal mengeluarkan syiling Sukan SEA setiap kali diadakan di tanah air, kecuali edisi 1966, ketika itu, BNM pun belum ditubuhkan.
* Pengeluaran keempat untuk siri Sukan SEA. Sebelum ini BNM telah mengeluarkan syiling peringatan untuk Sukan SEA 1977, Sukan SEA 1989, dan Sukan SEA 2001
************************************
Pameran
Berkesempatan pada tanggal 23 Ogos 2017 ke Sasana Kijang untuk melihat sendiri syiling yang dijual, kali ini diletakkan dalam Kedai Cenderemata, tiada apa yang menarik dan kelainan sekadar dipamerkan syiling single dan set of two yang bakal dijual, manakala syiling nordic (coin card) tidak dipamerkan.
Sedih melihatkan reka bentuk syiling ini, dah lah MAHAL dengan harga jualan menghampiri RM250, inikah sahaja reka bentuk yang mampu mereka hasilkan, terlalu simple dan langsung tiada kreativiti, sesiapapun yang ada perisian photoshop boleh buat reka macam ini jika sekadar maskot dan logo kejohanan, dan ini bukan sekadar kejohanan peringkat sekolah atau antara daerah, bertaraf antarabangsa. Akan cuba beli lah jugak sebab dah nama pengumpul. Kalau bukan pengumpul, memang tak berminat nak beli, banyak lagi memorabilia berkaitan Sukan SEA yang boleh dapat dengan dua ratus setengah ringgit tu.
************************************
Ada sahaja kejutan dari BNM. Pada malam 25 Ogos 2017, sekali lagi BNM membuat peraturan baharu. Boleh baca disini - Tempahan Syiling Sukan SEA
Contoh borang tempahan |
Dalam bahasa mudah, kronologi rentetannya:
1. Tempahan boleh dilakukan bermua 29 Ogos 2017 hingga pukul 1 tengah hari 5 September 2017.
2. Borang tempahan (seperti foto diatas) boleh didapati di semua lokasi jualan atau emelkan sahaja kepada commorder@bnm.gov.my
3. BNM akan melihat sama ada jumlah tempahan melebihi kuantiti jualan atau tidak, jika melebihi, maka proses undian dijalankan.
4. BNM akan umumkan keputusannya pada 8 September 2017.
5. Pengambilan syiling boleh dilakukan pada 8-12 September 2017 termasuk hari cuti di semua lokasi jualan yang penempah telah nyatakan.
Sahabat saya di Malaysia Coin pula merangkumkan keluhan yang bermain-main dalam benak fikiran pengumpul menerusi kaedah terbaru ini, Klik untuk membaca
Emel pun telah dihantar, sekarang menunggu keputusan.
* Penulisan ini akan diteruskan sesudah keputusan kaedah terbaru ini berlangsung ...
************************************
Kemas kini pada 08/09/2017
Keputusan mengenai jualan syiling sudah pun keluar seawal tengah malam. Boleh baca secera terperinci melalui laman web BNM
Hampir 2000 permohonan tempahan telah diterima, satu angka yang sangat besar jika diamati dalam senario hobi syiling peringatan yang bilangan peminatnya bukanlah banyak mana pun. Single Silver dan Set of Two pastinya habis. Saya yakin mereka yang berjaya dalam undian untuk membeli single silver PASTI akan memilikinya.
Bila BNM buat kaedah tempahan seperti ini, memanglah kebaikannya dapat memberikan peluang kepada semua 30 juta rakyat Malaysia dan juga warga asing memilikinya. Kita cuma tahu apa yang kita tempah dan rakan-rakan yang menempah (itupun kalau mereka nak bercerita). Tapi kita tidak tahu apa yang orang lain tempah.
Memang selepas tempahan dibuka, kedengaran ada yang siap daftar nama suami, isteri, anak, kawan, skandal, kekasih, dan sebagainya. Siapa boleh menghalang???
Ada juga yang tak mahu ambil risiko terutamanya dalam perebutan untuk memiliki Single Silver ... formulanya senang sahaja, tempah 3-4 malahan lebih nama, tak kan lah dalam 3-4 nama yang dibubuh tu, satu pun tak sangkut untuk single silver.
Saya pasti untuk keluaran syiling akan datang, pastinya bilangan yang akan menempah akan meningkat jika kaedah ini yang dijalankan. Simpati juga pada rakan-rakan yang namanya tidak terpilih untuk memiliki Single Silver. Mereka ini kalau jenis beli lepastu nak jual memang saya tak simpati langsung.. tetapi mereka ini memang jenis collector tegar syiing peringatan, memang beli sebagai hobi dan koleksi yang akan disimpan ke akhir hayat. Kalau sudah namanya pun tegar atau die hard, kegagalan memiliki syiling pada hari keluaran adalah sesuatu yang sangat pedih untuk dilalui, boleh mendatangkan kemurungan yang berpanjangan. Suka tidak suka, terpaksalah beli dengan penjual yang sudah semestinya harganya pun lain, terpaksalah keluarkan perbelanjaan yang lebih... secara tak langsung penjual pula akan melihat adanya permintaan, maka untuk isu akan datang silap-silap buat tempahan yang lebih ...
Saya paparkan mesej dari rakan-rakan tegar ... cara jualan seperti ini banyak kebaikan, namun mohon BNM buat penambahbaikan mana yang mereka rasakan sesuai atau wajar.
Klik pada setiap gambar untuk paparan yang lebih besar
Laman web Malaysia Coin juga telah mengemaskini agihan jualan syiling ini. Satu bentuk fakta dan data yang sangat penting dalam hobi ini untuk rujukan mendatang. Tahniah
Update 14 September 2017
Beberapa orang rakan pengumpul memberitahu bahawa mereka menerima pesanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Bank Negara Malaysia yang menawarkan mereka untuk membeli syiling peringatan setelah nama mereka sebelum ini dalam senarai menunggu.
Dari satu segi, nampak betapa telus dan integritinya pihak BNM dalam mengagihkan jualan. Siap hantar SMS untuk menawarkan pembelian.
Satu segi lagi, nampak tak, seperti yang saya dan ramai lagi jangka, ramai yang menghantar pesanan pembelian tetapi tidak mahu membeli. Ini sama lah seperti analogi masa zaman kita jawab peperiksaan soalan objektif zaman sekolah dulu - dalam 10 jawapan yang kita tembak, tak kan satu pun tak betul. Samalah macam tempahan ini, dalam 10 borang yang dihantar, tak kan satu pun tak dapat.
Ini memang kesalahan dan kejahatan pembeli yang 100% SANGAT TAMAK terutamanya mereka yang bukan pengumpul pun, tetapi membeli dengan niat untuk mengaut keuntungan atas keperitan dan kesengsaraan orang lain. Yang merisaukan jangan suatu hari nanti BNM tidak lagi mahu menerbitkan syiling peringatan kerana kelakuan puak-puak ini.
Hari Jualan pada 08 September 2017
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana saya terpilih dalam undian untuk memiliki Single Silver, koleksi yang menjadi buruan ramai. Saya cuma menghantar satu tempahan dan bertawakal agar dapat memiliki syiling dihajati.
Sejurus sahaja mengetahui nama naik, memang keinginan untuk ke Sasana Kijang membuak-buak. Kalau dah namanya tegar, memang sedaya upaya akan cuba untuk memilikinya pada hari pertama jualan walaupun jualan ini berlangsung sehingga pukul 4.00 petang 12 September 2017. (selepas tarikh ini, mereka yang tidak mengambil - koleksi tersebut akan dijual pada mereka yang dalam senarai menunggu).
Suasana di sekitar Sasana Kijang agak lengang, sebab tempoh masa untuk mengambil yang panjang, jadi ramai yang tiada keperluan untuk tergesa-gesa mengambilnya. Tiada lagi gegantung (banner poster) keterangan mengenail syiling .. sedih, yang ada cuma petunjuk lokasi sahaja.
Kali ini, lokasi jualan terletak Dewan Persidangan 1
Susun acara proses penjualan syiling
Kad pengenalan akan di fotostat lalu ke kaunter mengikut abjad untuk menyemak tempahan yang dibuat
Butiran pembelian sedang disemak
Apa nak panggil??? Slip jualan barangkali, diserahkan kepada pembeli untuk dibawa ke kaunter pembelian
Kaunter jualan yang lengang, memang semasa berurusan, cuma saya sahaja pembeli yang ada ketika itu
Tertera pada resit, dapat membeli pada pukul 10.59... sebelum beredar sempat juga di sapa oleh kakitangan BNM, dapatlah juga saya meluahkan rasa secara face to face, dengarnya ada juga rakan-rakan lain selepasnya yang turut di sapa. Bagi saya sapaan itu sebagai tanda kemesraan. Lebih penting beliau sendiri dapat mendengar saranan-saranan yang pengumpul berikan.
************************************
************************************
Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017. Temasya sukan ini berlangsung serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan Hari Malaysia. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 16 Ogos 2017 bertempat di Wisma Radio RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur. Media turut melaporkan bahawa duit syiling ini hasil rekaan staf BNM sendiri, Nurul Iman Azwan.
Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 700 keping ditempa untuk set single. Syiling ini mula dipamerkan kepada orang mulai 21 Ogos 2017 di kesemua lokasi jualan. Tempahan untuk membeli syiling ini mula dibuka pada 29 Ogos 2017 hingga pukul 1 tengah hari 05 September 2017. Keputusan tempahan akan diumumkan pada 08 September 2017 dan boleh diambil mulai tarikh berkenaan sehingga 12 September 2017.
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan maskot rasmi bernama RIMAU, diilhamkan daripada Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa dan tangkas. RIMAU ialah akronim/singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity). Perkataan "BANGKIT BERSAMA" iaitu tema temasya sukan ini melambangkan ketibaan era untuk negara-negara Asia Tenggara bersatu sebagai sebuah komuniti. Perkataan “SUKAN SEA KE-29” dan “SUKAN PARA ASEAN KE-9” juga tertera pada keliling bahagian atas dan bawah duit syiling.
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo rasmi temasya sukan ini iaitu Wau Bulan. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara dipaparkan di tengah-tengah duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.
Tiada dalam blog ini
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 (set two in one) yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 1300 set.
************************************
Tahniah kepada KONTIJEN MALAYSIA
Pecahan Pingat Emas
Terjun -
13
|
Basikal
Trek - 11
|
Pencak
Silat - 10
|
Olahraga
- 8
|
Gimnastik
Berirama - 8
|
Karate -
7
|
Boling
(Tenpin) - 7
|
Boling
Padang - 7
|
Wusyu -
6
|
Skuasy - 6
|
Pelayaran
- 6
|
Ekuestrian
- 6
|
Memanah
- 5
|
Gimnastik
Artistik - 5
|
Luncur
Ais - 5
|
Menembak
- 4
|
Luncur
Air - 4
|
Tekwando
- 3
|
Renang -
3
|
Renang
Seirama - 2
|
Renang
Terbuka - 2
|
Basikal
Lebuh Raya - 2
|
Pentaque
- 2
|
Muay
Thai - 2
|
Hoki
Padang - 2
|
Hoki dlm
Dewan - 1
|
Badminton
- 1
|
Bola
Keranjang - 1
|
Bola
Jaring - 1
|
Ragbi 7s
- 1
|
Tinju -
1
|
Kriket -
1
|
Sepak
Takraw - 1
Chinlone
- 1
|
Tahniah juga pada kontinjen paralimpik