Jumaat, 1 November 2019

Bercuti Ke Hatyai 2019

Assalammualaikum, ini kali kedua untuk tahun 2019, saya mengikuti trip anjuran rakan sepejabat ke Hatyai. Kali pertama pada Februari 2019 yang telah pun saya kongsikan dalam posting sebelum ini, boleh klik link dibawah untuk membaca travelog lalu.
 
 
 
 


Trip kali ini berlangsung dari 25-28 Oktober 2019 (Jumaat - Isnin) ketika cuti perayaan Deepavali. Bas gerak dari KL pukul 9.40 malam, sangkut di area Tapah hampir sejam lebih. Singgah di RNR Simpang Pulai pukul 2 ++ pagi, pukul 6 lebih sampai di Alor Setar untuk solat subuh seterusnya ke Changloon untuk sarapan. Masing-masing sarapan ala kadar sahaja sebab masuk Siam nanti nak balun cukup-cukup.
 
Ingatkan selepas mengharungi kesesakan semasa di Highway maka azab pun berakhir, namun azab baru pula muncul di Bukit Kayu Hitam.
 

Gambar pertama: bas yang beratur di hadapan bas saya.
Gambar kedua: bas yang beratur di belakang bas saya.
 
Bayangkan azab yang perlu kami tanggung.Terseksa zahir batin, nak selesai urusan di imigresen Malaysia sekejap ajer, dalam pukul 9.45 dah selesai. Nak selesaikan urusan di Siam tu yang lama, bayangkan selama dua hingga tiga jam lebih bas gerak selangkah demi langkah.Campur beratur kat imigresn Siam sekali, sudahnya pukul dua lebih baru jejak bumi Siam. Total semua dekat 5 jam kat imigresen tu sahaja. Masa nie rasa geram marah dan segala macam pun ada. Kenapalah trip kali nie tak masuk ajer ikut Padang Besar ajer macam trip yang lalu.
 
Bayangkan selepas 16 jam perjalanan baru lepas pintu sempadan, tu belum sampai Hatyai lagi nie. Masing-masing dengan lapar dan penatnya, sudahnya bas kami singgah makan tengah hari di Danok sahaja (musnah harapan nak lunch kat Hatyai).
 



 


Lunch di Danok, biasa-biasa ajer rasa makanan yang kami order.
 


 
Lepas makan, saya ambil peluang untuk melihat-lihat kedai runcit yang ada. Malas nak fikir saya terus beli kacang gajus dan beras pulut (ada hikmahnya, nantilah saya ceritakan di perenggan yang lain). Beras Siam pula nantilah waktu balik baru beli. Perajalan diteruskan ke tengah Bandar Hatyai.
 

 
Petangnya dekat pukul 5 lebih baru kami sampai di hotel, dengan segala macam rasa penatnya, dapatlah juga kami mandi / solat dan bersiap untuk aktiviti sebelah malamnya. Kami semua menginap di Yannaty Hotel, hotel milik penuh orang Islam. Oklah keselesaan hotel ini, Ada trip lain juga menginap di hotel yang sama.
 

 


 

Sebelah malamnya, kami satu bas ke Alif Hot Pot Buffet, antara punca saya join trip kali ini ialah adanya aktiviti menjamu steamboat grill di Hatyai tak kira lah sama ada di Klong Hae Seafood Buffet atau dimana-mana. Kami agak beruntung kerana pihak agensi dah tempah awal-awal untuk geng kami. Masa kami sampai ada satu dua bas lain yang terpaksa beredar kerana tidak ada ruang lagi untuk makan. Syukur Alhamdulillah. Bagi saya dengan bayaran sebanyak 230 Baht sekepala agak berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Cuma keadaan agak havoc dengan begitu ramai sekali pengunjung. Selesai urusan disini, pulang ke hotel untuk acara bebas. Ada yang pergi berurut, ada yang dah nak tidur sebab kepenatan. Kami pula berjalan kaki ke area Lee Garden Plaza untuk bersantai. Kami cuma menikmati ais krim kelapa ajer sebab perut pun dah kekenyangan dan faktor kawasan disitu terlalu sesak dengan manusia.
 

  
Ahad 27 Oktober 2019
 
Paginya, kami bersarapan di hotel, dah masuk dalam pakej.
 



Selesai sarapan, kami ke:
 
Kaysorn Souvenir
Kilang Kacang
Madu Lebah
Chang Puak Elephant Camp
 
Malas nak ulas panjang kat tempat-tempat nie sebab dalam entri / trip sebelum nie dan ulas panjang lebar. Paling rasa syukur masa kat kilang kacang, seperti yang saya tulis diatas tentang hikmahnya beli kacang di Danok. Kat kilang kacang terlalu sesak dengan pengunjung, nak beli kacang gajus pun tengok tinggal sebungkus dua ajer, lepastu tengok orang beratur kat kaunter pun sampai pintu kedai, mujurlah dah beli awal kat Danok. Lokasi lain pula.. entahlah rasa dah tak berminat sebab pernah sampai dalam trip dulu, kat madu lebah cuma makan ais krim, malahan kat tempat gajah tu, saya tak turun dari bas langsung.

 
Lunch hari tu memang sangat special, tak tahulah area mana, masuk kawasan kampung, kedai pun kedai kampung yang belakang kedai  dan depan kedai kiri kanan kedai pun rumah orang kampung, yang singgah pun cuma bas kami sahaja dan beberapa van (trip kecil) dan orang lokal. Tapi kelazatan masakan lauk-pauk stail nasi campur kat kedai nie memang tak boleh nak dibawak berbincang, betul-betul autentik masyarakat setempat punya masakan. Kami satu bas memang puas hati sesangat makan kat kedai nie. Harga pun murah.
 

Selesai lunch, destinasi seterusnya ialah The Central Mosque of Songkhla / Masjid Songkhla untuk jamak zohor dan asar. Banyak juga rombongan dari Malaysia yang singgah di sini, kami pula sampai ketika cuaca mendung, agak menarik pemandangan dihadapan masjid ini, ada terusan/kolam berlatarbelakangkan gunung-ganang.
 


Selesai solat, destinasi seterusnya ialah ke:
Pantai Samila
Klong Hae Floating Market
 
Entahlah, dah rasa tak menarik, mungkin sebab pernah sampai.
 

Susunan bas dari Malaysia semasa di Floating Market, nie row yang sebelah sini, row yang satu lagi sederet lagi bas parking.  Tu belum masuk deretan van dan kereta persendirian yang parking. Bak kata pemandu pelancong kami, semua trip akan ke tempat tumpuan, kat mana-mana kami pergi pun, rupa nie laa jugak deretan bas yang ada. Selesai urusan, kami pulang ke hotel.
 

Sampai di hotel, turun ajer dari bas, trip kami berpecah. Ada yang ambik tuk-tuk untuk ke Asean Night Market, ada yang ke area Lee Garden, ada yang nak ke kedai tom yam. Saya sekeluarga menjamu selera di Salma Restaurant untuk makan malam. Order udang galah goreng bawang putih, daging bakar, ayam gajus, dan telur dadar lima rasa. Kat tempat kita, kalau kedai tu jadi tumpuan, pukul 3-4 pagi baru tutup, kat restoran nie pukul 9.30 dah tutup, pukul 9 lebih kurang dan tak terima pelanggan, pukul 9.15 dah nak siap-siap kemas meja susun kerusi nak tutup kedai.Selesai makan, kami ronda-ronda area tu suntuk shopping sebelum balik ke hotel untuk kemas beg.
Saya kalau jajan-jajan nie memang kurang, tapi kalau minuman dari Siam nie memang kegemaran. Penuh satu beg dengan minuman untuk di bawa balik.

 
Isnin 28 Oktober 2019

 

Selepas check out, kami bergerak ke salah satu tempat yang viral dan menjadi tumpuan orang kita iaitu di Dim Sum Chabura. Memang semasa plan untuk trip ini, saya telah cadangkan kepada ketua trip agar trip kali ini perlu dimasukkan dalam tentatif ialah menikmati steambot dan dim sum, kalau tak, sama ajer lah seperti trip yang saya pergi dulu. Kurang-kurangnya untuk trip kali ini adalah juga sesuatu yang lain.
 
Rupanya agak mencabar untuk ke dim sum ini, jalannya kecik dan tiada tempat untuk meletakkan bas, patutlah tak banyak trip dengan bas yang sanggup untuk ke sini. Terima kasih penganjur dan juga kapten bas kerana  sudi melayan permintaan kami. Masa nak naik bas lepas sarapan, polis Siam yang jaga trafik macam tak puas hati kerana bas terpaksa berhenti di tengah jalan untuk kami naiki. Walaupun nama dim sum dan dim sum jugalah menu utama di kedai ini, ada juga menu-menu lain. Selain dim sum, kami sekeluarga order roti kelapa, roti coklat, dan juga nasi goreng dalam nanas. Dan lebih syukur lagi, tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja kosong, elok ajer saya masuk kedai, ada keluarga lain yang dah selesai makan.
 
Perjalanan seterusnya ke Danok untuk beli beras sebelum masuk ke Malaysia.


 
Bas singgah sebentar di stesen minyak sebab ada yang nak kencing, saya pula ambil kesempatan untuk try latte di kafe stesen minyak nie.




Oleh kerana dah beli siap-siap beras pulut dan kacang gajus masa datang, masa hadap balik pula beli beras siam dan kacang Koh Kae. Sementara menunggu yang lain shopping, kami makan tengah hari dulu sebab dah boleh agak yang suasana di imigresen nanti akan mengambil masa yang lama..
Dalam pukul 2.30 bergerak ke pintu sempadan.
 
Sebahagian bas yang beratur menunggu giliran, hampir sejam dua masa diambil disini, ketika ini juga cuaca mulai hujan renyai. Mujurlah selepas selesai semua urusan, hujan mula lebat. 
 
Singgah di RNR Gurun untuk bas mengisi minyak. Sambil tu berbincang dengan kapten bas dan ketua trip, kalau ikut plan akan singah kat RNR Gunung Semanggol untuk solat, tapi kapten bas cadangkan berhenti di Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya. Yang bestnya tu, saya selalulah nampak kedai jeruk nie kat tepi highway, tapi tak tahu pulak yang dibelakang kedai jeruk tu ada surau untuk taman perumahan disitu. Dan disebelahnya (belakang Petron) ada food court. Masa tu dah pukul 6.15 petang, jadi kami semua jamak asar/zohor dan menunggu untuk jamak maghrib/isyak sekali. Makan pun kat food court tu.
 
Pukul 8 malam, bas bergerak dan singgah di RNR Simpang Pulai dalam pukul 10.30 malam, ketika ini lah sekali lagi diuji apabila bas mengalami sedikit kerosakan. Benda tak dijangka, kami menunggu dalam bas sementara bas dibaiki, nak duduk luar pun cuaca masih hujan, dan kami juga kepenatan.
 
Pukul 12.30 pagi, barulah bas kami bergerak ke KL. dah lah dari Imigresen sampai ke Rawang hujan tak berhenti, aliran trafik juga tinggi, ada sesetengah tempat pun sesak. Akhirnya pukul 3.30 pagi baru sampai KL dan pukul 4.15 pagi baru saya sampai ke rumah.
 
Syukurlah selamat pergi selamat kembali walaupun masa pergi 16 jam dalam bas nak sampai sempadan dan masa balik 13 jam dalam bas dari sempadan nak ke KL.
 
Seronok memang seronok, target saya untuk makan steamboat dan dim sum kat Hatyai pun tercapai (tapi hajat untuk lunch di Kai Tod Decha tak kesampaian - mungkin dia suruh datang lagi ke Hatyai hehehehe), cuma letih dalam bas tu yang buatkan saya taubat tak nak dah bercuti kalau ada cuti berkait macam nie, lagi banyak penat atas jalan dari penat berjalan.
 
Tapi tu laa... taubat tak nak masa cuti berkait ajer,... tapi kalau ada peluang untuk bercuti masa yang tak bertembung dengan cuti berkait, ok ajer. Walaupun masing-masing kepenatan, tak sampai 24 jam balik ke rumah, group wassap dah mula meriah dengan perancangan trip untuk tahun 2020 pulak.
 
Terima kasih kerana sudi membaca travelog panjang lebar ini, moga perkongsian ini sedikit sebanyak ada manfaat kepada semua.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...