Isnin, 19 Ogos 2019

Makan sedap di Penang

Assalammualaikum, susulan entri berkenaan Nasi Kandar (KLIK DI SINI) yang saya buat pada tahun 2018, dan posting berkenaan nasi kandar itu pun mendapat bacaan yang tinggi, lebih tinggi daripada sesetengah entri berkenaan duit syiling, maka saya muatkan entri ini. Posting ini langsung tidak akan menyetuh berkenaan nasi kandar. Senang cerita makanan lain selain daripada nasi kandar yang saya pernah makan. Sajer nak berkongsi apa yang ada dalam handphone nie ...
 
Menu ini saya pilih pun setelah saya tengok apa yang viral dan apa yang menarik, berdasarkan pembacaan di media sosial, lalu apa yang sempat saya singgah, saya akan kongsikan. Tiada sebarang ranking, kerana setiap satunya punya keistimewaan sendiri. Gambar-gambar pun saya kongsikan setelah beberapa kali ke Pulau Pinang atas pelbagai urusan kerja dan percutian. Boleh katakan, apa yang saya konsgikan bukan benda baharu, tetapi dah viral dan juga apa sahaja yang ternampak di depan mata, sebab itulah saya takkan ulas panjang lebar untuk setiap satunya.  Yer lahh.. kalau tak viral macam mana saya sebagai orang luar hendak menikmatinya.
 
Posting berterusan.. akan sentiasa update jika saya menyinggah  di tempat makanan lain pula di Pulau Pinang.
 
* Klik pada setiap gambar untuk saiz yang lebih besar.
 
01. Pasembur Disko
Tarikh Makan : 25/11/2016, 30/12/2020, 31/12/2020
Macam-macam gelaran, pasebur disko laa.. pasembur menari laaa.. pasembur joget laa... pasembur gurney drive laa... terletak di Gurney Drive Hawker Centre dan tidak beberapa jauh daripada Gurney Plaza.
 



02. Laksa Janggus
Tarikh Makan: 26/11/2016 & 04/10/2018
Antara makanan viral di Pulau Pinang, ramai yang mencubanya, ada yang suka, ada yang tak suka. Bagi saya sebagai bukan penggemar laksa tapi menenami rakan-rakan lain yang makan, tak der sebarang sentimen.  Terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang. Untuk sampai, memang perlu kawasan perkampungan.
 



03. Burger Ayam Goreng N Joy
Tarikh Makan: 26/11/2016
Terletak di Taman Desa Wangsa, Batu Maung. Kuasa viral mempopularkan, ketika saya pergi pada tahun 2016, stail burger goreng dengan roti berwarna-warni dikira agak baru.
  



04. Astaka Taman Tun Sardon
Tarikh Makan sejak tahun 1980-an semasa saya bersekolah rendah lagi hingga sekarang.
Terletak di Gelugor. Syurga untuk sarapan, semua menu ada, kalau nak disenaraikan apa yang ada memang tak tersenarai. Cuma yang agak lain bagi orang luar menu seperti sarabai, nasi lemuni, nasi kacang dan sebagainya.
 



05. Apom Manis
Kat Pulau Pinang nie rasanya banyak yang menjual, yang siap letak telur, butter, keju, coklat, pisang, jagung itu ini pun ada. Tapi kesetiaan saya pada sebuah gerai beroda berhadapan Astaka Taman Tun Sardon, dikawasan parking flet depan astaka tu. Original tak bubuh topping apa pun, entah berapa kali saya beli, sampai bawak balik KL pun ada. Rasanya ada 6-7 kali singgah. Apom nie tak sama dengan apam balik.
 

  






* Bekas biru tu untuk saya tapau apom nak makan dalam kereta masa balik ke KL.

06. Mee Goreng Hussain
Tarikh Makan: 22/04/2018
Gerai beroda di Jelutong, berhampiran nasi kandar Deen, Nampak macam ramai orang makan, sajer cuba makan.







07. Roti Canai Transfer Road
Tarikh Makan: 27/07/2018
Tak perlu nak kata apa, makanan viral. Mujurlah masa saya menikmati tu bukan masa cuti berkait atau cuti sekolah, jadi tak der lah beratur atau lama menunggu.
 
 
 
 



08. Kopi Hutan Bukit Bendera
Tarikh Makan: 27/07/2018 & 27/04/2019
Kopi Hutan atau Monkey Cup Station terletak di Bukit Bendera. Kalau dari kawasan Bukit Bendera untuk sampai ke sini agak jauh kalau berjalan kaki. Kalau yang stamina ok boleh lah menapak. Tapi dua kali ke sini, dua kali juga saya menyewa buggy car. Pemandu akan membawa kita bersiar-siar dan lokasi kopi hutan nie merupakan pengujung perjalanan buggy car sebelum berpatah balik. Di situ sesiapa yang ingin lepak minum di kopi hutan akan turun. Baliknya pula, pihak kopi hutan akan menyediakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar pelanggan balik ke kawasan astaka Bukit Bendera tu.
 
Bagi saya, konsep kafe ini antara unik, bayangkan selalunya menikmati minuman seperti starbucks mahupun kafe hipster, pasti dekorasinya lain. Berlainan di sini apabila dekorasinya adalah alam semula jadi. Boleh dengar bunyi unggas.
 

 



09. Hussain Pasembur, Padang Kota Lama
Tarikh Makan: 27/07/2018
Antara lokasi popular terutamanya bagi otai-otai, hadir ke sini pun sebab anak buah yang join trip teringin nak makan pasembur Hussain.
 
 
 

10. Teochew Cendol
Tarikh Makan: 04/10/2018
Terletak di Lebuh Keng Kwee, Jalan Penang. Bagi saya biasa sajer rasa cendolnya.
 
 
11. Ais Tingkap
12. Chowrasta Cucur Udang
Tarikh Makan: 04/10/2018 & 27/04/2019
Antara yang viral, bagi saya ais tingkap kena cuba tambahan pula jika tekak kering selepas bersiar di Georgetown. Cucur udang tu sebagai pelengkap selera.
 
 
 

Update gambar 2020
 



13. Gambier Burger
Tarikh Makan: 26/04/2019
Terletak sama dengan lokasi Nasi Kandar Sharrif iaitu di Pasar dan Kompleks Makanan Jalan Permai, Gelugor. Anak saya yang order burger sebab tak nak makan nasi kandar. Saya rasa sedikit dan memang terbaik burger mereka, Sangat di rekemen.
 



 
 
14. Kopi Cina Auntie
Tarikh Minum: 26/04/2019
Macam-mcam nama gelaran diberi ... kopi bintang laa.. kopi peng laa... kopi itu ini. Terletak di Lebuh Noordin. Kalau baca review orang lain ada yang kena beratur panjang, mujurlah, masa saya sampai tidak ramai pelanggan, maka orderlah kopi asi yang sedap tu. Dua bungkus lagi bawak balik ke tempat penginapan.
 
 
  


15. Pasembur Kareem
16. Union Street Famous Roti Bakar
17. Azlan Shah Shaik Mydin Burger
Tarikh Ambik Gambar: 26/04/2019 - tak makan pun.
Terletak di Jalan Union / Union Street terdapat deretan gerai menjual menu-menu nie. Rasa terpanggil nak ambik gambar sebab kelihatan sangat menarik. Cumanya tak makan sebab dah kekenyangan makan nasi. Foto nie boleh disimpan sebagai rujukan dan panduan.
 
 
  

 
 

 
 
 
  


18. Roti Canai Gemas Road
Tarikh Makan: 27/04/2019
Amazing... inilah roti canai paling premium pernah saya makan - roti canai letak telur, letak keju, taburan bawang, dan boleh pilih lauk sama ada kari ayam, kari daging atau kari kambing. Terletak di Jalan Gemas, Taman Kampar, Georgetown.
 
 



19. Kacang Kuda Masala
Tarikh Makan: 27/04/2019
Terletak di Bukit Bendera. Macam mana nak kata.. kacang kuda tu dicampur dengan sedikit maruku, bawang dan serbuk kari. Rasanya rangup dan agak berempah.

 
 


 20. Samosa Centre Sejahtera Muhibbah
Tarikh Makan: 27/04/2019
Walaupun bernama samosa, gerai beroda nie turut pelbagai kuih. Saya membeli kuih kat sini.. lepastu gi seberang jalan lepak kat Ais Tingkap. Sedap kuih muihnya, garing.

 


 
21. Penang Famous Samosa
Tarikh Ambil Gambar: 11/08/2019
Gerai tepi jalan terletak pada lorong berhadapan Restoran Kapitan di Lebuh Chulia. Tak beli pun sebab baru lepas kena nasi kandar, tapi paling suka tengok sweet puri, Nampak besar dan menyelerakan.
 




22. Laksa Penang Corner
Tarikh Makan: 11/08/2019
Kami menginap di kawasan Batu Feringghi, petangnya saja ingin lepak makan ringan-ringan sambil duduk tepi laut. Ada dua lokasi yang terdapatnya deretan kedai. Kami singgah salah satunya, tak tahulah yang kami singgah nie di Pantai Miami atau bukan. Kat sini kebanyakkannya pengunjung menjamu laksa, termasuklah kami. selain itu turut kami order rojak buah dan jagung bakar bersalut susu pekat manis.
 

  

22. Gerai Mak Siti
Tarikh Makan: 12/09/2019
Terletak tepi jalan di kawasan Batu Feringghi, paginya kami mencari sarapan lalu singgah di gerai ni. Serius cakap, karipap dengan nasi lemaknya SEDAP.
 
 


 
 
23. Mee Goreng Mohabath
24. Pasembur Ghani
Tarikh Makan: 12/09/2019
Kedua-duanya terletak di Medan Selera Padang Brown, antara kawasan tumpuan. Terdapat pelbagai jenis makanan di sini. Kami memilih mee goreng dan pasembur. Mee goreng kat sini lain sikit, boleh pilih topping sama ada ayam, sotong, paru, atau daging. Pasembur pula memang terkenal kat Pulau Pinang... tak payah nak ulas.
 


 




25. Bonda Coconut Shake
Tarikh Minum: 13/08/2019
Antara yang viral di Pulau Pinang, terletak dalam kawasan Bayan. Sesuai dengan trend semasa, maka perlu letak bubble. Bagi saya ok rasanya, tak lah manis sangat, terasa lemaknya.
 
 



26. Jalil Special Ice Kacang
27. Mee Sotong Hameed PATA

Tarikh Makan: 10/07/2020
Antara yang viral di Pulau Pinang, dah beberapa kali ulang alik ke Pulau Pinang, nie pertama kali singgah. Melihatkan bilangan orang yang beratur untuk dapatkan mee nie, maka dah tahu betapa popularnya mee ni, sebelahnya pula jual air minuman, jadi kami try coconut shake dan bandung special selepas penat beratur nak dapatkan mee.
 




28. Karipap Mutiara

Tarikh Makan: 10/07/2020
Tak tahu sama ada sesuatu yang baru atau kuasa viral yang mempopularkannya. Tengok kat IG berkenaan dengan karipap nie, terus singgah beli. Masa tu dah petang, jadi karipap daging dah habis, so beli karipap ayam dengan sardine. Ada berbelas jenis karipap dan bila ada orang order, baru mereka akan sumbat inti karipap sebelum digoreng (sama seperti dlm video yang kami lihat di IG). Uniknya juga, mereka sediakan sekali bawang  yang macam bawang makan dengan martabak tu.
 
 




28. Jawi House Cafe Gallery
Tarikh Makan: 10/07/2020
Asyik nasi kandar / nasi dalca dengan makanan lain yg viral, untuk trip kali nie, kami try seuatu yang agak lain iaitu masakan Jawi Peranakan, mereka nie lah yang digelarkan Anak Tanjung, kalau nak hurai pasal mereka, dah jadi blog sejarah pulah, yang penting apa yang kami nikmati di kafe ini. Nasi Lemuni, Nasi Lentil, Kambing Masala, Ayam Ros, dan Rendang Daging.
 
 




 
 


29. Nasi Tujuh Benua
Tarikh Makan: 02/01/2021
Dah lama tahu kewujudan kedai nie, tapi asyik nak hunting nasi kandar, maka hajat untuk ke sini tertangguh. Akhirnya dapatlah juga pada permulaan 2021. Dalam gambar, saja bubuh kuah sikit keliling pinggan sebab kononnya nak bagi gambar cantik. Kalau siram terus atas nasi, tak nampaklah warna-warni nasi tersebut. selepas tu ambik pinggan kecik kosong taruh kuah tambah, baru selera makan.




30. Ombak Damai
Tarikh Makan: 17/10/2021
View tepi pantai, menarik, tapi kena datang awal sebab ramai orang.

 


 

31. Ali Nasi Lemak
Tarikh Makan: 18/10/2021
Sedap juga nasi lemak kat sini, boleh lah try




Akan bertambah jika saya ke Pulau Pinang lagi dan jumpa makanan yang kelihatan menarik, kalau tuan puan tahu ada tempat yang best kat pulau nie, silalah kongsikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...