Isnin, 3 Ogos 2026

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75) (2025)

 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75) pada 7 November 2025.




*****






Duit syiling perak pruf ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai bermula pukul 12:00 tengah hari Jumaat, 7 November 2025 hingga 8:59 pagi Isnin, 17 November 2025.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan bertemakan “STATISTIK NADI KEHIDUPAN”, konsep reka bentuk ini menegaskan idea bahawa statistik bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia serta menjadi tonggak pembangunan negara. Tangan ditampilkan sebagai simbol utama, mewakili hubungan langsung antara statistik dengan rakyat. Latar belakang duit syiling berbentuk elemen bulatan melambangkan aliran data yang berterusan, mencerminkan sifat maklumat yang dinamik. Gabungan motif tangan dan bulatan ini menekankan pendekatan yang memfokuskan pada insan, serta meletakkan statistik sebagai daya pemacu kemajuan dan kesejahteraan negara.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa pengeluar duit syiling numismatik ini dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling. Pada bahagian tengahnya, logo ulang tahun ke-75 perkhidmatan statistik dipaparkan dengan jelas, sebagai penghormatan kepada peranan penting DOSM dalam pembangunan negara. Nilai muka “10 RINGGIT” tertera pada bahagian bawah keliling duit syiling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...