Selasa, 19 Oktober 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 (2005)

Tiada maklumat secara rasmi dipaparkan dalam laman web Bank Negara Malaysia untuk isu ini. Maklumat berdasarkan bacaan pada sumber lain dan juga cerita lisan mereka yang lebih lama dalam hobi ini.
 
************************************************



 ************************************************
 







Tarikh Keluaran: 10 Disember 2005
Jumlah Tempaan: 250

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

 ************************************************
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 150 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling tembaga nikel bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syilingtembaga nikel bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 150 set.
 
Rujukan:
http://www.malaysiancoin.com/2014/11/syiling-sidang-kemuncak-asean-ke-11.html

Isnin, 11 Oktober 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30 (2005)




 
***********************************************







Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 31.11 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM20. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 24 Jun 2005.

Reka bentuk hadapan tertera logo rasmi Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30 dan perkataan “ISLAMIC DEVELOPMENT BANK 30th ANNUAL MEETING 2005” dan “MALAYSIA”.

Reka bentuk di sebelah belakang pula tertera imej Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya serta tulisan jawi “Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30”.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***********************************************
 

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 15.55 gram bernilai muka RM200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM20. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 1000 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM20 dan duit syiling emas bernilai muka RM200. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.

Isnin, 4 Oktober 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-100 Kelahiran Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (2005)

Unik, isu syiling ini sebagai penghormatan kepada kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman. TAR lahir pada tahun 1903, sedangkan syiling ini dikeluarkan pada tahun 2005. Uniknya lagi, tertera tahun 2004 di bahagian belakang syiling.

****************************************




**************************************** 







Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 01 April 2005.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan gambaran lambang Kerajaan Malaysia dengan perkataan “BAPA KEMERDEKAAN” dan nilai muka duit syiling tersebut.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


**************************************** 


Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling tembaga nikel bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 300 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling tembaga nikel bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 100 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...