Isnin, 3 Ogos 2026

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75) (2025)

 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75) pada 7 November 2025.




*****






Duit syiling perak pruf ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai bermula pukul 12:00 tengah hari Jumaat, 7 November 2025 hingga 8:59 pagi Isnin, 17 November 2025.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan bertemakan “STATISTIK NADI KEHIDUPAN”, konsep reka bentuk ini menegaskan idea bahawa statistik bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia serta menjadi tonggak pembangunan negara. Tangan ditampilkan sebagai simbol utama, mewakili hubungan langsung antara statistik dengan rakyat. Latar belakang duit syiling berbentuk elemen bulatan melambangkan aliran data yang berterusan, mencerminkan sifat maklumat yang dinamik. Gabungan motif tangan dan bulatan ini menekankan pendekatan yang memfokuskan pada insan, serta meletakkan statistik sebagai daya pemacu kemajuan dan kesejahteraan negara.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa pengeluar duit syiling numismatik ini dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling. Pada bahagian tengahnya, logo ulang tahun ke-75 perkhidmatan statistik dipaparkan dengan jelas, sebagai penghormatan kepada peranan penting DOSM dalam pembangunan negara. Nilai muka “10 RINGGIT” tertera pada bahagian bawah keliling duit syiling.

Isnin, 6 Julai 2026

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 (ASEAN25) (2025)

 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 (ASEAN25) pada 7 November 2025.



******








Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai bermula pukul 12:00 tengah hari Jumaat, 7 November 2025 hingga 8:59 pagi Isnin, 17 November 2025.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada konsep kesinambungan, dengan menggabungkan elemen tenunan tradisional sebagai motif utamanya. Motif ini mengalir secara bersambung dari bahagian hadapan ke bahagian belakang syiling, menjadikannya yang pertama dalam sejarah reka bentuk numismatik Malaysia. Reka bentuk ini menampilkan logo rasmi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dan bola api yang digayakan, yang melambangkan semangat dinamik dan progresif semua negara anggota ASEAN. Tulisan “ASEAN-MALAYSIA 2025” tertera pada bahagian atas kanan keliling duit syiling sebagai memperingati peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama motif tenunan diteruskan pada bahagian belakang, melambangkan hubungan kukuh dan kerjasama berterusan antara negara anggota ASEAN. Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa pengeluar duit syiling numismatik ini dipaparkan pada sekeliling bahagian atas kiri duit syiling. Nilai muka tertera sebagai “10 RINGGIT”.

Jumaat, 5 Jun 2026

Limited Edition Ultraman Stamp Folder Set

 


Original Poster


*****




Folder
*****


Sheetlet 1


Sheetlet 2


Sheetlet 3
*****


First Day Cover
*****



Poster
*****


Keychain

Selasa, 5 Mei 2026

Limited Edition Star Wars: The Rise of Skywalker Stamp Folder Set

 

Original Poster


*****





Folder
******


Sheetlet 1


Sheetlet 2


Sheetlet 3
*****



First Day Cover
*****



X-Wing Paper Model
*****

Dijual Berasingan - Special Envelope with Miniature Sheet & Postcard





Miniature Sheet



Postcard
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...