Selasa, 29 Mac 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Parlimen Malaysia (2009)




 
******************************************************
 






Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 300 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 03 Julai 2009. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, Yang di-Pertua Dewan Negara, di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun "1959 - 2009" tertera di bawahnya. Pada sisi duit syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia" tertera di dalamnya. Anak bulan ini melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Pada bahagian atas kanan duit syiling itu tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan jata negara (crest) Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Cokmar, iaitu sejenis alat kebesaran diraja, melambangkan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan nilai muka duit syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawah duit syiling ini.




******************************************************
 

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 250 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...