Rabu, 6 Mei 2015

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Taman Negara Ke-75 (2014)









 
 
Apa pentingnya ditunjukkan resit belian. Sekadar hendak ditunjukkan bahawa saya dapat membeli syiling ini pada pukul 10.03 pagi dimana ketika ini Set of 2 telah pun habis dijual, tak sampai sejam. Lagipun ini kali terakhir belian syiling peringatan sebelum dikenakan GST 6%
 
*******************************************************
Alangkah baiknya, jika BNM dapat memberikan info grafik seperti ini
 

 


 


 
Duit syiling pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak Fine Silver dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 2000 keping ditempa untuk set single. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint.
 
Taman Negara merupakan sebuah taman negara yang terkemuka di Malaysia dan juga destinasi ekopelancongan yang terkenal. Taman Negara juga merupakan salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia dan terkenal sebagai habitat bagi kira-kira 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3000 spesies tumbuh-tumbuhan.
 
Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui wakilnya iaitu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang pada 29 Oktober 2014. Turut sama hadir pada majlis pelancaran ialah Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Norzila Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Datuk Abd Rasid Samsudin. Duit syiling ini akan mula dijual pada 28 November 2014.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej Pantera Tigris Jacksoni aitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara . Banjaran Tahan dan pokok Keruing Neram yang terdapat di sepanjang Sungai Tahan menjadi latar belakang duit syiling. Lavistonia Tahanensissejenis palma yang ditemui hanya di kawasan Banjaran Tahan, pula dipaparkan pada bahagian bawah kanan duit syiling. Perkataan “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” tertera pada bahagian atas duit syiling dan tahun “1939-2014” yang menandakan ulang tahun yang ke-75 dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara. Bahagian yang berlorek menunjukkan lokasi sebenar Taman Negara. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut.


*******************************************************
 








 
Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins in conjunction with the 75th Anniversary of Taman Negara, Malaysia’s premier national park and is a popular ecotourism destination. The park is also one of the oldest tropical rainforests in the world and known to be the habitat for about 150 species of mammals, 53 species of fish, 479 species of birds and more than 3,000 species of plants. These commemorative coins were launched by Y.B. Datuk Seri G.Palanivel, Minister of Natural Resources and Environment on 29 October 2014 at Taman Negara.
 
Only 750 set for set of 2

Coin Design
The design description of the commemorative coins is as follows:
 
Obverse
The centre of the coin shows the Pantera Tigris Jacksoni, a species of tiger that can be found only in Taman Negara. Banjaran Tahan and Keruing Neram trees which are located along the Tahan river are depicted in the background. Lavistonia Tahanensis, a type of palm that can be found only in Banjaran Tahan area is featured on the lower right side of the coin. The words “SAMBUTAN 75 TAHUN TAMAN NEGARA” are on the upper circumference and the years 1939 – 2014 denoting 75 years of anniversary are inscribed on the lower circumference of the coin.
 
Reverse
The centre of the coin features the map of Semenanjung Malaysia, with thicker border around the three states, i.e. Pahang, Kelantan, and Terengganu where Taman Negara is located. The shaded area shows the exact location of Taman Negara. The words “BANK NEGARA MALAYSIA” as the issuing authority of the commemorative coin is featured on the upper circumference of the coin, while the face value of the coin is inscribed on the lower circumference.
 
******************************************************
 

Tiada dalam blog ini:

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 750 set.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...