Jumaat, 1 Mac 2019

Seven Eleven Hatyai

Hatyai Part 1, KLIK SINI

Hatyai Part 2, KLIK SINI

Bahagian Akhir
Seven Eleven Hatyai

 
Sepanjang tiga hari berasa di Hatyai, entah berapa kali keluar masuk 7E, tujuannya, nak beli benda-benda yang ramai orang Malaysia suka beli jika bercuti ke Hatyai, kiranya saya juga ikut sama terpengaruh. Dan tak pernah lagi lah seumur hidup membelanjakan wang dengan begitu mewah dalam 7E kat negara kita, kat sini rasa berkenan terus ambil, yang layan kat situ pun ada, yang bawak balik Malaysia pun ada, kadang-kadang rasa macam nak penuhkan beg dengan minuman mereka, tapi takut kena tax pulak jika kastam buat pemeriksaan. Jadi beli ala kadar sahaja untuk dibawa pulang.
 
 
 
Mentos berharga 15 baht, serius cakap yang mentos choco caramel nie sedap, bukan rasa macam manis gula, tapi memang betul rasa manis madu dan coklat.
 
 
 
Yang nie memang tak sah kalau tak beli, Setiap bekas berharga 35 Baht. Cuma ada 4 jenis perisa sahaja, setiap satu perisa tu saya ambil dua untuk dibawa pulang ke Malaysia.
 
 

Susu meiji hatyai memang cukup popular, yang saiz kecil lebih kurang besar saiz vitagen tu minum kat sana, yang saiz besar nie bawak balik. Setiap satu botol besar nie berharga 27.50 Baht.



 

 
Yang nie paling saya suka, 3 hari di Hatyai entah berapa botol saya layan air nie. Ada dua perisa iaitu Dark Chocolate dan Matcha, dua-dua sedap. Setiap botol berharga 22 Baht, bawak balik Malaysia empat botol sebab kat sana dah minum puas-puas.
 
Berdasarkan pembacaan di blog orang lain dan juga media social, ada juga beberapa jenis  jajan-jajan yang agak popular dan disukai oleh pelancong Malaysia. Tapi saya nie kurang sikit jajan-jajan nie, jadi tak ambik tahu sangat pasal jajan-jajan nie.
 
Berhadapan dengan Lee Garden Plaza terdapat pasaraya Central dan juga Hotel Centara, di tingkat bawah sekali terdapat pasaraya Top Market, melihatkan dekorasinya terasa macam stail  Cold Storage, bukan level Giant atau Tesco.
 
 

 
 
Produk keluaran 137 Degrees nie memang saya dah target dari rumah lagi nak beli, siap dah ada senarai nak beli perisa apa. Cari di 7E tiada, tapi jumpa kat dalam Top Market. Yang buat kecewa ialah mereka keluarkan beberapa jenis susu, namun yang ada di Top Market cuma Almond Milk sahaja, beli 6 kotak untuk dibawa balik ke Malaysia.
 
 

Susu tiub nie agak popular, bila tengok dalam pasaraya tu terdapat pelbagai jenama, saya cuma beli yang biasa orang lain beli. Beli tiga tiub, sekali dah dikatakan rezeki, dua tiub saya memang cabutan bertuah semasa dalam bas, terima kasih penaja
 
 
 
Saya tak minum dah nescafe sebab angin, tapi saya cukup berkenan dengan air tin nescafe nie. Saiznya sangat comel, tengoklah tiga tin tu boleh susun kat tapak tangan. Mujurlah beg penuh, kalau tak memang saya beli simpan buat kenangan.
 
 

Air coke dengan tambahan kopi, cari kat 7E tak jumpa, habis stok atau memang tak jual entahlah. Jumpa dalam Top Market,
 
Pulang Ke Malaysia



 
 

 
 
 Macam biasa, sesi mengemas beg dan beranakkan beg berlangsung
 

  

 
 
Pukul 7.30-8 pagi pada 25 Februari 2019, kami mula berkumpul, sementara menunggu bas sampai, ramai diantara kami yang membeli buah-buahan dan juga kacang gajus daripada peniaga jalanan kaki lima. Kira pagi nie memang rezeki peniaga tu, tak terbayang berapa kilo buah-buahan terutamanya buah mangga yang dibeli oleh rombongan kami.
 
 

 
 Rombongan kami singgah di Tamrab Muslim untuk sarapan.
 
 
 
Saya menjamu nasi kuning manakala ahli keluarga menjamu nasi kerabu. Agak unik nasinya bila daging tersebut dibuat stail sate. Selesai minum bas kami bergerak ke Danok sebelum masuk ikut sempadan Bukit Kayu Hitam.
 
Danok sekarang nie bukan mcam dulu, kira sekarang nie agak tersusun. banyak juga bas-bas rombongan lain yang singgah di Danok. Masing-masing ingin menghabiskan Baht yang ada. Di Danok nie, kalau tiada duit Thai, boleh bayar guna RM.
 

Paling ramai sekali orang membeli ialah beras wangi, seorang boleh beli lima kilo. Saya mengambil dua beg beras wangi dan sekilo beras pulut. Saya beli yang dah siap, malas nak beli beras timbang. Lima kilo beras siam yang saya beli berharga 200 baht, ada juga jenis yang lima kilo berharga 160-180 baht.
 
 
Miang kham, 3 bungkus berharga 100 Baht, saya beli 6 bungkus untuk bawa balik. Sementara menunggu kaum wanita shopping, banyak gerai-gerai ada tepi jalan. ada yang minum, ada yang layan ais krim kelapa, ada yang terus lunch.
 


Yang sebelah kiri 500gram berharga 200 Baht beli kat peniaga tepi jalan di Hatyai, Yang belah kanan 500gram juga tetapi berharga 250 baht, beli kat kilang kacang. Kenapa harga lain?? Yang belah kanan tu gred A, kalau dalam foto tak berapa jelas, tapi kalau dengan mata kasar, akan nampak yang gajus Gred A saiznya lebih besar berbanding dengan yang sebelah kiri tu.
 

 
Pernah makan ayam masak sour plum kat salah satu kedai tom yam kat Kajang, bila Nampak sos nie kat Danok, terus beli.
 
 

Pepero pun beli kat Danok sebab nak habiskan Baht. Selesai beli belah, bas terus gerak ke sempadan, keluar dari Bukit Kayu Hitam dalam pukul 2.30 petang. Berhenti di RnR Gunung Semanggol dan RnR Ulu Bernam, dalam pukul 10 lebih sampai ke KL.
 
Alhamdulillah, selamat sampai KL

 


 Sampai ke rumah dalam pukul 11 malam, terus simpan mana yang patut disimpan.
 
 *****************
 


 
 
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat program lawatan ini bermula dan berakhir dengan selamat. Selamat pergi, selamat berada di sana, selamat kembali. Syukur juga kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Syukur kerana saya dan ahli keluarga semua sihat, dijauhkan daripada sebarang kesulitan kesihatan, kesulitan urusan, kesulitan kewangan dan sebagainya. Terima kasih kepada semua yang menyertai, memang semua best dan sporting (maklumlah, member sama-sama sepejabat), tiada yang buat hal, Janji waktu sekian-sekian kena ada dalam bas, semua patuh pada masa dan aktiviti, tiada yang bermasam muka dan sebagainya, masing-masing saling bantu-membantu. Memang TERBAIK trip kali ini.
 
Update November 2019
Pengalaman Kali Kedua ke Hatyai - KLIK SINI



2 ulasan:

Diyana Nordin berkata...

Salam nak Tanya u pergi hatyai pakai agent ape ye..maksid sy trip tour agentcy mne yg arrange?

syiling peringatan malaysia berkata...

Walaikumussalam, saya ikut trip opis, mereka gunakan AZ Liner Travel & Tours, puan boleh cari agensi tu kat FB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...