Rabu, 27 Februari 2019

Pengalaman Bercuti di Hatyai 2019

*klik gambar untuk saiz yang lebih besar

MUKADIMAH

Seperti blogger lain yang berkongsi pengalaman dengan entri travelog mereka, banyak manfaat diperoleh hasil penulisan mereka (TERIMA KASIH). Tidak ketinggalan, saya juga ingin berkongsi pengalaman saya walaupun blog nie bukanlah blog travelog, tapi apa salahnya sekali-sekala keluar topik. Hajat ingin melancong ke Hatyai pada hujung tahun, tetapi Badan Keluarga di pejabat tempat saya mencari nafkah buat pula trip ke Hatyai terlebih dahulu iaitu dari 22-25 Februari 2019, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, peluang ini tidak harus dilepaskan. Tarikh yang dipilih pula agak sesuai – bukan cuti sekolah dan tiada pula cuti berkait. Paling menarik tarikh dipilih adalah minggu akhir sebelum gaji, kiranya hujung bulan selepas gaji terakhir sebelumnya mungkin ramai yang gunakan untuk cuti berkait raya Cina. Lagipun dah tentu satu bas nie geng-geng sendiri bersama ahli keluarga. Jadi tak der lah rasa janggal atau segan.
 
Hatyai terkenal sebagai syurga membeli-belah dan syurga makanan. Bab membeli-belah tu sebagai seorang lelaki apalah yang saya tahu sangat. Lelaki nie berbelanjanya lain, rasa berkenan terus beli, tak berkenan boleh babai, simple. Kita nie lepas membeli-belah terus belah, kaum nie lepas membeli-belah, masuk kedai sebelah... jauh bezanya shopping antara dua jantina nie hehehehe.
 
Bab makan-makan tu memang saya peruntukan sejumlah Baht yang agak besar ikut kemampuan saya untuk keluarga saya menjamu selera di Hatyai. Kita nie semua bekerja, bila orang tanya kenapa bekerja? Antara jawapan skema ialah NAK CARI MAKAN. Sekarang nie dah sampai di tempat yang dikatakan syurga makanan, tak kan nak kedekut. Saya tak nak berkira-kira atau mencongak-congak bila nak membeli makanan, rasa teringin nak makan apa, beli sahaja.
 
22-23 Februari 2019
Berkumpul - 9-10 Malam
Bas bergerak - 10.30 Malam
RnR UTC Simpang Pulai  - 12.50 tengah malam
Masjid Al-bukhary (mandi / solat subuh) - 5.20 pagi
Changloon (sarapan) - 8.20 pagi
Padang Besar - 9.40 pagi.
 
 
 
 
Alhamdulillah perjalanan lancar, bas pun jenis super vip dua tingkat dengan  tiga tempat duduk sahaja untuk sebaris, jadi luas dan selesa untuk perjalanan yang jauh.
 


 
Antara sebab kenapa trip ini tidak masuk ikut Bukit Kayu Hitam ialah untuk mengelakkan kesesakan, dan di Padang Besar, urusan cap pasport lebih kurang setengah jam sahaja, itu pun boleh awal lagi, tapi biasalah - ada yang nak ketandas, yang nak bergambar, itu ini. Gambar atas tu menunjukkan yang ketika nie cuma bas kami sahaja yang berada, mula-mula terasa gak kenapa bas nie gerak slow, bila sembang dengan pemandu baru faham yang kalau sampai awal pun lagi lama kena beratur sebab bas-bas lain pun akan sampai, baik sampai waktu macam nie, rileks sikit. Selesai semua urusan, maka bermulalah perjalanan kami ke Hatyai dengan ditemani oleh seorang pemandu pelancong.
 
 

 
Jalan raya ke Hatyai ini lebih kurang macam jalan persekutuan (bukan lebuh raya). Kebetulan pula keretapi dari Padang Besar ke Hatyai lalu, dekat 10-15 minit juga kena menunggu, dah lama tak rasa pengalaman kena tunggu keretapi lalu macam nie, dulu masa budak-budak selalu merasa. sekarang nie dah banyak jejambat kat negara kita.
 
Nora Plaza
 


 
Destinasi pertama ialah Nora Plaza, saya masuk lima minit, snap 2-3 gambar, dah keluar. Sebab tahu memang tak ada apa nak beli pun kat dalam nie.
 
Grand Plaza Hotel
 

 
Satu bas menginap di Grand Plaza, sebelah Lee Garden Plaza yang popular tu. Walaupun hotel lama, tapi ok dan selesa untuk berehat selama dua malam. Lepas daftar masuk... apalagi, MAKAN LAAA.
 
Salma Restaurant
 

 
Tak jauh mana pun jalan kaki dari hotel, cuma yang bimbang dua perkara sahaja iaitu takut meja penuh dan tunggu makanan lambat sampai. Tapi Alhamdulillah, tidak ramai pelanggan masa kami sampai, mungkin bukan sebab cuti panjang ataupun masa tu dah pukul dua lebih - ramai dah makan awal.
 
Menu yang kami order
- Tom yam seafood kuah putih, nasi putih tiga pinggan, nasi goreng paprik, nasi goreng udang galah, ayam gajus, telur dadar lima rasa, cendawan goreng tepung, air mineral.
 
 

 

 


 


 
Tak tahulah nak kata sedapnya level macam mana, tapi memang licin laaa. Saya nie memang jarang-jarang makan kat kedai tom yam apatahlagi nak order tom yam, tapi kat sini siap bermangkuk hirup kuah tom yam tu. Lauk yang kami order tu pun saiz S.. tu pun dah dapat portion yang banyak. Tom yam nya penuh dengan isi, mana ada aksesori tambahan. Cuma ada salah faham bila yang sampai ialah cendawan goreng bukannya cendawan goreng tepung, mujur pekedai tu boleh tukar.Total keseluruhan untuk lunch nie 789 Baht = -+/x lebih kurang dalam RM103 untuk empat orang.
 
Lepas makan, jalan sekitar Lee Garden, seven eleven dah tentulah masuk (akan saya post pada entri lain). Sambil-sambil tu tengok gak gerai yang jual udang galah sebelum balik hotel untuk mandi,solat dan bersiap untuk ke destinasi seterusnya.
 

 
Khlong Hae Floating Market / Hatyai Floating Market
 
Petangnya, bas kami bergerak ke Floating Market, antara tempat wajib bagi pelancong. Masa nie terdapat begitu banyak bas yang parking, tapi kata pemandu kami, kalau musim cuti lagi banyak bas bermakna lagi banyak pengunjung.
 
Seperti orang lain juga yang pernah sampai, saya menikmati pelbagai makanan  dan minuman yang ada, daripada air dalam buluh, jeli kelapa, padthai, telur puyuh, otak-otak dalam buluh dan macam-macam lagilah yang masuk kat dalam perut nie, harga pun murah dalam 20-100 Baht ikut jenis makanan. Kat sini kalau beli jangan makan sorang, kongsi dengan ahli yang lain, jadi boleh rasa macam-macam jenis makanan.
 
Belah atasnya ada juga lot gerai yang jual makanan tapi kena tengok takut tak halal, kalau yang berniaga kat sampan tu 99% halal. Kat belah atas juga terdapat banyak lot menjual pakaian dan sebagainya, tapi tu laaa... duit kita dah rendah, sekadar melihat.
 

  
 

 

 

 

 
 
Lee Garden Saturday Night Market
 
Pulang dari Floating Market, destinasi seterusnya ialah balik ke hotel, betul-betul jalan depan hotel merupakan lokasi night market. Masa nie kelihatan meriah dengan orang Malaysia. Geng kami juga turut sama memeriahkan suasana, buat apa lepak dalam hotel, rugi laaa. Ada yang makan, bersiar-siar, lepak minum-minum, pergi berurut (sekarang Hatyai bukan mcm dulu tempat melampiaskan nafsu, Hatyai sekarang dah lebih kepada family trip, tu yang laki bini sama-sama pergi berurut).
 
Tapi nak kata meriah tahap dewa tu tak lah, mungkin bukan sebab cuti panjang, saya membayangkan suasana tu lebih kurang pasar malam jalan TAR mahupun bazar Ramadan, tapi lebih kurang macam pasar malam taman perumahan ajer, tapi menu-menu yang popular tu semua ada.
 


 
 


 
Ke Hatyai kalau tak ambil gambar udang galah memang tak sah, tu yang lagi ramai ambik gambar dari yang membeli hehehehehe, siap ada satu brader tu shoot guna DSLR, yang buat rakaman video pun ada. Harga udang galah yang dah bersusun tu antara 300-400 Baht (dalam 5-6 ekor) manakala yang saiz besar gedabak tu antara 200-400 Baht seekor mengikut saiz.
 


 
Ais krim kelapa Hatyai yang berharga 50 Baht... topping tu biasalah kan, tapi ais krim tu sendiri dah memang sedap.
 
 
Talapia bakar berharga 180 Baht,
 

 
Ayam goreng berharga 70 Baht
 

 
Saya dan family menikmati nasi lemak ayam, teh dangdut dan teh ais hijau.
 

 
Lepastu kena pulak pulut ayam, sedap tak terkata. Bawang goreng tu pun sedap
 
 
 
Penutup malam tu, kami pekena pulut durian berharga 200 Baht.
 
Selesai hari pertama, masing masing pulang ke bilik untuk melelapkan mata, yang masih bersembang kat bawah pun ramai.
 
BERSAMBUNG ....
 
 
 
Update November 2019
Pengalaman Kali Kedua ke Hatyai - KLIK SINI


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...