Jumaat, 10 Februari 2023

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun ke-50 RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) (2022)





******




********










Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ke-50. Duit syiling peringatan ini dikeluarkan pada 23 Disember 2022

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai mulai 10.00 pagi Jumaat, 23 Disember 2022 hingga 11.00 malam Ahad, 8 Januari 2023. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 10 Februari 2023

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan tulisan “JUBLI EMAS” dan “JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA” pada bahagian atas dan sekeliling kiri, berserta corak samaran RELA yang ikonik dalam bentuk digital pada sebelah kiri. Sebelah kanan bahagian hadapan syiling pula memaparkan bayang kakitangan RELA mengangkat tabik hormat, sebagai lambang disiplin dan kecekalan. Bayang ini berlatarkan motif perisai yang mewakili khidmat bakti RELA dalam memberikan perlindungan dan keselamatan kepada orang ramai. 

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling kiri duit syiling. Manakala logo peristiwa dipaparkan pada bahagian kanan berlatarkan bayang logo asal RELA pada tahun 1972 (logo berwarna dipaparkan pada duit syiling perak sterling). Nilai muka syiling pula dipaparkan pada bahagian kiri duit syiling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...