Khamis, 2 Februari 2023

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Gerakan Koperasi di Malaysia (2022)

 




********





**********

Kali ini BNM kembali menggunakan box luaran yang ekslusif seperti kotak jam mahal setelah beberapa tahun kebelakangan ini menggunakan kotak luaran lembik berwarna putih. Harap diteruskan untuk keluaran seterusnya.





WoW, kotak kayu yang premium, siap berbayang bagai permukaan cermin. Adakah ini yang menyebabkan harga syiling untuk keluaran ini lebih mahal dijual oleh BNM, bukan sikit mahalnya, tetapi lebih RM100 mahal berbanding keluaran terdahulu. Untuk pengetahuan BNM dan bukan collector, kami sebagai pengumpul tegar lebih mengutamakan syiling berbanding aksesori sampingan. Stail seperti kotak kayu ini jika dikeluarkan 10 atau 15 tahun dahulu, memang akan jadi bualan dan sanjungan kami para collector.

Kisah hari ini, syiling milik kami semua akan dihantar untuk penggredan. Tiada sebarang makna pun kotak ini. Mungkin selepas ini boleh datangkan secara berasingan, siapa yang nak dapatkan kotak ekslusif ini perlu bayar lebih, siapa yang tak nak, bayar harga semasa. Konsep ini lebih kurang sama dengan stail kelab bola sepak apabila menjual jersi, ada yang player issue dan ada yang fan issue.







Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Gerakan Koperasi di Malaysia. Duit syiling peringatan ini dikeluarkan pada 23 Disember 2022

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai mulai 10.00 pagi Jumaat, 23 Disember 2022 hingga 11.00 malam Ahad, 8 Januari 2023. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 1 Februari 2023

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan perkataan “co-op” dalam bentuk dua simbol lingkaran infiniti yang melambangkan pelbagai cara koperasi memberikan sumbangan dalam usaha membina negara. Ikon yang dimuatkan dalam setiap huruf menggambarkan langkah-langkah berbeza yang diambil oleh koperasi yang membantu menambah baik kehidupan dan meningkatkan taraf hidup ahlinya. 

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, manakala logo peristiwa dipaparkan pada bahagian kiri (duit syiling perak sterling mengandungi logo berwarna). Alunan ombak menyerong pada latar belakang syiling melambangkan perkembangan gerakan koperasi sepanjang tempoh 100 tahun. Nilai muka duit syiling pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...