Sabtu, 28 November 2020

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (2020)

 




Pada 20 November 2020, Bank Negara Malaysia telah memuat naik hebahan mengenai pengeluaran duit syiling ini. 

Ringkasnya:
1. Terdapat 1000 keping duit syiling perak berwarna tempaan peruf 
2. Terdapat 15000 keping duit syiling emas nordik (coin card
3. Terdapat 750 set dua dalam 1 (set two in one) yang mengandungi syiling perak berwarna tempaan peruf dan syiling emas nordik tempaan peruf.
 4. Proses tempahan, pembayaran dan pengambilan hanya akan diumumkan oleh BNM dalam masa terdekat.


Kemas kini 11/12/2020: 

Pada 10 Disember 2020, BNM mula membuka tempahan secara dalam talian untuk syiling peringatan ini, Tempahan mula dibuka pada 10 Disember 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 19 Disember 2020 jam 11.00 malam. Seperti biasa, jika tempahan melebihi kuantiti pengeluaran, maka undian akan dilaksanakan untuk menentukan bakal pembeli yang berjaya memiliki syiling ini.  Bayaran juga secara dalam talian, dan tiada lagi pengambilan secara bersemuka, semua syiling yang dibeli akan dihantar menerusi Pos Laju.


*Penulisan ini akan bersambung setelah mendapat maklumat terkini daripada BNM.

*****************



*******************








Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan bersempena dengan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik 2020 di Malaysia (APEC 2020). Duit syiling peringatan ini dilancarkan bersempena dengan Mesyuarat Ketua-ketua Negara APEC pada 20 November 2020

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk membeli syiling ini mula dibuka pada 10 Disember 2020 mulai pukul 9.00 pagi hingga pukul 11 malam 19 Disember 2020. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 26 Januari 2021

Duit syiling peringatan ini ditempa dengan dua teknik permukaan yang berbeza dengan menggunakan teknologi laser canggih dan digital frosting untuk mencipta kesan pelangi. Reka bentuk ini merupakan pengeluaran yang pertama seumpama itu. 

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan reka bentuk artistik 21 imej manusia (human figures) pada bahagian tengah duit syiling melambangkan kerjasama 21 negara APEC untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan di rantau ini. Perkataan ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION 2020 dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala tema APEC 2020 iaitu “OPTIMISING HUMAN POTENTIAL TOWARDS A FUTURE OF SHARED PROSPERITY” dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. 

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan elemen hiasan corak songket bunga pecah lapan yang menjadi latar belakang bahagian ini melambangkan kekayaan budaya Malaysia. Nilai muka duit syiling dipaparkan pada bahagian tengah, manakala logo rasmi APEC 2020 terletak di bahagian bawah.

**********************

Tiada dalam blog ini * 

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan pruf 2 dalam 1 (set two in one) yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 750 set.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...