Selasa, 1 September 2020

Duit Syiling Peringatan Sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Putrajaya Ke-25 (2020)



Sumber: Berita RTM


 
Sumber: OneNews



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Duit Syiling Peringatan Terbitan Khas Jubli Perak Putrajaya ketika melancarkan duit syiling itu dan setem keluaran khas di Bangunan Perdana Putra.
  
 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dari dekat Setem Keluaran Khas Jubli Perak Putrajaya semasa majlis pelancaran setem itu dan Duit Syiling Peringatan Terbitan Khas Jubli Perak Putrajaya di Bangunan Perdana Putra.
  
 
Petugas Perbadanan Purtajaya, Abdul Aziz Jamaludin menunjukkan Duit Syiling Peringatan  dan Setem Terbitan Khas Jubli Perak Putrajaya  yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra.
  
Sumber: Sinar Harian



Sumber: Pos Malaysia
 
 **************************
 
 



Pada 28 Ogos 2020, Bank Negara Malaysia telah memuat naik hebahan mengenai pengeluaran duit syiling ini. Ringkasnya:
 
1. Terdapat 1000 keping duit syiling perak berwarna tempaan peruf
2. Terdapat 15000 keping duit syiling emas nordik (coin card)
3. Terdapat 1000 set dua dalam 1 (set two in one) yang mengandungi syiling perak berwarna tempaan peruf dan syiling emas nordik tempaan peruf.
4. Proses tempahan, pembayaran dan pengambilan hanya akan diumumkan oleh BNM pada 25 September 2020.
 
Kemas kini:
Pada 28 September 2020, BNM mengumumkan bahawa tempahan untuk syiling peringatan ini akan dibuka pada 12 Oktober 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga 30 Oktober 2020 jam 11.00 malam. Seperti biasa, jika tempahan melebihi kuantiti pengeluaran, maka undian akan dilaksanakan untuk menentukan bakal pembeli yang berjaya memiliki syiling ini.

Kemas kini 12/10/2020:
Pada 12 Oktober 2020, BNM mula membuka tempahan secara dalam talian untuk kedua-dua syiling peringatan, bayaran juga secara dalam talian, dan buat pertama kali, tiada lagi pengambilan secara bersemuka, semua syiling yang dibeli akan dihantar menerusi Pos Laju, mungkin juga disebabkan Pandemik Covid-19, dalam FAQ kaedah pembelian, BNM menyatakan bahawa kaedah ini lebih baik, lebih mudah, cepat.




Sekadar contoh, jika membeli kesemua set yang dijual, maka itulah harga yang perlu dibayar. Dalam kalangan pengumpul termasuklah saya tertanya-tanya MENGAPA KOS PENGHANTARAN TERLALU MAHAL??? HANYA BNM YANG ADA JAWAPAN.

Memang terasa sangat dengan kos penghantaran ini, saya nie dari tingkap pejabat boleh nampak tingkap BNM tu, lainlah kalau duduk kat puncak gunung, beli barang online pun kalau hantar kat puncak gunung sekalipun tak semahal ini.

Seperti biasa sebelum ini, undian akan dijalankan jika penempahan melebihi penawaran, yang gagal akan dipulangkan kembali wang, yang berjaya, tunggu sahajalah syiling anda sampai ke alamat penghantaran, dan kesemua keputusan ini akan diumumkan pada 12 November 2020.
 
Kemas kini 12/11/2020:
Pada 12 November 2020, BNM mula mengeluarkan keputusan pembelian. Oleh kerana bilangan tempaan yang agak tinggi untuk syiling ini, boleh dikatan ramai yang memperoleh apa yang ditempah. BNM juga memaklumkan bahawa urusan penghantaran akan dilakukan secara berperingkat mulai 23 November 2020. Bagi yang gagal, wang akan dikreditkan kembali dalam tempoh 14 hari.

****************




*********************












Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Penubuhan Putrajaya ke-25 (Putrajaya 25). 

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 28 Ogos 2020 di Perdana Putra, Putrajaya. 

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk membeli syiling ini mula dibuka pada 12 Oktober 2020 mulai pukul 9.00 pagi hingga pukul 11 malam 30 Oktober 2020. Keputusan tempahan telah diumumkan pada 12 November 2020. Syiling ini akan diposkan kepada pembeli yang berjaya mulai 23 November 2020, manakala bagi pembeli yang gagal, wang akan dipulangkan kembali. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 21 Disember 2020

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan perkataan SAMBUTAN JUBLI PERAK PUTRAJAYA dengan kesan terapung (floating effect) dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Di bahagian tengah, dipaparkan imej Bangunan Perdana Putra yang melambangkan pusat pentadbiran negara, berlatarbelakangkan imej samaran Jambatan Seri Wawasan dan Mercu Tanda Putrajaya. Tahun penubuhan dan ulang tahun ke-25 (1995-2020) tertera sebagai imej pendam (latent image) di bahagian bawah duit syiling. 

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan di sekeliling bahagian atas duit syiling. Logo rasmi sambutan Putrajaya25 dipaparkan di bahagian tengah duit syiling, berlatarbelakangkan corak susunan jubin lantai di Dataran Putra. Penggunaan frosting effects yang berbeza akan memastikan latar belakang kelihatan halus dan memberikan kesan kontras bagi menyerlahkan lagi warna logo rasmi. Nilai muka dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.

Tiada dalam blog ini 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan pruf 2 dalam 1 (set two in one) yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 1000 set


.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...