Khamis, 12 November 2009

Wang Kertas Bercantum / Malaysia Uncut Banknotes

Soalan paling asas, adakah Wang Kertas Bercantum adalah Wang Kerta Peringatan (Commemorative Banknote)?
 
Jawapan sama ada secara formal mahupun secara tidak formal ialah YA. Secara formal, dalam laman web Bank Negara Malaysia telah  dinyatakan bahawa wang ini adalah commerate. Secara tidak formal, adalah tidak masuk akal untuk seseorang gunting wang kertas bercantum ini lalu digunakan untuk urusan seharian. Walaupun ada kes-kes terpencil dakwaan ada pengumpul yang gunting wang bercantum ini agar nampak error banknote.
 
Mengikut data dan maklumat dari BNM, terdapat 14 variasi untuk Wang Kertas Bercantum ini untuk denominasi RM1, RM2, RM5, RM10, dan RM50.
 
RM1
 
* Walaupun bernilai muka paling rendah, tetapi siri wang bercantum ini adalah siri paling akhir dikeluarkan. Semuanya disebabkan pertukaran gabenor.
 
* Dikeluarkan pada 09 November 2000
 
* Terdapat 3 jenis variasi yang dikeluarkan
 



 
RM2
* Tidak saya temui maklumat daripada laman web BNM.
 
*Maklumat melalui pembacaan lain, denominasi ini merupakan wang kertas bercantum yang pertama dikeluarkan.
 
*Dikeluarkan pada tahun 1996.
 
*Terdapat dua jenis iaitu dalam bentuk 3 dalam 1 yang dikeluarkan sebanyak 25000 set dengan harga jualan ialan RM20. Manakala dalam bentuk 30 dalam 1 dikelaurkan sebanyak 5000 set dengan harga jualan sebanyak RM250.




RM5
* Dikeluarkan pada 27 September 1999
 
* Terdapat 4 jenis variasi yang dikeluarkan.





 
 
RM10
* Dikeluarkan pada 29 September 1997.
* Terdapat 3 jenis variasi yang dikeluarkan.

UPDATE
* Terdapat dalam jenis 30 dalam 1 yang sangat nadir. Boleh lihat maklumat pada seorang tokoh numismatik yang memilikinya

http://sharuddin58.blogspot.my/2013/07/wang-kertas-malaysia-rm10-uncut-30.html



Sengaja saya bubuh RM10 tantadangan Zeti pada folder untuk tujuan fotografi.
 


RM50 - Edisi Sukan Komanwel 1998
 
* Maaf saya tidak memilikinya (tiada kemampuan), boleh sahaja google untuk melihat foto-fotonya.
 
*Dikeluarkan pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel, Terdapat 3000 set yang dikeluarkan.


*******************************************************
Koleksi wang kertas bercantum saya miliki telah selamat saya bingkaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...