Isnin, 16 November 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA Ke-15 (1989)


Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang

Spesifikasi Ringkas
Diameter: 26mm
Berat: 10.4g
Tempaan Dibenarkan:
500000
Duit syiling bernilai muka $5 ini dikeluarkan pada 16 Ogos 1989 sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-15 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan atlet sedang bersukan dalam acara hoki, bola sepak, dan sepak takraw di samping logo Sukan SEA ke-15.
 
***********************************************************

 

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 32 mm
Berat: 16.8 gm
Tempaan Dibenarkan:
50000


Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf  ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 16 Ogos 1989.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan atlet sedang bersukan dalam acara renang, badminton, dan olahraga di samping logo Sukan SEA ke-15.

 
***********************************************************

Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang
 Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini
 
 



Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-15 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1989, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper-zinc peruf bernilai muka $5 pada 16 Ogos 1989. Duit syiling ini ditempa sebanyak 50000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.


 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan atlet sedang bersukan dalam acara hoki, bola sepak, dan sepak takraw di samping logo Sukan SEA ke-15.

 
***********************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini
 



Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-15 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1989, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf  bernilai muka $15 pada 16 Ogos 1989. Duit syiling ini ditempa sebanyak 20000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan atlet sedang bersukan dalam acara renang, badminton, dan olahraga di samping logo Sukan SEA ke-15.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.999 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 2500 keping.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper zinc bernilai muka $5 dan duit syiling perak bernilai muka $15. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 20000 set.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper zinc bernilai muka $5, duit syiling perak bernilai muka $15 dan duit syiling emas bernilai muka $250. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 2500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...