Assalammualaikum,
Semenjak dua menjak nie, agak panas di media sosial yang memperihalkan hal Langkawi. Tak dinafikan ada juga betulnya.
Asalnya beli tiket flight untuk percutian ke Krabi. Tiket beli penghujung 2019 sebelum COVID 19 dan rancangnya Jun 2020. Bila COVID melanda, faham-fahamlah, pasport pun akhirnya dah mati. Jadi tiket flight tu saya tukar ajerlah ke Langkawi. Entri nie berkongsi percutian ke Langkawi pada 6-9 Mei 2022 (cuti hari raya) , manalah tahu entri atau perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang nak ke Langkawi. Memang style saya, perkongsian ini ringkas sahaja, cuma saya nak lampirkan banyak gambar kerana gambar boleh menghuraikan seribu satu cerita. Klik ajerlah gambar tu kalau nak saiz besar.
Kali pertama ke Langkawi pada tahun 1991, ikut rombongan kawasan perumahan. Nie kali ke-11 saya jejakkan kaki ke pulau ini.
Penginapan - The Gemalai Village
Beli baucar masa Matta Fair kat PWTC, ambil 3 malam + sewa kereta + island hopping. Selalu sangat tidur depan laut, jadi kali ni saya pilih nak menginap "kampung vibe". Bagi saya penginapan di sini agak selesa, banyak pot untuk budak-budak insta nak ootd.
Aktiviti - Sunset Dinner Cruise
Salah satu aktiviti yang agak baharu di Langkawi. Banyak syarikat yang menawarkan pakej seumpama ini. Jadi tak ketinggalan, saya turut sama teringin nak menikmati pengalaman ini. Oleh kerana pergi musim raya, siap ada lemang dan rendang sebagainya. Sayangnya tak dapat tengok sunset sebab cuaca mendung.