Rabu, 30 Disember 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) (1976)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 34mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 1000000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 15 Disember 1976 sempena dengan pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3).
 
Bahagian hadapan memaparkan imej potret Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua) dikelilingi oleh bendera Malaysia dan bendera 13 buah negeri.

*************************************************************
 
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 28 mm
Berat: 10.44 gm
Tempaan Dibenarkan: 200000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 15 Disember 1976.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.
 
Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.


*************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang


Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1976, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper nickel peruf bernilai muka $1 pada 15 Disember 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 17300 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.

Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.

*************************************************************

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1976, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak tempaan peruf  bernilai muka $10 pada 15 Disember 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10300 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.
 

Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


* Uniknya, syiling ini ditempa dalam bentuk  poligon segi 14 (tetradekagon) menjadikannya satu-satunya duit syiling sebegini di dunia.
 
*************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 50000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 887 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $10 dan duit syiling emas bernilai muka $200. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 2641 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...