Rabu, 3 November 2021

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun JPJ Ke-75 (2021)

 





Sumber Gambar: BERNAMA dan Sinar Harian

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-75 pada 2 November 2021. Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YBhg. Dato' Zailani Hj.Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai Isnin, 22 November 2021 (10.00 pagi) hingga Jumaat, 3 Disember 2021 (11.00 malam).

Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia berkata, "Kami berbesar hati mengeluarkan duit syiling peringatan yang direka khas bagi memperingati ulang tahun JPJ yang ke-75. Reka bentuk ini menyingkap secara unik inti pati warisan dan sejarah kebanggaan JPJ. Duit syiling ini juga meraikan semangat dan komitmen JPJ terhadap keselamatan jalan raya di Malaysia."

******

Insya-Allah, penulisan ini akan bersambung setelah duit syiling berkenaan berada di tangan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...