Pengumuman tentang kaedah terbaru dan terkini oleh Bank Negara Malaysia pada petang 29 Disember 2017 sememangnya diterima baik oleh para pengumpul. Zaman perlu beratur berjam-jam lamanya diperkarangan lokasi jualan pada hari jualan kini cuma tinggal kenangan dan akan menjadi nostalgia satu ketika nanti. Kaedah ini juga mengurangkan golongan mereka yang mengaut untung atas kesengsaraan orang lain.
Kini, pembeli cuma tahu apa yang akan dibeli oleh diri sendiri, tidak tahu apa yang orang lain beli. Dan pembeli juga tidak tahu berapa pula nama suami, isteri, anak, emak bapak, skandal, kekasih gelap, kawan-kawan yang dimasukkan nama untuk tempahan. Masing -masing dengan urusan sendiri. Cuma untuk akan datang BNM perlu memikirkan bagaimana untuk mengatasi golongan yang namanya naik untuk pembelian tetapi tidak datang membeli sehingga menafikan hak orang lain yang sememangnya ingin menjadikan syiling tersebut sebagai koleksi.
Malas nak berbicara tentang harga jualan yang agak mahal dan saiz syiling Pertabalan Agong yang tidak seperti saiz syiling keluaran sebelum ini.
Kami sebagai pengumpul mengharapkan agar BNM mengeluarkan senarai keluaran seperti Pos Malaysia ataupun penempa penempa antarabangsa tentang apa keluaran untuk setiap tahun, Contohnya keluaran untuk tahun 2018 (tak perlu tarikh tetap, cuma tarikh anggaran pun tak mengapa), ini memudahkan para pembeli untuk menyediakan belanjawan.
************************
Bank Negara Malaysia mengumumkan penyediaan kemudahan tempahan dalam talian bagi jualan wang peringatan yang dikeluarkan bersempena dengan
Tempahan Dalam Talian
Bank Negara Malaysia akan memulakan kemudahan tempahan dalam talian ini lebih awal daripada perancangan berikutan minat orang ramai yang amat menggalakkan terhadap wang peringatan yang dilancarkan baru-baru ini pada bulan Disember 2017. Orang ramai boleh membuat tempahan mereka di https://duit.bnm.gov.my mulai 29 Disember 2017 hingga 19 Januari 2018, pukul 1.00 petang. Tempoh masa yang mencukupi diberikan bagi memastikan mereka yang berminat boleh membuat tempahan. Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.
Had Pembelian Dalam Talian
Bagi memberikan peluang yang sama rata untuk membeli wang peringatan edisi terhad ini menerusi sistem tempahan dalam talian, had pembelian bagi setiap pembeli telah ditetapkan seperti berikut:
Pengumuman Keputusan Tempahan
Keputusan tempahan akan diumumkan pada 25 Januari 2018 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia serta pejabat Bank di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Sekiranya terdapat tempahan yang berlebihan, undian akan dibuat. Semua tempahan akan dipertimbangkan dan tiada keistimewaan diberikan pada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan.
Pembayaran dan Pengambilan
Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil tempahan mereka dalam dua peringkat seperti berikut:
Tarikh pengambilan ditetapkan secara berperingkat bagi memastikan pengedaran wang-wang peringatan tersebut adalah tepat pada masanya dan lancar.
Lokasi pengambilan adalah di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum) dan di Pejabat-pejabat Bank di seluruh negara (hari bekerja biasa). Pembeli perlu menunjukkan sendiri bukti pengenalan diri yang sah (MyKad bagi warganegara Malaysia dan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia) semasa mengambil wang peringatan. Tarikh akhir pengambilan semua wang peringatan adalah pada 28 Februari 2018.
Lelongan Awam
Berdasarkan ciri eksklusifnya, Bank Negara Malaysia akan membuat lelongan wang kertas yang mempunyai nombor siri istimewa dan duit syiling peringatan emas bersempena dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 10 Mac 2018 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Lelongan akan dikendalikan oleh jurulelong bertauliah yang dilantik oleh Bank.
Wang kertas yang akan dilelong termasuklah wang kertas dengan semua nombor sirinya sama (contoh: MRR0000888); wang kertas bernombor siri berturutan (contoh: MRR0001234); dan wang kertas dengan nombor siri istimewa yang lain (contoh: MRR0001957, MRR0002017, MRR0000060, MRR0000600, MRR0006000 dan MRR0060000). Maklumat lanjut mengenai lelongan ini akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh lelongan.
************************
Portal tempahan - https://duit.bnm.gov.my
Saya paparkan print screen tempahan tersebut kerana saya menjangkakan mungkin satu ketika nanti, pasti ada dalam kalangan kita atau generasi baru yang ingin mengetahui kaedah pembelian syiling pada tahun 2018.
Sekadar contoh jika pembeli membeli kesemua yang dijual oleh BNM, saya sendiri tidak mampu untuk membeli kesemua, beli ikut kemampuan. |
Tulisan ini akan bersambung pada 25/01/2018 setelah keputusan tempahan diumumkan.
**********************************
Update 25/01/2018
* Saya tidak menempah wang kertas / banknote kerana saya bukan pengumpul wang kertas.
* Saya tidak menempah syiling perak Pertabalan Agong kerana bukan tempaan peruf.
Keputusan sudah pun ada. Bezanya untuk keluaran sebelum ini, dimuatkan pdf senarai nama mereka yang berjaya untuk memiliki. Kali ini terdapat kelainan apabila cuma diri penempah sahaja yang mengetahui sama ada tempahan mereka berjaya atau tidak. Tidak ada fakta yang boleh dbuat analisis.
Dan, saya GAGAL dalam tempahan untuk memiliki sekeping syiling tempaan peruf berwarna untuk keluaran Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara. Kecewa memanglah kecewa. Tapi nak buat macam mana. Bukan saya seorang sahaja yang gagal, ramai lagi rakan-rakan pengumpul tegar syiling peringatan yang gagal untuk memiliki. Menariknya, syiling Pertabalan Agong yang dijual pada harga RM1000 dan dikatakan agak mahal itu pun ada rakan yang gagal untuk miliki, bertabahlah dengan keputusan. Mungkin sudah sampai masanya golongan yang tegar ini "bersara" daripada hobi ini.
Versi untuk dicetak |
Sekadar untuk memiliki sekeping syiling emas nordik (lebih dikenali dengan panggilan coin card). Untuk hadir ke Sasana Kijang yang kos parkirnya RM5 (boleh sahaja parking di bahu jalan, tapi risiko untuk kena kompoun dengan DBKL) belum masuk kos Petrol dan Tol, suah tentu kos tersebut lagi tinggi dari harga sekeping syiling. Tak perlulah saya datang ke Sasana.
Mungkin ini yang BANK NEGARA MAHUKAN, menggalakkan orang lain jual dengan harga yang lebih tinggi tidak pun sampai seminggu tarikh pengambilan.
**********************************
Update 28/02/2018
Baca sendiri...
**********************************
Update 14/03/2018
Alhamdulillah, TERIMA KASIH BANK NEGARA MALAYSIA kerana menafikan hak untuk membeli, seperti dijangka, kaedah tempahan dalam talian seterusnya undian ada kebaikan, namun kelemahannya terserlah apabila sesiapa pun boleh mendaftar seberapa banyak nama. Ini menafikan hak golongan pengumpul untuk memiliki, sedangkan mereka yang punya niat untuk menjual semula dengan harga yang lebih tinggi mendapat beberapa banyak set, memang senyumlah sebab sudah tentu keuntungan dalam tangan.
Tak tahulah kalau ini yang dimahukan oleh pihak BNM... dulu zaman beratur, tak dapat set of 2, dapat jugak single silver, kali nie memang putih mata....
Terima Kasih BNM