Isnin, 18 Julai 2016

Silver Proof Medallion: Asia School of Business (2016)

* Milik salah seorang sahabat yang saya kongsi untuk entri ini.
 
 -  Desas-desus mengatakan ini adalah tempaan pertama untuk syiling / medallion berwarna dari Kilang Wang di Shah Alam. Kiranya cubaan pertama menghasilkan produk berwarna. Walaupun tiada sumber yang rasmi, namun sememangnya desas-desus itu sahih.
 
- Sejak 2015 lagi, sudah kedengaran yang BNM mahu memiliki mesin berwarna. Dengan wujudnya medallion ini, kami golongan pengumpul mengharapkan agar BNM mampu mempelbagaikan isu tema untuk keluaran syiling peringatan mahupun medallion.

- Dengan harapan bahawa Gabenur baharu BNM yang dikatakan lebih mesra numismatik, moga isu tema selepas ini bukan bersifat ULANG TAHUN, sampai bila mahu keluar isu ULANG TAHUN, sudah sampai detiknya isu dan tema yang bersifat keindahan Malaysia harus ditonjolkan, sebab banyak negara lain sudah pun tonjolkan kehebatan negara melalui syiling. Keluar dalam bentuk medallion pun tak mengapa.
 
-  Untuk bukan pengumpul, koleksi ini walaupun sama sahaja seperti syiling, sama sahaja seperti syiling peringatan yang lain, namun ketiadaan NILAI MUKA membuatkan koleksi ini dipanggil medallion, walaupun 99% pembuatan dan reka bentuk nya sama sahaja seperti syiling. Jika syiling, koleksi ini akan punya nilai muka seperti RM1 atau RM10 atau sebagainya dah sah digunakan untuk urusan.
 
- Saiz untuk medallion ini adalah kecil berbanding dengan syiling peringatan keluaran BNM, iatu berdiameter 32 mm sahaja, besar sikit daripada saiz coin card yang 30 mm.
 
- Reka bentuk bahagian hadapan yang menggambarkan imej bangunan KLCC yang digarap sebegitu rupa menampakkan unsur kreatif dan moden. Jauh lebih menarik dari reka bentuk syiling peringatan berwarna yang sedia ada.
 
- Sebenarnya, imej KLCC tersebut sememangnya menjadi logo Asia School of Business, sebab itulah reka bentuk mendallion ini juga kelihatan kreatif hehehehehe.
 
- Jumlah tempaan tidak dinyatakan pada COA, tetapi ada yang mendakwa bilangannya cuma 500.

- Kotak kayu getah yang digunakan dengan baldu merah dengan stail kotak ekslusif seperti ini memang jadi kegemaran pengumpul, mengingatkan zaman royal mint.
 
 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...