Jumaat, 7 Januari 2011

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (2008)

 



 
***********************************************************




 
 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.00 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 350 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 31 Mei 2008. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia, diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan transformasi pesawat TUDM, yang dilambangkan oleh pesawat pertama TUDM iaitu "Twin Pioneer" dan pesawatnya yang terbaharu dibeli iaitu "Sukhoi Su-30MKM". Garisan yang menyambungkan kedua-dua pesawat ini memaparkan perkembangan yang telah dilalui oleh TUDM sepanjang 50 tahun dalam sejarah penerbangan. Perkataan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia serta tahun 1958 dan 2008 pula tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut, yang memperlihatkan pencapaian TUDM.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan tanda kebesaran TUDM pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.
 

***********************************************************
 
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 150 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...