Isnin, 15 Disember 2025

Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun ke-50 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) (2024)

 


Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada 3 Disember 2024.

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai 3 Disember 2024 hingga 5.00 pagi 9 Disember 2024.







Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan konsep reka bentuk duit syiling ini diilhamkan daripada misi penting RISDA, yang ditubuhkan untuk meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti pekebun kecil getah di Malaysia. Seorang penoreh getah dipaparkan dengan jelas di bahagian hadapan duit syiling. Bahagian kiri atas duit syiling menggambarkan imej produk-produk lain oleh komuniti pekebun kecil, yang dibawa ke pasaran dengan sokongan RISDA melalui RisSMart. Siluet seorang kanak-kanak dan seorang graduan di sebelah kanan duit syiling menandakan usaha RISDA dalam pembangunan modal insan.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian kanan duit syiling, dengan nilai muka “10 RINGGIT”. Logo ulang tahun RISDA yang ke-50 dipaparkan di bahagian atas duit syiling dengan berlatarbelakangkan imej batang pokok getah yang digayakan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...