Entah mana datangnya minat dengan koleksi setem Queen dan King nie. Mungkin kerana selalu ternampak di media sosial. Nampak agak menarik kerana warnanya yang asas, tidak serabut, bilangan negara yang dijajah berpuluh-puluh dan juga faktor penting ialah usia setem ini.
Ada yang dibeli dari dalam negara dan ada juga yang dibeli dari luar negara melalui ebay.
Album ini memuatkan 625 keping setem. Ada yang mint, dan ada yang used.
Koleksi ini tidak lengkap dan sebagai manusia biasa, mana mungkin dapat melengkapkan ribuan variasi setem mereka yang pernah menjajah ini.