Selasa, 5 Julai 2022

Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun LKIM Ke-50 (2022)

 





****





****







Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Ke-50. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan di Wisma LKIM pada 14 April 2022.

Duit syiling perak pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 9.25 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 1000 keping ditempa untuk set single. Tempahan untuk syiling peringatan ini secara dalam talian dibuka mulai 10.00 pagi, Isnin, 23 Mei 2022 hingga 11.00 malam, Jumaat, 3 Jun 2022. Saya menerima syiling ini melalui Pos Malaysia Flexiprepaid pada 01 Julai 2022.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan tulisan “50 TAHUN LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA” dipaparkan pada sekeliling kiri duit syiling. Imej pada syiling itu memaparkan pemandangan dari udara seorang nelayan menarik pukatnya. Pukat yang dipenuhi dengan ikan segar dari laut biru (syiling perak sterling berwarna) melambangkan kemahiran dan pengalaman nelayan itu serta rezeki yang terdapat di perairan Malaysia.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, disusuli dengan logo rasmi jubli emas LKIM pada bahagian tengahnya. Ukiran ombak tiga dimensi (3D) melambangkan cabaran dan peluang yang dihadapi LKIM dalam memartabatkan industri perikanan. Nilai muka duit syiling pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...