Hari Terakhir, klik SINI
Bahagian Kedua
Hari kedua 24 Februari 2019
Dalam pukul lapan pagi, bas kami bertolak ke The Halal Premium Restaurant untuk sarapan secara buffet, hindangan sarapan nie tak perlu bayar, dah masuk dalam pakej. Menu macam biasa nasi lemak, kueteow, cakoi, roti bakar dan sebagainya.
Big Bee Garden
Destinasi seterusnya ialah Big Bee Garden, agak ramai juga rombongan dari Malaysia yang dibawa ke sini. Turun sahaja bas, staf disitu akan tampal sticker nombor. Macam kumpulan kami ditampal dengan sticker berangka 2, seterusnya diarahkan masuk kedalam bilik taklimat bernombor 2.
Maka bermulah acara mengiklan dan menjual produk mereka, juga dihidangkan dengan air madu, sampai tiga belas saya layan, lagipun sedap. Dah malas nak dengar celoteh, saya keluar rileks dan sembang dengan member-member lain.
Selesai taklimat, sementara member lain berada dalam kedai untuk membeli-belah, disebelah luar bangunan utama terdapat kafe kecil yang menjual ais krim siap dengan sepotong sarang madu lebar berharga 59 Baht... apalagi, layan ais krim lah.
Kilang Kacang Gajus @ Rahnu Kohyo
Destinasi seterusnya ialah Kilang Gajus, pelbagai jenis kacang, jajan, kerepek, maggi ada dijual disini, namun saya sekadar membeli beberapa buah tin kacang koh kae dan juga kacang gajus.
Chang Puak Camp Hatyai
Selesai beli kacang, destinasi seterusnya ialah aktiviti dengan gajah di Chang Puak Camp, tiada siapa pun diantara kami yang menaiki gajah dengan kos 500 Baht seorang tu, dekat-dekat RM68-70 juga tu. Masing-masing bergambar dan santai-santai sahaja.
Selesai beli-belah kacang, kami terus bergerak ke pantai yang sangat popular tu. Sebelum tu, singgah dulu berkedakatan area pantai tu untuk makan tengah hari. Kami memilih sebuah gerai diantara deretan gerai tersebut. Order nasi goreng pelbagai jenis empat, telur dadar, tom yam daging putih, kena dekat 300 Baht lebih. Masa nie terbayang yang makan dekat Salma Restaurant tu sebenarnya berbaloi, ambil lauk premium pun baru kena 789 Baht, nie ambik biasa-biasa kena dekat 300 baht lebih, hampir separuh daripada kos di Salma Restaurant.
Samila Beach
Sebelum sampai ke Samila Beach, singgah dahulu ke Payanak (The Great Serpent 'Nag') atau lebih popular dengan nama patung naga, patung nie walaupun tak berapa jauh dari patung duyung tu, nama lokasinya berbeza, patung naga nie lebih dekat dengan pelabuhan.
Saya sekadar bergambar beramai-ramai dengan kesemua ahli trip dan ambil foto naga nie dari view belakang seperti dalam foto diatas, lepastu saya masuk bas. Pertama sebab cuaca panas, kedua belah hadapan naga tu, terdapat begitu banyak barangan yang digunakan untuk tujuan ibadat kaum mereka.
Sememangnya, kami dah dingatkan bila berada di patung ini dan juga patung duyung tu agar menjaga kelakuan dan paling penting jaga mulut (kita orang melayu nie bila dipesan begitu, faham-faham ajerlah kan).
Selesai tengok patung naga, bas terus menuju ke Samilla Beach atau nama
Melayunya iaitu PANTAI BISMILLAH, (Subhanallah, indahnya nama pantai ini suatu
ketika dahulu).
Diletakkannya monumen atau arca si duyung bersaiz hobbit sebagai daya tarikan. Saya tidak teringin langsung untuk bergambar dengan arca Ikan Duyung Emas atau Nang Nguek Thong dalam bahasa negara mereka. Bukanlah saya anti mana-mana budaya mahupun keagamaan masyarakat lain. Kita hormati budaya orang lain, tapi kalau monumen tu sememangnya monumen purba bersejarah yang menunjukkan ketamadunan lama yang telah wujud ratusan ataupun ribuan tahun dahulu seperti candi ataupun piramid, ok laa jugak, ada ibrah bagi kita semua, Nie patung tu pun dibina pada tahun 1966. Patung ini pula telah di bom pada malam 26 Disember 2018 mengakibatkan bahagian ekornya putus, tapi cepat ajer pihak sana baiki dah memang jadi tumpuan pelancong. Ahli rombongan kami pun tak ramai yang bergambar, mungkin sebab cuaca yang begitu panas.
Sambil santai-santai kat tepi pantai tu, apa lagi, makan ais krim kelapa beramai-ramai.
Selesai aturcara di Samila Beach, rombongan kami bergerak pulang ke hotel. Sampai di hotel sebelum naik untuk berehat dan sebagainya, ramai juga ahli kami yang meneruskan aktiviti merayau-rayau termasuklah saya juga. Selain melawat seven eleven (tempat wajib), mengisi perut dengan satu lagi makanan viral yang cukup popular bagi orang kita bila berada di Hatyai.
Betul-betul depan hotel terdapat beberapa kios yang menjual pelbagai menu. Antaranya pancake Hatyai yang kalau gi selatan Thai kalau tak makan rasa tak lengkap percutian tu. Saya sendiri tak tahu kenapa dipanggil pancake, sebab pada kios tersebut di tulis MU ROTI, nama menu pun ditulis NAUTELLA, sedangkan terang-terangan bekas NUTELLA tu ada depan mata, entah salah ejaan atau ikut sebutan slanga bahasa mereka. Cara buat pun macam buat roti canai pisang, lepastu disapu dengan nutella. Mungkin bancuhan tepung yang digunakan lain, masak pun tak guna minyak mcm buat roti canai tu, Nampak macam guna minyak sapi... entahlah. Rasa pancake tu agak rangup.
Sempat juga saya merakamkan video berdurasi 1 minit cara mereka buat pancake nie. Saya beli 3 jenis pancake untuk dijamu iaitu Banana Nutella, Nutella Cashew Nut dan juga Banana Raisin. Semua sedap tak ada yang tak sedap, mujur lah masa tu pancake Milo habis stok, kalau tak tu pun saya order.

Asean Night Market
Dalam pukul lapan malam, kesemua ahli rombongan menuju ke Asean Night Market dengan menaiki tuk tuk, seorang kena 20 Baht, baliknya pun kena 20 baht. Lebih kurang macam uptown kat negara kita, bahagian bawah jual pelbagai jenis barangan tetapi hampir 70% menjual pakaian. Bahagian atasnya (separuh sahaja tingkat atasnya) merupakan food court.
Dari segi barangan, saya cuma membeli cover phone dan seluar pakai harian untuk anak saya, itupun sebab dia mintak. Naik ke atas untuk makan, antara yang menjadi buruan ialah ais krim teh ais thai, baca kat blog lain, penulis tu layan ais krim tu kata sedap sangat, nak lah juga merasa. Namun, dah bukan menjadi rezeki, boleh pulak malam tu, stall yang jual ais krim tak buat ais krim teh tu, yang ada ais krim biasa - vanilla dan coklat. Frustlah jugak.

Antara makanan yang dijual, kalau biasa pergi festival makanan thai kat negara kita, lebih kurang sama lah menu-menu yang mereka jual.
Agak rambang mata nak pilih cup mana yang akan jadi penyegar badan, sudahnya pilihlah lah salah satu.
Ada banyak juga stall yang menjual nasi kuning nie, jadi saya cuba salah satu daripadanya, rasa agak biasa-biasa. Timbul rasa tak puas hati, rasa macam nak patah balik ke area hotel untuk cari makan. Ada juga ahli rombongan kami yang nak balik awal sebab nak layan Salma Restaurant sekali lagi, saya pun sama, nak balik awal kononnya nak try menu udang galah kat Salma Restaurant, tapi dah tak sempat sebab restoran tu pukul 10 dah tutup. Frust buat kali kedua.
Selesai semua urusan, masing-masing kembali ke area hotel dengan tuk-tuk. Agar terkejut jua sebenarnya sebab malam sebelumnya area Lee Garden nie meriah, tapi malam nie agak krik-krik. Mungkin ramai orang Malaysia dah pulang...
Turun sahaja tuk-tuk nampak gerai roda tiga menjual udang galah dan pulut mangga. Yang cantiknya, udang galah utk setiap set cuma 3 ekor dengan harga 200 baht, ayam goreng 70 baht, maka duduk dan bismillah
Selesai pekena udang, wife saya nak beli ikan talapia bakar, malam sebelumnya kenyang makan benda lain, kiranya malam nie nak layan ikan, malang sekali lagi bila motor roda tiga yang berniaga ikan tu tak berniaga malam ni... fuhhh tiga kali frust malam nie. Sudahnya layan sekali lagi ais krim kelapa dan kerabu maggi, tapi tak ambil foto kerabu maggi tu sebab seafood dah tak cukup, peniaga tu pun kurangkan sedikit harga kerabu maggi tu.
Sambil tu, saya layan bird nest lai chi kang, memang penuh dengan segala macam isi, harganya pun boleh tahan iaitu 150 Baht, dekat RM20 jugaklah, inilah lai chi kang paling mahal pernah saya makan seumur hidup.
Selesai semua, kembali ke hotel untuk kemas beg, esoknya nak pulang.
BERSAMBUNG Part 3
Selesai semua, kembali ke hotel untuk kemas beg, esoknya nak pulang.
BERSAMBUNG Part 3
Part 1, KLIK SINI
Part 3, KLIK SINI
Update November 2019
Pengalaman Kali Kedua ke Hatyai - KLIK SINI
Part 3, KLIK SINI
Update November 2019
Pengalaman Kali Kedua ke Hatyai - KLIK SINI