Salam, penulisan tentang pengalaman bercuti di Bandung ini lebih kepada stail perbandingan iaitu membandingkan kunjungan kali pertama dan kali kedua. Turut juga pengalaman baru yang kami kunjungi tetapi tidak dikunjungi semasa kunjungan pertama kali.
Ini kali kedua saya sampai ke Bandung, kali pertama tahun 2014, kiranya selepas 3 tahun, datang lagi ke sini. Kunjungan pertama kali tidak saya abadikan dalam bentuk penulisan walaupun terlalu banyak bahan untuk dikongsi, hampir 400 gambar yang diambil pun simpan macam tu sahaja. Selepas kunjungan kali kedua ini, terasa mahu menulis, sebab sudah ada pengalaman lampau dan pengalaman baru yang boleh dijadikan perbandingan.
Seperti kebanyakan orang, saya juga membaca puluhan tulisan blogger lain sebelum sampai ke sini, banyak manfaat yang diperoleh. Moga apa yang saya kongsi ini pula akan bermanfaat untuk orang lain.
Kami sekeluarga besar datang ke Bandung memang tujuan utama untuk membeli belah, kali pertama dan kali kedua, mungkin kali ketiga nanti pun dan seterusnya, tujuannya untuk membeli belah.
Jadi tempat-tempat yang dikatakan menarik di Bandung bagi kami konsep yang diamalkan ialah – kalau ada masa terluang, pergi. Kalau tiada masa, tak payah pergi, kalau nak pergi pun, kami akan “membaca” pengalaman orang lain terlebih dahulu sebelum mencari kata sepakat ke mana hendak pergi, pelbagai pengalaman tulisan blogger lain kami jadikan rujukan dan panduan.
Floating Market, Kawah Putih, Tangkuban Perahu, Sari Alter, De Ranch, Safari, Kebun Strawberi, Daun Lidi – antara tempat menarik di Bandung yang bukan dalam senarai untuk kami kunjungi.
Jadi tempat-tempat yang dikatakan menarik di Bandung bagi kami konsep yang diamalkan ialah – kalau ada masa terluang, pergi. Kalau tiada masa, tak payah pergi, kalau nak pergi pun, kami akan “membaca” pengalaman orang lain terlebih dahulu sebelum mencari kata sepakat ke mana hendak pergi, pelbagai pengalaman tulisan blogger lain kami jadikan rujukan dan panduan.
Floating Market, Kawah Putih, Tangkuban Perahu, Sari Alter, De Ranch, Safari, Kebun Strawberi, Daun Lidi – antara tempat menarik di Bandung yang bukan dalam senarai untuk kami kunjungi.
Rumusan awal sebelum saya huraikan panjang lebar, kunjungan kali pertama agak kelam kabut, maklumlah kunjungan kali pertama. Kunjungan kali kedua, agak tersusun dan lebih fokus, belajar daripada pengalaman terdahulu
**********************
2014 – Kali pertama (30/03 – 04/04/2014), dalam beberapa segi, terkejar ke sana ke mari. Banyak benda ingin diterokai, banyak tempat ingin dikunjungi. Walaupun 4 malam 5 hari dengan flight direct ke Bandung, terasa banyak masa terbuang. Tak mengapalah, kali pertama hehehehe
2017 – Kali kedua (10-13/02/2017), bila dah ada pengalaman, kita sediakan “perancangan”, walaupun cuma 3 malam 4 hari dengan flight ke Jakarta, dengan kos masa perjalanan Jakarta- Bandung yang mengambil masa sampai 5 jam dan waktu pulang perlu ke Jakarta kembali. Namun, sasaran lebih jelas, fokus, tersusun, dan terarah. Jadi tiada banyak masa yang terbuang.
**********************
Kadar tukaran wang
Ini yang paling terasa “sakit”, walaupun tempoh antara kunjungan 2014 dan 2017 cuma 3 tahun sahaja, tapi kadar kejatuhan RM macam air terjun kelajuannya.
2014 – Sejuta Rupiah lebih kurang -+ RM287-RM290
2017 – Sejuta Rupiah lebih kurang -+ RM334- RM337
Dekat RM50 bezanya, banyak tu, tambahan lagi dengan seliter petrol kat negara kita cecah RM2.30, tak apa lah, syukur Malaysia masih aman...
Dan seperti orang lain, saya juga menyediakan jadual tukaran wang agar senang untuk membeli belah. Semasa tahun 2014, tersilap buat, saya buat RM ke Rupiah sedangkan urusan jualan sudah tentulah dalam Rupiah. Kadang-kadang terpaksa pula mencongak bila nak membayar, dah lah sifir matematik tak berapa nak laju.
Belajar dari pengalaman lalu, kali ini jadual tukaran ialah daripada Rupiah ke RM. Dan saya perbanyakan kadar tukaran di bawah nilai RM100, sebab sudah tentu banyak barang yang ingin dibeli mahupun makan minum pastinya di bawah RM100.
Jadual Rupiah - RM yang sediakan |
**********************
Penerbangan
2014 – LCCT – Bandung International Airport (Husein Sastranegara), penerbangan terus, balik pun sama.
2017 – KLIA 2 - Jakarta International Airport (Soekarno-Hatta), sebab harga tiket terus ke Bandung kelihatan agak mahal, lagipun ramai yang turun Jakarta lepastu ke Bandung. Pulang pun sama, naik kat Jakarta. Tapi lepas nie kena tengok balik lah kalau nak ke Bandung sekali lagi, masa banyak habis atas jalan dari Jakarta ke Bandung begitu juga waktu hendak pulang.
Kenderaan
2014 – 8 orang, jadi sewa van yang 10 tempat duduk pun dah ok.
2017 – 11 orang, jadi kena ambil van 14 tempat duduk.
Van 2014 |
Van 2017 |
Win Perfume
Ini memang antara tempat wajib, tidak boleh tidak walaupun ada beberapa lagi kedai perfume terkenal di Bandung seperti Collector Perfume dan Kowani Parfume, tapi dah macam loyalty kat Win Perfume juga. Di dalamnya ada lebih ratusan, malahan ribuan jenama minyak wangi untuk lelaki dan wanita. Dari yang biasa dengar, jarang-jarang dengar, dan tak pernah dengar pun ada.
Ini memang antara tempat wajib, tidak boleh tidak walaupun ada beberapa lagi kedai perfume terkenal di Bandung seperti Collector Perfume dan Kowani Parfume, tapi dah macam loyalty kat Win Perfume juga. Di dalamnya ada lebih ratusan, malahan ribuan jenama minyak wangi untuk lelaki dan wanita. Dari yang biasa dengar, jarang-jarang dengar, dan tak pernah dengar pun ada.
Aromanya pun macam-macam, dari yang lembut, sederhana, pekat. Di sini ada buku katalog, jadi kita pilih jenama apa yang dinginkan, lepas tu pekerja akan membuka botol untuk kita hidu aroma, jika rasa sesuai, maka akan mereka mulakan kerja-kerja bancuhan. Ada kalanya kita memang dah ada senarai yang kita mahu selepas kita Google, tapi bila hidu baunya, rasa macam tak berkenan. Saya pula tak kisah fasal jenama, apa yang saya lakukan, sampai sahaja, saya minta dia berikan aroma yang pekat, jika rasa sesuai terus beli, tak kan lah nak hidu sampai 50 jenis bau untuk beli sebotol kan, lagipun dia pun nak layan pelanggan yang sentiasa penuh. Dan terus teranglah nak bagi tahu, baunya sama seperti macam original, tak pernah lagi rasa kecewa.
2014 – Beli cuma 3 botol sahaja, dah balik Malaysia menyesal tak beli banyak. Sebotol besar 125000 rupiah lebih kurang RM33.
2017 – Tak bagi peluang, terus sambar 18 botol, memang mandi perfume laaa lepas nie, lantak lah. Harga tetap sama iaitu 125000 Rupiah, tapi sebab duit kita jatuh, sebotol cecah RM42. Percaya atau tidak, kumpulan kami keseluruhannya membeli 80 botol perfume ... BANYAK NYAAAA!!!
Win Perfume pada tahun 2014 |
Win Perfume 2017, sign board dah lain |
Win Perfume tahun 2014, sama sahaja proses formula bancuhannya |
2017 -Adik saya sedang meneliti katalog |
2017 - Sebahagian daripada 80 botol perfume yang telah siap, Ada 3 jenis saiz berbeza. |
Aria Jeans
2014 – Saya tak tempah seluar, tetapi ahli keluarga lain menempah seluar. Pagi tempah, malamnya, ada runner datang hantar ke hotel (hulur laaa sikit). Memang jahitan dan kualiti kain memang superb.
2017 - Giliran mereka pula tidak menempah seluar, sebaliknya keluarga saya pula menempah seluar. Alasan yang mereka berikan ialah kelihatan harga seluar agak tinggi berbanding dulu, tidak pastilah disebabkan memang harga dah naik atau duit RM yang jatuh. Kelurga kami buat pun memang dah rancang awal nak buat seorang sehelai di sini.
2017 - Giliran mereka pula tidak menempah seluar, sebaliknya keluarga saya pula menempah seluar. Alasan yang mereka berikan ialah kelihatan harga seluar agak tinggi berbanding dulu, tidak pastilah disebabkan memang harga dah naik atau duit RM yang jatuh. Kelurga kami buat pun memang dah rancang awal nak buat seorang sehelai di sini.
Aria Jeans semasa 2014 |
Aria Jeans 2017 |
2017 - resit belian |
Ayam Penyet Surabaya
Ini antara tempat makan yang wajib, boleh merusuh kalau tak dapat makan kat sini, memang sedap pun, dulu kena ayam kampung, kali nie terasa nak makan bibik,.. silap.. nak makan bebek. Memang TERBAIKKKKKK. Antara yang saya suka makan ialah tahu goreng cicah dengan kicap manis. Tak kisah lah kat kedai makan atau tepi jalan, selalu saya beli ekstra tahu, sebab tahu mereka sedap. Tahu mereka pun bersaiz comel, maklumlah tahu sumedang yang fresh.
**********************2014 - Lunch |
2017 - kena utk dinner, sign board pun dah lain |
Terbaik mereka punya masakan, siap order esktra tahu |
Aroma Kopi Bandung
Setakat ini saya belum lagi saya jumpa blogger dari Malaysia yang menulis tentang toko ini. Mungkin toko ini bukan menjadi tempat yang popular untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Kalau tengok iklan-iklan agen pelancongan mahupun agen kenderaan juga tidak memasukkan kedai ini sebagai tempat untuk dikunjungi. Lokasi toko ini berhampiran dengan Pasar Baru.
Asalnya saya google tempat makan di Bandung. Entah macam mana terjumpa entri tentang kedai kopi ini, dan bacaan saya seterusnya membuatkan saya terasa mahu menyinggah. Dalam website yang saya layari siap ada pelbagai jeni kopi - toroja, arabica, robusta, jawa, flores, mocha.
Asalnya saya google tempat makan di Bandung. Entah macam mana terjumpa entri tentang kedai kopi ini, dan bacaan saya seterusnya membuatkan saya terasa mahu menyinggah. Dalam website yang saya layari siap ada pelbagai jeni kopi - toroja, arabica, robusta, jawa, flores, mocha.
Tetapi bila dah sampai cuma ada Mocha Arabica sahaja, dibuat dalam dua jenis iaitu berkafien tinggi dan kafien sederhana, website yang kami baca tu bukan official. Bila saya ajukan tentang website tersebut, staf mereka terus menunjukkan papan tanda (gambar ada dibawah) yang mereka tidak pernah lantik mana-mana wakil pengedar, website pun mereka tiada. Memang orang ramai beratur nak beli serbuk kopi dan kedainya memang jual serbuk kopi sahaja, tiada air minum kopi.
Ada juga beberapa tempat yang popular di Bandung, tetapi terlalu banyak sangat penulisan tentangnya oleh blogger lain. Contohnya info mengenai Pasar Baru Trade Centre, Kartika Sari, Cibaduyut, Toko Tiga, Factory Outlet lagilaaa, terlalu banyak ulasan. Saya akan ulas secara ringkas.
Factory Outlet
Ada puluhan Factory Outlet yang terkenal kat Bandung. Antaranya Rumah Mode, The Summit, The Secret, Grande, Victoria, Heritage, Donatello, Blossom, Level, Stamp, Seximo, Rumah Tas, Anak Kecil, For Men, Renaritti, EST.
Factory Outlet
Ada puluhan Factory Outlet yang terkenal kat Bandung. Antaranya Rumah Mode, The Summit, The Secret, Grande, Victoria, Heritage, Donatello, Blossom, Level, Stamp, Seximo, Rumah Tas, Anak Kecil, For Men, Renaritti, EST.
2014 – Boleh dikatakan, kami mengunjungi hampir kesemua FO ternama dan terkenal yang ada di sini. Terpengaruh dengan tulisan pengalaman orang lain, kami kunjungi satu persatu. Belinya tidak, masuk kedai keluar kedai, itulah yang banyak dilakukan. Cuma membeli beberapa helai pakaian di Rumah Mode dan adik saya membeli pakaian budak di Anak Kecil, selebihnya setakat window shopping.
2017 – Memang dah tahu yang tiada apa ingin di beli di FO, jadi tiada aktiviti keluar masuk seperti kunjungan kali pertama. (banyak masa yang dapat diselamatkan). Cuma sekadar ke D'Fashion dan Anak Kecil. Di FO Anak Kecil ada kafe, kat kafe tu es durian mereka memang sedap ... dua kali pergi, dua kali belasah es durian mereka.
Ais Krim Durian a.k.a Es Durian |
Pasar Baru Trade Centre
2014 – Ini memang Heaven untuk kaum wanita, kaum lelaki ikut sahajalah punggung pasangan masing masing .. dan macam biasa kalau dah perempuan, 10 kedai keluar masuk belum tentu membeli, layankan sahaja. Masa ini, kami banyak membeli antaranya beberapa pasang kain dan telekung. Sehari suntuk masa dihabiskan kat sini. Tak puas hati, keesokannya datang lagi untuk membeli. Punyalah ghairah.
2017 – Wife saya pun dah macam tak rasa ada apa yang nak dibeli disini. Wife saya cuma singgah dalam sebuah kedai untuk membeli sepasang kain dan kedai lain untuk membeli sehelai dua t-shirt. Masa yang kami ambil pun cuma lebih kurang dua jam sahaja. Sejam untuk makan, sejam untuk beli barang. Selepas tu jalan kaki balik ke hotel, mujurlah hotel dekat dengan pasar baru.
Sebaliknya, rombongan kami banyak membeli kain di M Collections
Kami ke Pasar Baru pun sebab nak pekena makanan Sunda di food court, boleh dikatakan agak murah berbanding restoran. Walaupun kat Kajang dah biasa makan makanan Sunda di Restoran Cibiuk, tapi kat Bandung nie nak rasa yang authentic food punya penangan ... sama sedap
Cibaduyut, Kartika Sari, Toko Tiga antara tempat yang kami kunjungi pada 2014 dan 2017, nak ulas pun ramai blogger lain yang dah ulas, sama sahaja.
Nak cerita sikit pasal makan, tak nak cerita pasal makan di restoran-restoran kat Bandung sebab ramai yang dah bercerita, sebaliknya ramai orang macam tak berapa nak berani kalau nak beli makanan dari gerai-gerai tepi jalan nie, ada yang sampai kena cirit. Namun, beberapa menu yang saya beli untuk lapik perut di tepi jalan tidak pula ada rasa sakit perut dan sebagainya, Alhamdulillah.
Ini saya belasah masa tahun 2014, sedap woooo dah lah murah dalam seringgit lebih duit kita. Untuk tahun 2017 (gambar bawah), selang 2-3 kedai dari hotel ada jual ayam goreng, seketul convert duit kita lebih kurang RM3.50, harga lebih kurang sama macam kat Malaysia. Rasa boleh tahan ...
Pisang keju coklat, jangan tanya pisang jenis apa sebab saya pun tak tahu, cuma kat Bandung pisang tu bukan goreng, macam bakar dan saiz pisang yang besar... memang marvellous sebab saya memang tak berapa gemar pisang chese, tapi kat sini .. memang kena beli sebab sedap, mungkin kerana jenis pisang yang digunakan.
Sekian.
6 ulasan:
Borong perfume banyak2 tak kena rampas or kena tax di airport tak..
Saya tak kena rampas, tapi memang imigresen sana akan minta buka beg untuk periksa, sebab kita bawak cecair dalam kuantiti yang banyak.
Imigresen sana just periksa je la..bulan 3 ni nanti nak g bandung juga,nak juga borong perfume tapi tu la takut kena tax or kena rampas kalau beli banyak2..hehe..so tax pun tak kena juga la..
berpa botol serang beli? ada yg ckp xlebih 100ml cecair .
Saya sahaja 18 botol, keseluruhan family saya total 80 botol minyak Wangi. Masa kami beli kami tak tak tahu pun ada apa-apa larangan atau had limit. Pak supir yang bawak kami dan pekedai perfume pun tak bagitahu apa-apa. Masa balik kat airport Jakarta, beg saya sahaja yang suruh dibuka itupun sebab dia scan Nampak serbuk (serbuk kopi yang saya beli). Lepastu bagitahu kat mereka yg kami dari bandung beli kopi, perfume bla-bla... elok ajer lepas.
Salam sejahtera Tuan / Puan, perkenalkan saya dari Primera Trans Bandung ( Tour & Travel Agency ), saya punya penawaran paket menarik untuk paket LAWATAN BANDUNG :
Jom cuti2 Bandung,
400 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam Jakarta - Bandung Tour Pakej
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung
instagram : @primera_trans
Catat Ulasan