Seiring dengan bertambahnya ahli dalam keluarga numismatik di Malaysia dan seluruh dunia, sejajar dengan peredaran zaman untuk memenuhi kehendak dan selera pelanggan yang pelbagai nafsu citarasa, maka evolusi dalam penyimpanan produk-produk koleksi numismatik pun turut sama berubah.
Dahulunya, koleksi syiling disimpan bogel, berterabur sana sini, ada yang kreatif dengan menyusun secara roll lalu dibalut dengan kertas surat khabar (kertas surat khabar merupakan alat yang terbaik untuk menyerap kelembapan), mungkin masa itu belum adanya produk silica mahupun penyerap kelembapan yang begitu mudah didapati pada hari ini.
Muncul pula tempat penyimpanan berbentuk album, maka syiling-syiling yang dijadikan koleksi disusun kemas di dalamnya. Masa terus berlalu, muncul pula coin holder lalu muncul album khas untuk menyimpan syiling yang telah dimuatkan terlebih dahulu dalam coin holder.
Hadir memeriahkan suasana, muncul coin air tite, ada orang panggil coin capsule, lepastu muncul air tite dengan ring berwarna putih dan hitam, maka album pelbagai rupa untuk menyimpan turut sama dikeluarkan dari yang jenis biasa hinggalah ke jenis yang eklusif, Turut sama muncul pelbagai jenis box untuk memuatkan coin air tite, dari yang murah.hingga yang diperbuat daripada kayu solid hingga yang pelanggan sendiri boleh menempah mengikut kehendak masing, masing (tetapi ini lebih kepada luar negara, ingin membeli adakalnya tidak berkemampuan disebabkan kadar tukaran wang dan kos pengeposan yang tinggi).
Tidak cukup dengan itu, muncul coin tube untuk menyimpan syiling secara roll, muncul coin tube yang khas untuk menyimpan syiling yang terlebih dahulu dimuatkan dalam air tite, muncul coin slabs, muncul coin folder, lepastu muncul kepelbagaian aksesori khas untuk tujuan display, mungkin dalam entri lain jika ada masa terluang saya akan cuba paparkan contoh-contoh coin tube, coin holder, coin holder yang berlabel, coin slabs, coin frame dan sebagainya khas untuk mereka yang masih baru dalam bidang hobi ini. Pada masa akan datang, entah apa pula aksesori yang muncul???
Apa yang ingin dikongsikan ialah kehadiran label yang dilekatkan pada ring air tite. Mula menempahnya seminggu sebelum bulan puasa dan kira-kira seminggu kemudian diterima. Namun baru-baru ini sahaja berkesempatan untuk memuatkan syiling didalamnya.
Menariknya ialah bila ada label yang memaparkan keterangan mengenai duit syiling, maka memudahkan terutamanya dalam kalangan bukan kolektor untuk mengetahui tentang syiling berkenaan. Di sebelah belakangnya pun turut sama berlabel dengan bahasa Inggeris, tidak cukup dengan itu, bahagian sisi turut sama berlabel. Bila dah cantik macam ini, terpulanglah nak simpan macam mana, nak display menggunakan seperti kaki tiga ker, nak simpan dalam album ker, dan susun dalam coin tube, nak bingkai gantung di dinding ker...
1982 Bahagaian Hadapan
1982 Bahagian Belakang
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
Pembuat aksesori ini boleh ditemui di Amorp Mall flea market setiap Sabtu dan Ahad, juga mempunyai kedainya di tingkat 8 Berjaya Times Square, saya sendiri dah melawat kedainya dan melihat sendiri perkhidmatan / pembuatan aksesori-aksesori yang berkaitan, memang menarik perhatian. Beliau juga peramah ... jangan risau, boleh berbincang dengannya tentang keinginan kita.. Kalau beli buku katelog yang terbaru pun ada iklan mengenai kedainya dan perkhidmatannnya. Saya untuk koleksi syiling lain turut berhajat untuk menempah aksesori yang lain pula pada masa akan datang.
UPDATE 2017
Entah bila, tapi pada tahun 2017 baru berkesempatan untuk update. Orang yang membuat aksesori ini sudah meninggal dunia.
UPDATE 2017
Entah bila, tapi pada tahun 2017 baru berkesempatan untuk update. Orang yang membuat aksesori ini sudah meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan