Isnin, 11 Oktober 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30 (2005)




 
***********************************************







Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 99.9 dan beratnya ialah 31.11 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM20. Sebanyak 1000 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 24 Jun 2005.

Reka bentuk hadapan tertera logo rasmi Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30 dan perkataan “ISLAMIC DEVELOPMENT BANK 30th ANNUAL MEETING 2005” dan “MALAYSIA”.

Reka bentuk di sebelah belakang pula tertera imej Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya serta tulisan jawi “Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30”.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***********************************************
 

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 15.55 gram bernilai muka RM200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM20. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 1000 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM20 dan duit syiling emas bernilai muka RM200. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...