Jumaat, 16 Ogos 2024
Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun ke-75 Jabatan Pendaftaran Negara (2024)
Jumaat, 31 Mei 2024
Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Lembaga Pertubuhan Peladang (2024)
Sumber: Kosmo Digital |
Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke-50 Duit syiling ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam majlis sampingan bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh pada 11 November 2023.
Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata LPP berkolaborasi bersama BNM bagi mengeluarkan syiling khas sempena 50 tahun LPP yang disambut Februari 2023 lalu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada BNM kerana bekerjasama dengan LPP dalam mengeluarkan syiling ini. Pengeluarannya adalah bagi mengenang jasa peladang, penternak dan nelayan yang bertungkus-lumus membangunkan sektor pertanian negara.”
**********
Rabu, 31 Januari 2024
Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (2023)
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tiga dari kiri) berkenan melancarkan setem komemeratif dan syiling edisi khas sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun UPSI di Dewan Tunku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/IHSAN UPSI
Sumber: Utusan Malaysia 2 Disember 2022
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam sempena Kemuncak Sambutan 100 Tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini . Berangkat sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim pada majlis yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.
Pada majlis sama, Seri Paduka turut berkenan melancarkan setem komemeratif 100 tahun UPSI dengan kerjasama Pos Malaysia serta syiling edisi khas kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM). Setem khas yang dihasilkan dengan tema ‘Terbilang Merentasi Empat Zaman’ bagi tujuan Sambutan 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI adalah untuk mengenang sumbangan dan jasa UPSI kepada pendidikan negara.