Rabu, 3 November 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Songket - Seni Warisan Agung (2006)

Uniknya, untuk isu syiling peringatan ini, terdapat tiga jenis reka bentuk yang berlainan pada bahagian belakang untuk setiap jenis syiling.
 
* Duit syiling emas menggambarkan motif Tampuk Kesemak.
* Duit syiling perak menggambarkan motif Bunga Bintang.
* Duit syiling dwilogam pula menggambarkan motif Bunga Ketola.

*********************************************






*********************************************




Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.7 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 14 Februari 2006 dan berada di pasaran mulai 8 Mac 2006. Duit syiling peringatan ini akan dilancarkan pada 14 Februari 2006 oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Sri Pentas Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan corak Songket dengan perkataan "Songket Seni Warisan Agung" dan "Songket The Regal Heritage".

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan nilai muka dan motif popular yang biasa digunakan pada Songket. Duit syiling perak ini menggambarkan motif Bunga Bintang.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

********************************************* 
 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 8.6 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 150 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling dwilogam bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 150 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling dwilogam bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 150 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...