Jumaat, 26 Oktober 2018

Medalion Peringatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah (2018)







SULTAN Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berangkat ke pelancaran setem dan medalion pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit, Alor Setar. - Foto BERNAMA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menunjukkan koleksi set folder Setem Pertabalan selepas Majlis Pelancaran Setem dan Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini hari ini. - Foto: Bernama
Sumber: Sinar Harian Online
 


 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menunjukkan Medalion Pertabalan selepas Majlis Pelancaran Setem dan Medalion Pertabalan Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-29 di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini hari ini.
Sumber: Kosmo Online
 


SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff menunjukkan medalion pertabalan pada pelancaran setem dan medalion pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit, Alor Setar. - Foto BERNAMA
 Sumber: Berita Harian online
 
 

 
 Sumber: Pos Malaysia
 
 ***************************
 
ALOR SETAR, 15 Okt (Bernama) -- Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan merasmikan pelancaran setem dan medalion pertabalan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Okt depan.

Turut berangkat ke majlis pelancaran yang berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit di sini, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.

Selain itu, Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan isteri Toh Puan Bendahara Kedah Datin Seri Diraja Puan Seri Datuk Nora Abdullah; Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Arif Ibni Sultan Sallehuddin turut berangkat ke majlis pelancaran itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria juga hadir pada majlis pelancaran berkenaan.

Pegawai Kewangan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Pelancaran Setem dan Medalion Pertabalan itu Datuk Ammar Shaikh Mahmod Naim ketika berucap pada majlis pelancaran itu berkata set folder setem berkenaan akan mula dijual di semua cawangan Pos Malaysia pada 22 Okt ini.

Beliau berkata set folder setem itu terdiri daripada setem Sampul Surat Hari Pertama, Lembaran Mini dan risalah penceritaan berkenaan Sultan Sallehuddin.

"Pengeluaran setem ini melibatkan tiga jenis setem yang bernilai 60 sen setiap satu yang bermotifkan Tuanku Sultan Kedah (Sultan Sallehuddin) berpakaian sikap, berpakaian tentera dan berpakaian kebangsaan berlatar belakangkan Istana Anak Bukit.

"Turut sama dalam set folder tersebut adalah Lembaran Mini berharga RM5 bermotifkan gambar Tuanku Sultan dan Sultanah Kedah (Sultanah Maliha) berpakaian kuning songket dan turut disertakan Sampul Surat Hari Pertama," katanya.

Mengenai medalion pertabalan pula, Ammar berkata sebanyak lima jenis medalion yang disediakan sempena istiadat pertabalan iaitu dua jenis medalion emas, dua jenis medalion perak dan satu jenis medalion emas nordic yang kesemuanya bermotifkan gambar Sultan Kedah.

"Medalion ini akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan nanti," katanya.

Beliau berkata persediaan rekaan dan pengeluaran medalion itu melibatkan kerjasama Bank Negara Malaysia manakala penyediaan rekaan dan percetakan setem berkenaan pula mendapat kerjasama Pos Malaysia Berhad.

-- BERNAMA
 
 ***************************

Ramai sabahabat pengumpul yang memuatnaik tentang berita berkenaan medallion dan setem ini di laman sosial pada tanggal 15 Oktober 2018. Tumpuan dalam kalangan pengumpul numismatik pastilah medalion peringatan yang dikeluarkan. Malahan sahabat blogger saya antara yang terawal membuat entri di blog beliau, KLIK SINI UNTUK MEMBACA.
 
Respon awal daripada kalangan pengumpul pastilah teruja. Maklumlah, untuk tahun 2018, Bank Negara Malaysia masih belum mengeluarkan apa-apa keluaran syiling peringatan. Dengan adanya penerbitan medallion ini (medalion dengan syiling adalah berbeza, medallion tidak mempunya nilai muka (face value) seperti syiling peringatan yang mempunyai nilai muka seperti RM1, RM10 dan sebagainya) sekurang-kurangnya wujudlah juga koleksi numis yang berkaitan dengan commemorative.

Namun, kerisauan juga muncul apabila salah satu perenggan dalam berita tersebut membuatkan ramai pengumpul mula tertanya-tanya? Adakah koleksi ini akan dijual kepada orang awam?
 
 "Medalion ini akan dijadikan cenderahati kepada tetamu-tetamu yang hadir pada istiadat pertabalan nanti".
 
Tidak seperti koleksi setem yang memang diketahui akan dijual pada orang awam, pengeluaran medalion ini mengingatkan kembali kepada penerbitan medalion pertabalan Sultan Johor pada tahun 2015 KLIK SINI

Tidak ramai pengumpul termasuklah saya yang mengetahui tentang kewujudan medalion Sultan Johor sehinggalah lambakan jualannya mula memasuki pasaran. Maksud saya tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak BNM.

Dan situasi ini jugalah yang membuatkan para pengumpul berdesas-desus? Untuk menyedapkan hati, ada juga yang meminta agar tunggu sahaja tarikh istiadat pertabalan pada 22 Oktober 2018.

Tarikh pertabalan juga telah berlalu, dan masih juga tiada sebarang kenyataan rasmi daripada BNM. Ada rakan yang menyatakan bahawa medalion ini projek kerjasama antara BNM dengan kerajaan negeri Kedah. BNM sekadar sebagai penempa dan segala urusan seterusnya terletak pada kerajaan negeri. Mungkin juga ada benarnya jika diimbas kembali pengeluaran medalion sebelum ini.

- Foto copy daripada Facebook


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...