Gambar terbaik dari Official Metallica, nak tengok gambar cantik lagi berkualiti, boleh ke website mereka
Sebut sahaja METALLICA, mereka yang sebaya atau lebih umurnya drpd saya atau bawah sedikit mesti pernah dengar walaupun tak minat. Bengang jugalah bila dapat tahu Metallica buat konsert kat China Jepun dan paling sakit hati di Singapura, kenapa tak nak datang Malaysia????? Atau ada "halangan". Bila keluar sahaja berita mereka akan ke Kuala Lumpur, memang lain macam rasanya ....teruja, terkejut, tak sangka ... semua ada. Peluang ini tak harus dilepaskan walaupun masing-masing tahu harga yang perlu dibayar agak tinggi. Tapi kalau dah minat, itu semua bukan menjadi halangan.
Sampai ke Stadium Merdeka lebih kurang pukul 5.00 petang, memang waktu nie dah agak ramai peminat. Dua benda yang akan membuatkan seseorang tu berasa janggal ialah jika tak pakai t-shirt warna hitam (kecuali t-shirt Metallica tak kira warna) dan mereka yang berselipar.
Beratur untuk masuk ke stadium, pasti orang ramai tahu atau sengaja buat tak tahu yang majoriti peminat muzik Metal kat negara kita adalah lelaki, dalam konsert inipun boleh dinisbahkan setiap 50 lelaki adalah 1 orang perempuan itupun datang ikut boyfriend atau suami, jadi kat manalah wujudnya dakwaan konsert ini mengggalakkan pergaulan bebas lah, seks bebas lah, minuman keras pun tak dijual, hanya yang bodoh sahaja akan suka menuduh.
Dalam pukul enam, pintu stadium dibuka
Masuk stadium, Metallica nie kumpulan lama, yang hardcore minat pun kebanyakkannya dah matang dari segi usia, tak kanlah setakat tengok konsert Metallica boleh terosak akhlak dan akidah seseorang?????
Dekat juga dengan pentas, skrin tv tu HD, siap nampak peluh Kirk menitik.... tandas warna pink hehehehehe
Belakang pentas, tak tahu nak ambik gambar apa?
Penganjur yang tuuuuuuuuuuut, belakang padang tu kosong, buat malu ajer kat line up Metallica tengok padang kosong, tapi kat tempat duduk belakang gol tu penuh, masa gambar nie tak penuh lagilah sebab awal, bila konsert memang penuh kawasan belakang gol dan teres tu tapi kawasan belakang padang tu tetap lompong.
Masa ini CROMOK buat persembahan pembukaan
Habis sahaja Cromok, waktu nie mereka sedang menukar set drum dan sound check apa yang patut.
Yang ditunggu-tunggu oleh semua METALHEADS MALAYSIA akhirnya muncul tepat pukul 8.40 malam. Macam biasa, video klip lagu The Ecstasy of Gold daripada filem The Good, the Bad and the Ugly (1966) mengalirkan adrenalin penonton. Memang lain macam perasaan terujanya, Hampir 20 gitar saling berganti digunakan bergilir-gilir kerana lain lagu lagu lain tunenya. Sound System memang TERBAIKKKKKK. Lagu pertama Hit The Lights diikuti Master of Puppets dan lagu terakhir Seek and Destroy. Namun, bagi saya terkilanlah sedikit bila dua lagu kegemaran saya The Memory Remains dan The Unforgiven tiada. Persembahan tamat lebih kurang pukul 10.50. Gambar memang hancurlah sebab guna kamera telefon bimbit sahaja.
Gambar ambil dari facebook, saya duduk selang beberapa baris diatas sahabat-sahabat ini, nak tengok berpuluh-puluh gambar kenangan dari sahabat-sahabat lain, boleh layan facebook