Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Thursday, August 27, 2015

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-50 Masjid Negara (2015)






INFO
 
SEJARAH PEMBINAAN MASJID NEGARA
 
Cetusan idea: Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dan jawatankuasa kerja Masjid Negara di bawah pemantauan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Hussein.
 
Kos pembinaan: RM10 juta (RM4.5 menggunakan peruntukan Persekutuan Tanah Melayu, RM2.5 juta sumbangan kerajaan negeri dan RM3 juta daripada ahli perniagaan, korporat serta orang ramai).
 
Tempoh pembinaan: Dari 1963 hingga 27 Ogos 1965.
 
Perasmian Masjid Negara: Pada hari Jumaat 27 Ogos 1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.
 
Reka bentuk Masjid Negara: Menara berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang dihiasi mozek kaca dan emas putih. Bumbung berukuran 84 kaki tinggi itu mempunyai garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong oleh 16 batang tiang yang ukuran garis pusatnya sepanjang 3 kaki.
 
Tiang-tiang itu diturap dengan terrazzo. Di tengah-tengah bumbung itu terdapat sebuah aluminium yang diukir ayat al-Quran - seperti replika kubah Masjid Biru di Istanbul, Turki.
 
Bentuk mihrabnya dulu bersegi seperti pintu tetapi telah diubah suai melengkung seperti gerbang. Mihrab ini bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Maghribi. Mimbar, tempat imam berkhutbah pula terletak di sebelah kanan mihrab. Mimbar berbentuk seperti beranda itu dibina daripada kayu. Dewan sembahyang dapat memuatkan 3,000 jemaah dan berupaya menampung 5,000 lagi di beranda yang terdapat di ketiga-tiga rusuk bahagian dewan itu.
 
Seluruh kawasan masjid dikelilingi sebahagiannya tembok konkrit dan sebahagiannya pagar berhias. Semuanya terdapat tujuh pintu masuk. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat.
 
Sumber: Berita Harian

**********************************************

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (kiri) berkenan merasmikan sambutan Jubli Emas Masjid Negara hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. — foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (tiga, kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (empat, kanan) berkenan melihat replika Masjid Negara selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Masjid Negara hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor (kanan), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga, kiri) serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha (kiri). — foto BERNAMA
**********************************************
Menghadirkan diri ke Masjid Negara dengan satu tujuan, tujuan yang tidak perlu diceritakan lagi. Oleh kerana jualan hanya akan diadakan selepas majlis pelancaran, maka mengambil masa yang terluang  untuk melihat pameran dan jualan yang diadakan.
 


 
Cenderemata daripada pihak penganjur, terima kasih.
 
 




 


 

 
Gerai Pos Malaysia

Pos Malaysia mengeluarkan setem dengan tajuk Masjid-masjid di Malaysia. Pada setem bernilai muka RM1 mengambarkan Masjid Negara dengan belah atasnya terdapat logo rasmi sambutan Jubli Emas. Tidak membeli kerana sebagai pelanggan akaun SODA, tunggu sahaja produk itu diposkan ke rumah.
 
Tidak berapa gemar dengan isu kali ini. Pertamanya ketiadaan LEMBARAN MINI (Miniature Sheet) pada keluaran ini. Keduanya, saya berpendapat bahawa sambutan 50 Tahun Masjid Negara itu sendiri boleh terbina sendiri untuk dijadikan setem sepenuhnya lantas menjadikannya sebagai  commemorative issue. Apabila adanya setem-setem yang menggambarkan masjid-masjid lain, maka ia akan menjadi sekadar special issue sahaja. Namun mungkin pihak berkenaan ada pendapat mereka sendiri.
 


Sahabat-sahabat pengumpul mula beratur
Melihatkan susunan peti-peti yang diketahui apa isinya membuatkan tertanya-tanya bagaimana rupa reka bentuknya. Walaupun maklum dan faham bahawa jualan hanya akan dibenarkan selepas pelancaran, rupa duit tersebut tetap menjadi rahsia. Apabila mahu memulakan jualan dan selepas dalam laman web BNM sendiri mengeluarkan kenyataan seperti biasa, barulah mereka mula mendirikan gegantung yang seperti biasa mempamerkan teknikal dan gambar syiling tersebut. Barulah mereka bubuh duit tersebut dalam bekas kaca untuk pameran.
 

 
Untuk isu kali ini, secara jujur memang sangat-sangat puas hati dari segi reka bentuk syiling terutamanya syiling perak yang berwarna. Depan belakang menarik, walaupun ada yang bertanya mengapa cuma bumbung masjid sahaja yang berwarna, bagi saya itulah uniknya Masjid Negara yang patut ditonjolkan dan dibanggakan. Cuba lihat syiling-syiling berwarna di luar negara, bukan semua isu akan berwarna sepenuhnya. Warna ikut kesesuaian. Yang lebih menarik bila logo rasmi sambutan yang sememangnya gabungan kontemporari dan islamik dijadikan pula design belah belakang duit syiling ini. Paling tak tahan apabila tulisan jawi berupa khat moden pada belah depannya.

**********************************************

 


Jumlah GST kalau ditambah RM1, boleh dimiliki 4 keping coin card

 
**********************************************
 
 
 
 





Antara design syiling peringatan Malaysia yang terbaik setakat ini.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Masjid Negara ke-50 yang dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965. Upacara pembukaan tersebut telah diserikan dengan kehadiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan Ulang Tahun Masjid Negara ke-50 yang dibuka secara rasmi pada 27 Ogos 1965. Masjid Negara dirasmikan Pada hari Jumaat 27 Ogos 1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.

Duit syiling pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 2000 keping ditempa untuk set single. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Masjid Negara, Kuala Lumpur bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara pada 27 Ogos 2015 diikuti dengan jualannya selepas pelancaran di perkarangan Masjid Negara dan cawangan Bank Negara Malaysia pada 28 Ogos 2015. Turut sama hadir mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej Masjid Negara dan perkataan Masjid Negara dalam tulisan bahasa Jawi pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan JUBLI EMAS MASJID NEGARA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun “1965 - 2015” dan landskap Masjid Negara pula dipaparkan di bahagian bawah reka bentuk syiling tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan logo perayaan sempena sambutan Jubli Emas Masjid Negara pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” pula dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka syiling tertera di bahagian bawah reka bentuk duit syiling tersebut.

**********************************************
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
**********************************************
 
 
Tiada dalam blog ini:
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 200 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...