Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Wednesday, June 10, 2015

Commemorative Medallion Coronation of HRH Sultan Ibrahim, Sultan Johor (23 March 2015)

Pertama kali atas nama BANK NEGARA MALAYSIA mengeluarkan medallion peringatan / commemorative medallion. Harapannya selepas selepas ini BNM dapat mengeluarkan satu atau dua isu dalam setahun dalam kategori commemorative medallion.





 
 
UPDATE 2016
 
Seseorang mengirimkan foto-foto dibwah, entah siapa punya, saiz gambar agak kecil.
 
 








Monday, June 1, 2015

Duit Syiling Peringatan Sempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN (2015)




Banyak betul sejarah tercipta untuk isu ini. Kalau  diikutkan dengan tajuk “PERTAMA KALI”, bolehlah disenaraikan sebagai:-
 
1. “PERTAMA KALI” cara jualan menggunakan sistem nombor giliran.
 
2. “PERTAMA KALI” syiling perak dihasilkan dengan 10 sisi lengkungan (dekagon) selepas syiling peringatan sempena RMK-3 pada tahun 1976 dengan 14 lengkungan.
 
3. “PERTAMA KALI” syiling perak berwarna pada muka hadapan dan muka belakang.
 
4. “PERTAMA KALI” jualan syiling peringatan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.
 
**********************************************************
 
Ada yang mengatakan isu ini merupakan isu yang paling tak laku??? Adakah benar tak laku, yang mendakwa ini sejak tahun bila baharu menjadi pengumpul??? Kalau hendak diikutkan, zaman Royal Mint Malaysia adalah zaman paling tak laku. Dengan jumlah tempaan untuk set syiling perak yang sekadar 200-300 set sahaja ditempa, syiling emas sekadar 100 set, itu pun tak habis dijual kerana tak ramai yang nak beli. Jadi zaman tu lagi tak laku.

Namun, kalau ambil kira situasi 4-5 tahun kebelakangan ini, maka bolehlah diterima hakikat yang isu ini nampak agak hambar dan kurang sambutan. Reka bentuk yang berwarna di muka hadapan dan belakang, bentuk syiling yang poligon, isu keluaran yang bersifat status antarabangsa kadangkala belum tentu boleh menarik minat.

Berdasarkan pemerhatian saya melalui bacaan di laman sosial, boleh disenaraikan puncanya berkemungkinan berkaitan dengan:-

1. Hari Ahad (26 April) diumumkan, hari Isnin (27 April) dijual, tidak seperti dua-tiga isu sebelum ini yang memberikan tempoh lebih kurang sebulan selepas pengumuman baru dijual.

2. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6%.

3. Terlalu banyak acara festival, jualan, pameran, dan lelongan berkaitan dunia numismatik yang dilaksanakan dalam tempoh radius yang sangat dekat dengan tarikh jualan syiling ini.

4. Jumlah tempaan syiling perak yang mencecah 5000 keping untuk set single dan 2000 set untuk set dua dalam satu.

Tetapi rasanya semua orang tahu yang faktor keempat merupakan faktor utama, cuba kalau jumlah tempaan 200-300 set seperti dahulu, rasanya kemungkinan untuk terjadinya peristiwa hitam semasa jualan syiling peringatan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China boleh berulang.

Jadi, faktor ini boleh menunjukkan bahawa siapa sebenarnya yang menjadi pengumpul, siapa yang hendak cepat kaya, siapa yang siap bawa segerombolan orang untuk diupah beratur, siapa yang beli hari ini dan hari ini juga terus iklan untuk jual dengan keuntungan 100%. Kategori mana sekalipun, itu hak peribadi anda.




Kebiasaannya, jika ada jualan syiling peringatan, saya akan mengambil cuti tahunan untuk membelinya. Tetapi untuk isu ini pada hari jualan memang ada tugas yang perlu dilaksanakan, bermakna tidak boleh ambil cuti. Cuma jika ada masa terluang akan ke lokasi jualan untuk membeli, kalau ada rezeki dapatlah miliki, kalau sudah habis maknanya tiada rezeki untuk memilikinya.

Sebelah pagi, bertebaran gambar dalam FB yang menunjukkan suasana sunyi sepi di BNM cawangan Pulau Pinang. Selalunya jualan syiling peringatan di sini paling menjadi tumpuan, paling meriah, paling “panas”, paling havoc, itu dan ini yang sering diperkatakan. Gambaran di Pulau Pinang itu boleh menjadi penanda aras bahawa ramai pengumpul seakan-akan tidak berminat dengan isu ini.

Rakan-rakan di KL yang dah sampai di Sasana Kijang menghantar mesej dan gambar menunjukkan yang bilangan orang tidak ramai, lepas itu saya menerima berita bahawa sistem nombor giliran digunakan, yang dah ada nombor ditempatkan dalam auditorium, itu dan ini. Namun jika bukan tubuh badan sendiri yang lalui, sekadar mengharapkan mesej daripada rakan yang tentunya ringkas, agak sukar untuk dibayangkan senarionya.


 
Pukul 11 pagi, saya tiba di Sasana Kijang. Suasana yang kelihatan agak damai dan tenang. Kereta pun parking di tepi jalan sahaja. Biarlah gambar yang diambil menceritakan segala-galanya.

Saya diarahkan untuk beratur mengambil nombor giliran (sebenarnya tak beratur pun sebab bukannya ada orang).


Nombor giliran saya ialah 279. Namun, saya bukanlah orang yang ke-279 kerana sebelum sebelumnya ada yang dah beli – turun balik – ambil nombor giliran seterusnya – naik ke tingkat atas untuk membeli berulang kali.

Pihak BNM menyediakan ruang berupa sebuah auditorium kecil untuk para pelanggan menunggu, dipaparkan juga pada layar nombor giliran yang dipanggil untuk naik ke atas untuk membeli syiling.

Kaedah ini seperti ini sebenarnya banyak kebaikan dengan membolehkan para pembeli tidak lagi rasa tertekan kerana perlu beratur berjam-jam lamanya. Lagipun rasanya semua orang pernah lalui sistem nombor giliran ini apabila berurusan di kaunter bank, / pejabat pos / dan lain-lain. Jadi masing-masing boleh agak tempoh masa sebelum sampai ke giliran mereka. Ini membolehkan mereka bebas jika mahu minum dulu, ke tandas ker, solat duha ker, nak itu nak ini ker. Dan juga terima kasih kepada pihak BNM kerana menyediakan ruang duduk menunggu. Bagi saya pula, saya lebih selesa berada di luar bangunan Sasana sambil bersembang dengan rakan-rakan.

 
Bila sampai giliran dan macam biasa diarahkan naik ke tingkat atas, masa ini boleh sahaja kalau nak beli tempaan proof empat lima kotak sekalipun, tiada halangan. Dan urusan pembelian selesai dalam pukul 11.30 pagi. Keseluruhannya, untuk isu ini, masa yang terluang cuma setengah jam sahaja.
 



 

Sahaja nak tunjuk resit ini mewakili pertama kali pembelian dikenakan cukai sebanyak 6%.  Jumlah cukai yang perlu saya bayar untuk 1 kotak single silver, 1 kotak set of 2 dan 3 keping coin card berjumlah RM28.80. Ini dikira agak minimum sebab ada rakan-rakan yang jumlah cukai yang perlu dibayar cecah ratusan ringgit.
Berkaitan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6% berkaitan dengan syiling peringatan, sahabat saya di MALAYSAI COIN ada menulis tentangnya :-
 
**********************************************************





Duit syiling pruf berwarna ini diperbuat daripada logam perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 5000 keping ditempa untuk set single. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint
Uniknya, syiling peringatan pertama kali berwarna pada muka hadapan dan belakang.

Uniknya, syiling peringatan pertama kali yang mempunyai 10 sisi lengkungan (dekagon) selepas syiling peringatan sempena RMK-3 pada tahun 1976 dengan 14 lekungan.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 25 April 2015 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. Duit syiling ini akan mula dijual pada 27 April 2015.

Sidang Kemuncak ASEAN 2015 ini merintis jalan kepada penubuhan Komuniti ASEAN, yang merupakan pencapaian penting ke arah merealisasikan wawasan bersama ASEAN untuk mewujudkan rantau yang aman, stabil dan makmur. Asas komuniti ASEAN secara keseluruhan terdiri daripada tiga rangka tindakan komuniti iaitu ASEAN Political Security Community (APSC), ASEAN Economic Community (AEC) dan ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC). Komuniti ASEAN menzahirkan semangat kekitaan yang teguh dan ikatan hubungan yang erat antara 10 buah negara anggota ASEAN dan juga penduduknya.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej logo ASEAN pada bahagian tengah duit syiling dengan 10 lengkungan di dalam gelung molekul yang melambangkan kemajuan negara ASEAN serta mencerminkan perpaduan komuniti ASEAN. Perkataan ASEAN 2015 MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tema ASEAN bagi tahun 2015 iaitu OUR PEOPLE, OUR COMMUNITY, OUR VISION pula tertera pada bahagian bawah duit syiling.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan imej burung kenyalang dengan motif bintang-bintang dan imej bunga raya sebagai latar belakangnya pada bahagian tengah duit syiling. Bendera 10 negara ASEAN dipaparkan dalam bentuk bulatan yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling ini tertera pada bahagian bawahnya.

**********************************************************

 
 





 
Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins to commemorate the hosting of the ASEAN 2015 Summits in Kuala Lumpur, Malaysia. The ASEAN 2015 Summits pave the way for the establishment of an ASEAN Community, a key milestone towards realising ASEAN’s shared vision of a peaceful, stable and prosperous region. The three community blueprints that form the basis of the overall ASEAN community comprised of the ASEAN Political Security Community (APSC), ASEAN Economic Community (AEC) and ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC). The Community reflects the vigorous spirit of togetherness and strong bond between the ten ASEAN member states and their people. These commemorative coins were launched by Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Deputy Prime Minister of Malaysia on 25 April 2015 at Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
 
Only 2000 sets for set of 2

Coin Design
The design descriptive of the commemorative coins is as follows:
 
Obverse
The centre of the coin shows the logo of ASEAN with ten (10) curves in a molecule loop representing the progress of ASEAN countries as well as to reflect the unity of the peoples from ASEAN communities. The words ASEAN 2015 MALAYSIA are on the upper circumference of the coin while the ASEAN theme for 2015 – OUR PEOPLE, OUR COMMUNITY AND OUR VISION is on the lower circumference of the coin.
 
Reverse
The centre of the coin features the image of the hornbill with the motif bintang-bintang and the image of Bunga Raya in the background. The flags of the ten (10) ASEAN countries are depicted circling the centre of the coin. The words ‘Bank Negara Malaysia’ as the issuing authority of the commemorative coin are featured on the upper circumference of the coin while the face value of the coin is inscribed on the lower circumference.

**********************************************************


 
Tiada dalam blog ini

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 2000 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...