Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Monday, January 5, 2015

Pengalaman Umrah, Keindahan Kota Mekah, Pengubahsuaian Masjidil Haram, dan Makan-makan di Mekah

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah rahmat kurniaan rezeki dan kesihatan daripada-Nya, akhirnya pada tarikh keramat 14 Disember 2014 hingga 24 Disember 2014, saya dan ahli keluarga yang lain seramai enam orang diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram Mekah untuk menunaikan ibadah umrah seterusnya ke Tanah Haram Madinah untuk melakukan ziarah. Syukur kerana kami sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan selamat seadanya sepanjang berada di sana.
 
Saya pun tak tahu nak tulis apa lebih-lebih lagi nak tulis panjang-panjang macam penulis blog lain. Tujuan entri ini cumalah sekadar saya nak berkongsi gambar suasana Masjidil Haram dan berkongsi apa yang saya rasa.  Tujuannya agar senang saya review pengalaman untuk diri sendiri di kemudian hari serta kepada pembaca lain. Maklumlah sekarang  ini Masjidil Haram mengalami pengubahsuaian besar-besaran, mungkin jika ada kesempatan dan keizinan untuk jejakkan kaki lagi, gambaran Masjid ini pastinya akan berubah.
 
Ceritanya, selepas kami pulang, apabila kami tunjukkan gambar-gambar pada saudara-mara dan sahabat handai, mereka yang pernah ke sana sebelum ini terus berkata "masa kami pergi dulu, tak ada pengubahsuaian besar-besaran macam nie". Pada kami pula yang baru pertama kali jejakkan kaki, sudah tentu kami tidak tahu apa-apa perbezaannya, apa yang kami lihat, itulah yang kami ceritakan. Tetapi bila dah balik ke sini dan tengok pula gambar di Google Image atau blog orang lain, memang nampak perbezaannya.

Kalau ikut kalender Islam, kiranya mereka yang melalukan umrah pada bulan November Disember 2014 adalah batch pertama umrah untuk tahun ini ikut kalendar Islam. Kami juga dimaklumkan oleh pihak agensi bahawasanya selepas habis sahaja musim haji, Masjidil Haram sedang diubahsuai secara besar-besaran dan kerajaan Arab Saudi juga mengehadkan bilangan jemaah umrah untuk mengelakkan kesesakan. Kami juga cuma menerima air zam-zam sebanyak 5 liter sahaja setiap orang sedangkan jemaah tahun tahun sebelumnya menerima 10 liter seorang.
 
* Klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar.

 
 
 
Inilah pesawat yang membawa kami sekeluarga. Masa nak terbang siap tunjuk di skrin kamera yang mengambil gambar pemandangan bagaimana kapal terbang mahu berlepas. Syoknya sebab kami duduk bahagian agak belakang, dan di belakang pesawat ini disediakan surau yang boleh muat lebih kurang tujuh lapan orang, jadi penerbangan selama sembilan jam tak lah rasa letih dan bosan sebab bila rasa bosan sahaja, terus ke surau tu untuk duduk melunjur kaki, nak bersila ker untuk menghilangkan rasa lenguh (nak solat pun, dah solat kat KLIA). Seperkara lagi, oleh sebab belah-belah belakang ini tiada sangat orang lalu lalang, jadi saya ambil kesempatan untuk berdiri jika dah terlalu lenguh duduk. Makanan yang dihidangkan pun agak lazat dan memuaskan.

Pada setiap kerusi disediakan skrin untuk tontonan, macam macam ada, dari filem blockbuster ke filem Hindustan, filem arab semua ada, mp3, ceramah, bacaan ayat, peta penerbangan. Jadi terpulanglah pada diri masing-masing nak layan apa mengikut kesukaan. Tetapi bak kata ustaz semasa kursus, ada lebih baik jika masa terluang dalam pesawat ini digunakan untuk menelaah kembali hal ehwal umrah, kalau nak layan movie, baik layan kat rumah sahaja. Kami pula direct umrah, jadi lepas hidangan makanan untuk kali kedua, masing-masing mula melafazkan niat umrah.

Bagi yang berkemampuan, kalau boleh carilah penerbangan yang yang direct ke Jeddah atau Madinah, bukannya flight yang ke sana ambik orang, ke sini isi minyak, pusing 3-4 tempat baru nak sampai Arab Saudi, murah memanglah murah, sedikit, tapi badan akan kepenatan. Inilah yang banyak diceritakan oleh jemaah yang kami jumpa disana. Biasanya bila jumpa jemaah sama negara, 3 soalan wajib akan kita kongsi - Bila sampai bila nak balik??? Buat umrah ikut agensi mana??? Flight direct atau flight transit??? 

Kaabah
 
 
 
 
Melihat Kaabah dengan mata sendiri, perasaannya tak tahu nak diungkapkan macam mana. Dari airport selepas urusan itu dan ini naik bas, masa dekat-dekat nak sampai dari kejauhan nampak Menara Zam Zam dah rasa lain (sebab dah tahu tak jauh dah nak sampai). Check in kat hotel dan rehat sebentar sebelum melakukan umrah. Masa berjalan nak ke Masjid, nampak sahaja masjid dah rasa lain, melangkah masuk ke Masjid rasa lain, bila nampak Kaabah .... tak tahu nak kata apa, tak perlu segan untuk mengaku yang air mata bergelinangan. Syukur sangat sangat.
 
Pemandangan dari lantai Masjidil Haram untuk dua gambar diatas, masa nie tak sempat nak ambil gambar banyak kerana terlalu ramai orang dan kami baharu sahaja menjejakkan kaki, jadi keterujaan untuk melakukan umrah melebihi keinginan untuk mengambil gambar.
 
Gambar bawah pula nampak tak macam pelantar yang mengelilingi Kaabah untuk orang tawaf tiga tingkat tu, pelantar ini cuma dibina cuma sementara sahaja, selepas pengubahsuaian Masjidil Haram siap, pelantar ini akan ditanggalkan, Gambar di bawah merupakan pemandangan Kaabah dari tingkat 2 pelantar tersebut. Pelantar ini dinamakan MATAF atau lantai tawaf. Untuk umrah seterusnya memang kami gunakan tingkat dua ini untuk tawaf, sebab nak guna lantai bawah terasa bahangnya di siang hari. Tapi bila di tingkat dua ini, kena sondol dengan kereta tolak adalah perkara biasa, tahan ajerlaaa. Dan ketika ini anda akan lihat macam-macam ragam.
 
Sebab tu saya respect habis mereka yang melakukan umrah semasa bulan puasa dan menjalankan umrah pada waktu siang.
 
Apa yang kita pelajari ialah bahu hendaklah sentiasa menghadap kaabah, tapi bila disini, anda boleh lihat itu dan ini. Dan seperti kata ramai, kita jagalah kesempurnaan ibadah kita, urusan orang itu antara dia. Biar lambat, biar ambil masa lama sedikit untuk tawaf, asalkan kita yakin kesempurnaannya, Nak laju-laju nak berlumba ker??? tak dernya hadiah jika dapat tawaf 7 pusingan dalam lima minit.
 
Untuk saei pun sama, ada tiga tingkat, kami pilih tingkat bawah sekali, iaitu dikedua-dua belah hujung bukit tiada "mendaki". Jadilah kurang sikit sakit kakinya



 
 
Gambar dibawah  ini pula gambaran Kaabah apabila diambil daripada tingkat tiga pelantar sementara ini. Masa ini waktu malam, sebab kalau siang, tak larat nak berpanas di tingkat tiga tu. Lagipun untuk ke tingkat tiga pelantar ini perlu jalan jauh - ke sana ke mari barulah jumpa, sebab itu tidak berapa ramai orang di tingkat tiga pelantar ini. Tak tahulah kalau ada jalan pintas nak ketingkat tiga ini, tapi kami jalan jauh baru jumpa. Tetapi di tingkat tiga ini paling rileks dan tenang untuk tawaf ataupun solat kerana bilangan jemaah yang sangat sedikit. Selalunya saya akan ke sana selepas makan malam sebab malam kat sini (ketika ini)panjang sedikit, Jadi memang rileks.
 
 

 
 
Itu bila mengadap Kaabah, apabila mengadap ke belakang, memang nampak dengan jelas pengubahsuaian besar-besaran masjid. Apabila masuk ke masjid, untuk ke tempat tawaf memang agak jauh sedikit.
 


 
 
 

 
Pemandangan dari luar Masjidil Haram, lihatlah betapa puluhan kren mengelilinginya. Mungkin ada rezeki lain dan keizinan-NYA, akan kembali lagi ke tempat paling best didunia ini.
 


 

 
Apabila waktu solat, kalau bukan berada di kawasan tawaf ini, memang tak nampak Kaabah, sebab mereka tutup disebabkan kerja pengubahsuaian ini, kiranya menghadap dinding sahajalah. Saya tidak pernah pergi sebelum ini, jadi saya tidak tahulah betul atau tidak, ada sekali masa solat tu, ada seorang jemaah beritahu .. dulu kalau solat sini memang nampak Kaabah, sekarang nampak dinding sahaja. Tapi memang perlu ditutup pun, kalau tidak habis debu-debu pembinaan tu masuk ke masjid. Gambar yang ada arrow warna merah tu merupakan gambaran dinding yang saya ceritakan tadi, disebalik dinding tu ada Kaabah. Debu pula memang banyak, tapak kaki kalau tak hitam, memang tak sah. Balik ke hotel perkara pertama dibuat ialah basuh tapak kaki dulu.

 



Santai-santai

 


















Makan-makan di Zam Tower, Mekah
 
Masa kami berada di sana, rasanya lagi ramai orang Malaysia daripada orang Arab hehehe, bila sembahyang pernah sebelah menyebelah dengan orang Kedah la.. orang Sabah la ... orang dari negeri itu negeri ini, sampaikan ada orang Arab bertanya pada isteri saya - Malaysia sekarang nie ada cuti apa-apa ker sebab ramai sangat orang Malaysia?????? Lalu isteri saya membalas - School Holiday. Sampaikan masa hari final bola AFF, siap nampak orang pakai Jersi Malaysia di Zam Tower. Antara yang best kat Zam Tower selain shopping adalah  makan-makan, masa makan pun dah tak rasa macam kat Arab, sebabnya keliling meja kita semua cakap Melayu sebab dah ramai sangat orang Malaysia makan kat sini hehehe.

Kami kalau siang makan kat hotel, malamnya di Zam Tower, kalau malamnya kat hotel, siangnya makan di Zam Tower, nak lah jugak merasa sendiri keenakannya. Hari-hari kami cuba makanan yang berlainan. Maaflah, bukan saya nak menunjuk-nunjuk, cuma berkongsi menu yang sudah semestinya lain daripada negara kita, harga tak mahal mana, tapi kuantiti yang diberi boleh dikongsi 2-3 orang, sangat berbaloi menikmatinya,  nasi arab kat KL tak sama rasanya dengan nasi arab kat Tanah Arab.

Sebelum kami jejakkan kaki ke sini, macam-macam cerita kami dengar tentang makanan, ada yang tak lalu lahhh, ada yang tak suka lahhh, ada yang saran siap suruh bawa mee segera pun ada. Alhamdulillah, kami dapat menikmati hidangan yang lazat sepanjang berada di sini.

Dan aspek pemakanan bagi saya adalah penting kerana disini kekuatan tenaga sangat sangat diperlukan. Contohnya nak melakukan umrah, keseluruhan saya anggarkan kena berjalan kaki hampir lima kilometer (dari hotel ke masjid - tawaf - saie - pulang ke hotel), jadi memang perlukan tenaga. Itu belum lagi jika kita melakukan tawaf sunat, dan sembahyang fardu (jalan kaki dari hotel ke masjid).

Lagi satu perkara tapi saya lupa nak ambil gambar ialah menikmati ais krim. Syokkkk wooo, kat Malaysia kita tengok budak budak pekena ais krim, kat sini mak bapak budak, pak cik mak cik, datuk nenek semua bersidai makan ais krim... dan ais krimnya memang sedapppp.

 

 (copy paste gambar ais krim dari FB adik ipar)
 




 


 


 
Hari terakhir di Kota Mekah sebelum melakukan Tawaf Wida, lepas subuh tu siap-siapkan beg, lepastu pergi ke Zam Tower untuk tawaf kedai dan nak rasa sendiri Starbuck Arab, sama sahaja rasanya, cuma mahal sedikit, tapi tak mengapa sebab memang nak rasa. Rileks gak kat sini


 

Sepanjang berada disini, ini adalah minuman penyejuk badan dan penguat tenaga yang dah lupa apa nama minuman ini, tapi inilah paling sedap terasa buah blendednya.. siap ada buah potong dalam tu

 
 
Antara tips yang ingin dikongsikan ialah:
 
1) Bawa kesemua ubat (kalau memang ambil ubat secara berkala, ubat tu dah tentu lah kena bawak). Ubat sampingan pun kena bawa juga, ubat demam, batuk, selsema, cirit, senak, angin, rehat otot, vitamin, cool fever,  krim sapuan terutamanya untuk krim kejang otot, losyen tapak kaki. Lips bam jangan nagada ngada tak nak pakai, nak rasa bibir pecah cubalah jangan pakai lips bam tu. Ubat tu makan atau tidak tu soal kedua. Kalau rasa macam ada tanda-tanda, jangan tunggu berlaku, makan terus.
 
2) Elakkan mandi dua kali, mandi waktu pagi sahaja, waktu petang atau malam sekadar basuh kaki dan lap badan.
 
3) Ambil wuduk siap siap kat hotel, kalau boleh elakkan ambik wuduk kat luar sebab takut badan kita tak boleh terima persekitaran cuaca kat sana. Saya sendiri bila ambil sahaja wuduk di luar, lepastu rasa macam nak kena selsema.
 
4) Kalau badan jenis tak cergas macam saya, lima enam bulan sebelum ke sana, silalah bersenam kardio, selalu-selalukan diri untuk bersenam jalan kaki - PENTING.
 
5) Air zam-zam tu, minumlah sepuas-puasnya, rasanya tidak perlu cerita khasiatnya

 
 
Seterusnya ... pengalaman di Kota Madinah pula, klik
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...