Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Friday, November 1, 2013

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50 (2013)



 







********************************************************** 




Duit syiling pruf berwarna ini diperbuat daripada logam Perak (Fine Silver) dengan ketulenan 999 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 10,000 keping ditempa untuk set single. Duit syiling ini merupakan duit syiling berwarna yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang menyaksikan pada bahagian hadapan duit syiling ini terdapat imej Jalur Gemilang yang diwarnakan. Sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa penempaan syiling berwarna ini dilakukan oleh Singapore Mint.
 
Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2013 di Sabah bersempena dengan sambutan perayaan ulang tahun penubuhan Malaysia Ke-50. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun sebagai memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 11 buah negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. Duit syiling ini mula dijual pada 17 September 2013.
 
Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan imej Jalur Gemilang yang berwarna di bahagian tengahnya. Perkataan “PERAYAAN HARI MALAYSIA” dan “50 Tahun” dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala perkataan “16 SEPTEMBER 1963-2013” dipaparkan di bahagian bawah duit syiling.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan imej Jata Negara dan peta Malaysia pada bahagian ahagian tengah duit syiling peringatan ini. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan di bahagian atas duit syiling manakala nilai muka duit syiling tertera di bahagian bawahnya.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

********************************************************** 





Bank Negara Malaysia is issuing commemorative coins in conjunction with the 50th Anniversary of the Formation of Malaysia. Malaysia Day is celebrated on 16 September every year to commemorate the establishment of the Malaysian federation which comprises 11 states in Malaya and two states in Borneo, namely Sabah and Sarawak. These commemorative coins are issued by Bank Negara Malaysia and will be available for sale from 17 September 2013.

Only 1000 set for set of 2.

Coin Design
The design descriptive of the commemorative coins is as follows:
 
Obverse
The coloured Jalur Gemilang is situated in the centre of the coin. The words “PERAYAAN HARI MALAYSIA” and “50 Tahun” are on the upper circumference of the coin while the words “16 September 1963 – 2013” are inscribed on the lower circumference.

Reverse
The centre of the coin features the National Crest and the map of Malaysia. The words “BANK NEGARA MALAYSIA” as the issuing authority of the commemorative coin are featured on the upper circumference of the coin, while the face value of the coin is inscribed on the lower circumference.

**********************************************************
 



Tiada dalam blog ini:
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 750 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 500 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...