Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Wednesday, December 26, 2012

Storage My Malaysia Copper Nickel Coin Collection






Sekarang, timbul perasaan seronok sebagai pengumpul syiling bila perkakas untuk menyimpan koleksi syiling datang dalam pelbagai bentuk rekaan. Selama ini, telan air liur bila hanya mampu melihat pengumpul orang putih menggayakan koleksi mereka, kini dah ada di tanah air sendiri, dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan. Untuk menyimpan koleksi syiling peringatan zaman hujung tahun 1969 hingga zaman 1980-an, aku menggunakan kotak (box) seperti gambar.

Syiling yang kesemuanya sama saiz iaitu 33.34 mm dimuatkan dalam air tite with black ring, bila ada ring sebagai bingkai (frame), sememangnya aura syiling itu timbul dengan sendirinya. Box ini pula seperti dalam gambar kedua dan ketiga itu, memang sudah termuat 20 petak untuk menyusun air tite tersebut.

Bila dah susun, memang nampak kemas dan eklusif, nak dijadikan hadiah, nak dijadikan hantaran perkahwinan pun nampak unik, nak dipamerkan dalam display cabinet pun boleh. Sayang, cuma gambar yang diambil tak berapa cun, kalau lah guna DSLR tentu gambarnya lagi menarik.

Bercerita tentang display cabinet, memang niat dah lama terpendam nak muatkan koleksi didalamnya, tapi niat tinggal niat, masih berkira-kira tentang buruk baiknya, dah juga berbincang dengan tokey kedai tenang design sendiri saiz dan rupa, tapi tak juga buat-buat, Buat masa ini pendamkan dulu niat tu, sambil berkira-kira untuk mencari perkakas lain untuk storage koleksi syiling lain, dah puas hati dengan storage baru boleh berkira-kira nak buat cabinet.

Senarai Duit Syiling Peringatan dan Syiling Edaran dalam Box Diatas
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-10 Bank Negara (1969)
Duit Syiling Peringatan Sempena Penganugerahan Bandaraya Kuala Lumpur (1973)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-25 KWSP (1976)
Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-3 (RMK-3) (1976)
Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA ke-9 (1977)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-20 Kemerdekaan (1977)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-20 Bank Negara (1979)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-100 Getah Asli (1979)
Duit Syiling Peringatan Sempena Kurun ke-15 Hijrah (1980)
Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-4 (RMK-4) (1981)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-25 Kemerdekaan (1982)
Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang tahun ke-35 Persidangan PATA (1986)
Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) (1986)
Duit Syiling Edaran 1971, 1980, 1981, 1982, 1984, 1985, & 1986

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...