Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Thursday, December 30, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke-50 (2007)




 
********************************************************
 






Duit syiling pruff ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 30 Julai 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
 
Reka Bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bangunan Sultan Abdul Samad dengan berlatarbelakangkan gambaran bangunan Parlimen, Menara Kuala Lumpur dan menara Berkembar Petronas. Gabungan reka bentuk empat bangunan ini menggambarkan kesinambungan dan kemajuan negara. Simbol rasmi perayaan terletak pada bahagian tengah atas duit syiling, manakala perkataan "SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN" tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.
 
Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan Jata Negara. Angka "1967" dan "2007" masing-masing tertera pada sebelah kiri dan kanan duit syiling untuk menandakan 50 tahun kemerdekaan. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian sisi atas duit syiling manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
********************************************************

 
Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 1000 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 1000 set.

Wednesday, December 29, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XIII (2007)



 
************************************************





Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 19 Julai 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan pakaian kebesaran diraja. Perkataan "SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN" tertera pada bahagian sisi reka bentuk duit syiling, manakala tarikh pertabalan tertera pada bahagian di bawah potret Baginda.

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan lambang rasmi Yang di-Pertuan Agong. Perkataan "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG" tertera pada bahagian atas duit syiling manakala perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Nilai muka duit syiling berkenaan tertera pada bahagian atas perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA".
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


 ************************************************



Tiada dalam blog ini

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 100 keping sahaja untuk set single.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 300 set.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 300 set.

Tuesday, December 28, 2010

Duit Syiling Peringatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-200 Polis Diraja Malaysia (2007)




 
*********************************************



 
 
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa untuk set single. Dikeluarkan pada 26 Mac 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Petuan Agong.

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan simbol jabat tangan untuk menggambarkan hubungan kerjasama yang erat antara pasukan polis dengan orang ramai. Logo rasmi sambutan ulang Tahun ke-200 Polis Diraja Malaysia tertera pada bahagian atas simbol jabat tangan tersebut.

Reka bentuk sebelah belakang pula menggambarkan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia. Perkataan"BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling tersebut. Gambar sebutir bintang terdapat pada sebelah kiri dan kanan nilai muka duit syiling berkenaan.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

*********************************************

Tiada dalam blog ini
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 999.9 dan seberat 7.96 gram bernilai muka RM100. Duit syiling ini ditempa sebanyak 500 keping sahaja untuk set single.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 2 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1 dan duit syiling perak bernilai muka RM10. Bilangan tempaan untuk set 2 dalam 1 sebanyak 200 set.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling emas nordik bernilai muka RM1, duit syiling perak bernilai muka RM10 dan duit syiling emas bernilai muka RM100. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 200 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...