Penerbitan duit syiling peringatan patut diberi pujian dan disokong penuh oleh semua pihak. Peristiwa penting walaupun tidak dapat dilakarkan sepenuhnya di dalam sekeping duit syiling, namun penerbitannya merupakan salah satu cara untuk kita mengingatkan tentang peranan dan tanggungjawab bersama dalam merangsang semangat cintakan budaya bangsa dan sokongan terhadap aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Penerbitan duit syiling peringatan sememangnya akan mengayakan lagi koleksi numismatik tempatan. Yang lebih penting ialah penerbitan syiling peringatan mencerminkan keupayaan kita menghasilkan duit syiling yang bertaraf antarabangsa daripada segi mutu, nilai estetika dan reka bentuk, di samping mempamerkan Malaysia sebagai negara yang serba boleh dan berjaya.

Petikan ucapan ayahanda Dato Seri (sekarang Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ke-4 pada 23/12/1999.

Thursday, December 31, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Siri Pemeliharaan Hidupan Liar Sedunia (1976)



Spesifikasi Ringkas
Diameter: 38.61 mm
Berat: 28.28 gm
Tempaan Dibenarkan: 40000

Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 19 Januari 1976.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan gambar seladang (antara haiwan unik di Malaysia yang semakin terancam) dan nilai muka syiling ini.

Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan tahun keluaran syiling ini.

**************************************************************
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 35 gm
Tempaan Dibenarkan: 40000

Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 19 Januari 1976.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung enggang (salah satu spesies terancam di Malaysia) dan nilai muka duit ini.

Bahagian belakang memaparkan jata Malaysia dan tahun keluaran syiling ini.

**************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang

Sempena penyertaan malaysia dalam Koleksi Syiling Konservation tajaan Tabung Haiwan Liar Sedunia, Malaysia bersama-sama dengan 24 buah negara lain menerbitkan duit syiling peringatan. Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak dengan tempaan peruf bernilai muka $15 pada 19 Januari 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8113 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Royal Mint, UK.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan imej seladang, antara haiawan liar yang dilindungi di Malaysia. Turut dipaparkan ialah nilai muka syiling.

Bahagian belakang memaparkan imej jata negara beserta tahun keluaran syiling ini.
 
* Foto syiling tanpa kotak
*************************************************************
Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Sempena penyertaan malaysia dalam Koleksi Syiling Konservation tajaan Tabung Haiwan Liar Sedunia, Malaysia bersama-sama dengan 24 buah negara lain menerbitkan duit syiling peringatan. Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak dengan tempaan peruf bernilai muka $25 pada 19 Januari 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8008  keping sahaja untuk set single yang ditempa di Royal Mint, UK.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan burung enggang, antara haiawan liar yang dilindungi di Malaysia. Turut dipaparkan ialah nilai muka syiling.

Bahagian belakang memaparkan imej jata negara beserta tahun keluaran syiling ini.


* Tiada pengesahana sama ada kotak untuk syiling ini adalah yang asli ataupun tidak
************************************************************
 
 
* Set dua dalam satu (Set 2 dlm 1). Ada sesetengah pendapat mengatakan yang set ini tidak pernah wujud secara rasmi, sebaliknya sengaja diwujudkan agar syiling ini berpasangan. Ada setengah pendapat memang menyatakan bahawasanya set dua dalam satu ini sememangnya wujud dan kotak untuk set ini adalah asli dari Royal Mint, UK.
 
* Foto dibawah merupakan gabungan syiling ini yang dibingkaikan oleh seorang pengumpul. Terdapat begitu banyak set seperti ni dalam koleksinya
 

  


Terima Kasih atas sumbangan foto ini
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

***********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 2948 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 508 keping.

* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling perak bernilai muka $15, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $500. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 508 set.

Wednesday, December 30, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) (1976)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 34mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 1000000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 15 Disember 1976 sempena dengan pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3).
 
Bahagian hadapan memaparkan imej potret Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua) dikelilingi oleh bendera Malaysia dan bendera 13 buah negeri.

*************************************************************
 
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 28 mm
Berat: 10.44 gm
Tempaan Dibenarkan: 200000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 15 Disember 1976.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.
 
Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.


*************************************************************
Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang


Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1976, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper nickel peruf bernilai muka $1 pada 15 Disember 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 17300 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.

Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.

*************************************************************

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK-3) oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak pada bulan Julai 1976, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak tempaan peruf  bernilai muka $10 pada 15 Disember 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10300 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Tun Abdul Razak dengan dikelilingi oleh 13 bendera negeri dalam Malaysia.
 

Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


* Uniknya, syiling ini ditempa dalam bentuk  poligon segi 14 (tetradekagon) menjadikannya satu-satunya duit syiling sebegini di dunia.
 
*************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 50000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 887 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $10 dan duit syiling emas bernilai muka $200. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 2641 set.

Monday, December 28, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-25 KWSP (1976)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 500000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 18 Oktober 1976 sempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
 
Bahagian hadapan memaparkan imej masyarakat Malaysia pelbagai kaum dan latar pekerjaan dan logo KWSP yang membawa maksud bahawa liputan perkhidmatan KWSP meliputi semua pekerja.

***************************************************************

Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42.1 mm
Berat: 34.01 gm
Tempaan Dibenarkan: 100000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 18 Oktober 1976.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo KWSP dan peta Malaysia.Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan nilai muka syiling ini.

***************************************************************

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
 
Sempena ulang tahun ke-25 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $25 pada 18 Oktober 1976. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7796 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan logo KWSP dan peta Malaysia.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini

Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 ***************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling copper nickel tempaan peruf bernilai muka $1. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7810 keeping. ( Rujuk foto syiling yang telah digredkan oleh NGC diatas)

* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 3000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $250. Duit syiling ini ditempa sebanyak 7706 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel  bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $250. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 1000 set.

Friday, December 25, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA Ke-9 (1977)


Bahagian Hadapan
 

Bahagian Belakang

Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.36mm
Berat: 16.8g
Tempaan Dibenarkan: 1000000
 
Duit syiling ini dikeluarkan pada 24 Jun 1977 sempena dengan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan pemain wau bulan, salah satu permainan tradisional masyarakat Malaysia.
 
****************************************************************
 
 
 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 42 mm
Berat: 34 gm
Tempaan Dibenarkan: 100000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 24 Jun 1977.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan peta kawasan Asia Tenggara dan logo Sukan SEA 1977.
 
Bahagian belakang syiling ini pula memaparkan jata Malaysia dan nilai muka syiling ini.
 
****************************************************************

Bahagian Hadapan


Bahagian Belakang
Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977, Bank Negara Malaysia mengeluarkan copper nickel peruf  bernilai muka $1 pada 24 Jun 1977. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10877 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan pemain wau bulan, salah satu permainan tradisional masyarakat Malaysia.
 
****************************************************************

Bahagian Hadapan
Bahagian Belakang
 
Sempena Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-9 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak proof (Proof Coin) bernilai muka $25 pada 24 Jun 1977. Duit syiling ini ditempa sebanyak 5887 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat. 

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan peta ASEAN dan logo Sukan SEA ke-9.
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 
Terima Kasih atas sumbangan foto ini


****************************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 12000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $200. Duit syiling ini ditempa sebanyak 417 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $25 dan duit syiling emas bernilai muka $200. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 975 set.

Thursday, December 24, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Ke-20 Bank Negara (1979)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang


Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.3mm
Berat: 16.9g
Tempaan Dibenarkan: 300000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 26 Januari 1979 sempena dengan ulang tahun ke-20 Bank Negara Malaysia.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
 
****************************************************

Bahagian Hadapan
 
Bahagian Belakang
 

Gambar dibawah menunjukkan kedua-dua syiling ini diambil tanpa menggunakan flash bagi memaparkan bayangan yang muncul pada permukaan syiling ini.

 


Sempena ulang tahun ke-20 Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $1 pada 26 Januari 1979. Duit syiling ini ditempa sebanyak 8000 keping sahaja yang ditempa di Birmingham Mint, United Kingdom.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.


Terima Kasih atas sumbangan foto ini
 

Tuesday, December 22, 2009

Duit Syiling Peringatan Sempena Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) (1981)


Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang


Spesifikasi Ringkas
Diameter: 33.4mm
Berat: 17g
Tempaan Dibenarkan: 1000000

Duit syiling ini dikeluarkan pada 16 Mac 1981 sempena dengan memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.
 
**********************************************************

 
Spesifakasi Ringkas
Diameter: 33.3 mm
Berat: 16.85 gm
Tempaan Dibenarkan: 100000
 
Duit syiling peringatan kandungan perak bukan tempaan peruf ini di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 16 Mac 1981.
 
Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.

**********************************************************
 
Bahagian Hadapan

 

Bahagian Belakang
Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling copper nickel peruf  bernilai muka $1 pada 1 Disember 1981. Duit syiling ini ditempa sebanyak 10000 keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.

**********************************************************

 

Bahagian Hadapan

Bahagian Belakang
Sempena memperingati pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK-4) oleh Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia mengeluarkan syiling perak peruf bernilai muka $20 pada 1 Disember 1981. Duit syiling ini ditempa sebanyak 5000  keping sahaja untuk set single yang ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Bahagian hadapan duit syiling ini menggambarkan potret Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn.

Terima Kasih atas sumbangan foto ini

Terima Kasih atas sumbangan foto ini


**********************************************************
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan bukan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 20000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah syiling emas tempaan peruf dengan ketulenan 0.900 bernilai muka $500. Duit syiling ini ditempa sebanyak 1000 keping.
 
* Turut dikeluarkan ialah set syiling tempaan peruf 3 dalam 1 yang mengandungi duit syiling copper nickel  bernilai muka $1, duit syiling perak bernilai muka $20 dan duit syiling emas bernilai muka $500. Bilangan tempaan untuk set 3 dalam 1 sebanyak 3000 set.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...